pixel

Kek gula hangus

2008.05.18
My kek gul hangus versi 'steam'. versi 'bake' tak ada gmbr :)

Close up sket sarang dia..yummy2 (Masuk bakul angkat sendiri)

My chick pun suka tau...hehheheh

Kesian jari aku..kena gula panas.

Percubaan aku yg pertama menjadi. Tak ku sangka. Buat satu adunan aje, try2 ajer. Siap pinjam hand mixer Has. Lps ni bolehlah get one for me. Aku buat 2 version: bake & steam. W/pun yg steam tu very moist, tp aku rasa aku lg suka yg bake punya. Resepi aku 'google' aje. bahan2 dia mmg senang, tu yg rasa nk buat. Ada banyak version of recipe, aku cari yg plg senang. Kebetulan plak ada 1 tin condensed milk kt umah.

Resepi Kek Gula Hangus/ Sarang semut/ honeycomb

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telur sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mix hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat
Tuang kan esen vanila
Masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 1 jam suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah
1 Comment
????? comeinya chick itu..hehe
????? · 2008-06-03: 15:34
You must be logged in to comment!
Views: 362
 
pixel
« 2008.05.16
 
pixel
2008.05.24 »
pixel