pixel

Kopi & Kerepek, Sumatera Barat..

2009.02.24
Gunung Merapi, Sumatera Barat. Hari kedua, 24 Februari 2009. Foto ini di ambil dari dalam bas dalam perjalanan menuju ke daerah Tanah Datar.

Sebuah perusahaan kampung memproses kopi dan kerepek di Tabek Patah, daerah Tanah Datar, Sumatera Barat. 1 jam perjalanan dari Bukit Tinggi.

Perusahaan Kopi KINKO. Perusahaan ini mempunyai 20 orang kakitangan yang terdiri dari penduduk kampung. Kerja-kerja disini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian memproses kopi dan bahagian memproses kerepek pisang.

Pada waktu sesi foto ini dijalankan, para pekerja ini baru selesai memproses kopi, seperti memasak dan mengisar kopi. Menurut para pekerja disini, hasil kopi datangnya dari hasil pertanian penduduk setempat, namun begitu di sini juga terdapat ladang kopi milik syarikat tapi jumlah tidak dapat menampung permintaan pelanggan.

Mengisi serbuk kopi dalam bungkusan secara manual.

Pembungkusan yang agak moden sedikit bagi mempercepatkan kerja.


Kata-kata semangat untuk para pekerja. Di Malaysia tak banyak syarikat buat macam ni.

Di bangunan lain pula terdapat bahagian memproses pisang untuk dijadikan kerepek pisang.


Kerja-kerja memproses pisang ini juga dijalankan secara manual, tapi cara kerja mereka cukup pantas. Membelah pisang dan diletakkan di atas jaring sebelum disalai.

Kebuk salai yang berukuran 6 darab 6 kaki. Menggunakan dapur pam minyak tanah dan kipas yang diputar menggunakan tali sawat dari sebuah enjin untuk menghembus api ke dalam kebuk salai tersebut.

Pisang yang telah siap disalai. Menurut pekerja disini, 6 jam diperlukan untuk menyalai belahan pisang tersebut bagi memastikan benar-benar kering sebelum melalui proses seterusnya.

Proses menyusun pisang sebelum diketuk. Pisang yang telah di salai tadi akan diketuk supaya lebih leper dan kemudiannya akan dipotong mengikut saiz yang telah di tetap kan.

Mandur syarikat dan anaknya sedang memerhatikan para pekerja melakukan kerja-kerja menggoreng. Ini bagi memastikan tak ada pekerja yang tidur dalam tepung goreng atau pun tertidur dalam kuali panas tersebut. Hahahahaaa... Ini Mas, my lovely wife and my little boy, Muhammad Uzairizz, 21 months old.

Pisang-pisang yang telah di ketuk tadi akan melalui proses seterusnya iaitu menggoreng. Pisang tersebut akan dicelup tepung terlebih dahulu sebelum digoreng. Di bahagian hujung pula, terdapat dua orang pekerja yang sedang memasak dodol nenas.


Proses akhir iaitu pembungkusan. Proses yang ringkas, tapi hasilnya cukup memuaskan. Kerepek pisang salai goreng ni memang best.

Nak tahu best tu macam mana, korang kenalah pergi sana. Kat rumah aku ada lagi pisang salai goreng ni, tapi sori itu aku nak makan ler.

Kopi & Kerepek

Perusahaan Kopi Kinko,
Tabek Patah, Daerah Tanah Datar,
Sumatera Barat
24 Februari 2009

Berita bakal menyusul..

****************************************************

Foto oleh :

Azhar A. Rahim
019-264 2844
azhar73@gmail.com
1 Comment
Ubbig@Haikal pisang salai cubalah...
http://haizashop.blogspot.com/
Ubbig@Haikal · 2009-07-21: 10:03
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 452
 
pixel
« 2009.02.23
 
pixel
2009.02.25 »
pixel