Join Photoblog!
pixel
« 
pixel
«  
  »
pixel
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
 »
pixel

Ho Chi Min City (Saigon)

2010.01.10
pixel
Kat dalam terowong Chu Chi. Part masuk terowong ni le yang paling best
pixel
pixel
pixel
pixel
Naik kuda padi, busuk skit kuda ni. :) Pergi Delta Mekong ni best jugak sebab ada banyak aktiviti.
pixel
Syukur alhamdulilah, selamat menjejakkan kaki ke Ho Chi Min City aka Saigon, Vietnam. Kali ni trip bersama 2 orang rakan dan hotel di tempat melalui internet. Bertolak pada jam 8.55 pagi dan tiba di Saigon dalam jam 9.30 pagi waktu di Saigon. Waktu di Saigon lewat sejam dari di Malaysia. Mula-mula menjejakkan kaki rasa cuak jugak, maklum le kali ni pergi sendiri. Sebelum2 ni pergi sumer under pakej atau pun ada kawan yg ambik di lapangan terbang. Keluar je dari airport terus cari teksi, ambik teksi di kaunter teksi untuk USD8. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit sebab ibu kota nya sesak. Sempat melihat masjid saigon berwarna hijau, tapi ia terletak jauh dari District 1 tempat penginapan kami, jadi tak sempat pergi. Sampai saja di tepi jalan di mana pemandu teksi tu berhenti, dia tunjuk2 ke belah jalan, heran jugak dia tunjuk apa. Dia pulak tidak boleh bercakap english. Masa turunkan beg dia mintak tips. Terkejut jugak dengan tips2 ni, sumer orang plak kasi dalam VD5000. Selepas tu baru nampak lorong dan baru jumpa penginapan kami. Bukan hotel tapi quest house yang berharga USD22 untuk 2 orang. Terasa jadik orang miskin plak dok tempat cam ni. :) Tapi ok jugak, kat depan ada komputer yang ada internet.

Naik bilik, terpaksa membawa beg yang teramat berat coz bawak air mineral 5.5 liter dan minum botol kecik. Nak jimat coz kat sana air mineral mahal. Sampai kat sana makan nasi yang dibawak dari KL, best nya kat sini ada peti ais kat bilik tapi cerek air xde....kalau nak air panas ambik kat lobi bawah. Lepas mandi2 sumer baru le turun ke bawah pergi ke pasar ben than. Berpusing2 kat sana, sambil beli2 souvenir dan round pasar ikan dan sayur. Wah...dorang jual udang2 tu sumer masih hidup lagi. Kalau le tahu hari tu, bawak rice cooker dan perencah tomyam sekali. Leh masak2 kat bilik. :)

Dah bosan di dalam, kami keluar. Kawan yang sorang ni suker ambik gambar jadi dia ajak g round2 bandar. Masa keluar tu, ada le pakcik2 beca yang nampak miskin lambai 'Malaysia, malaysia'. Kami pun happy dan tanya berapa. Dia jawab 'fifty...fifty'. Disitu le ketensionan kami bermula. Yang 2 orang dah naik beca, saya terkial2 sorang2 dan masih lagi sibuk tanya berapa harga. Orang tu sebut 'fifty...fifty;;' walaupun dalam kepala masih confused samada Dong atau USD tuh.... Tapi melihatkan yang lain dah naik dan pakcik2 tu bukan main frendly lagi...naik le jugak. Kami di bawak ke muzium perang, pagoda, delta mekong, satu shopping kompleks dan notre dam/post offis'. Lepas tu kami diturunkan di jalan yg agak sunyi. Masa nak bayar tu baru le terkejut beruk....baru le pakcik2 penipu tu tunjukkan harga sebenar. Rupa-rupanya VD350,000 untuk sejam. Kami dah happy 3 jam. Lepas tu saya kebetulan kasi duit besar, orang tu main tarik je dan trus blah macam tu jek...tak kasi pun duit baki. Dah le mahal, dia minta duit tips lagi tuh. Mmm malang le. Kepada anda semua jangan le naik BECA kat sana. Sebenarnya ada tour agent kat sana yang boleh dicari di kedai2 agent di area District 1 tu yang bagi tour round bandar dengan USD10 sahaja. Apa le malang dah kena tipu pulak. Dari pegalaman saya, mmg diorang suka orang Malaysia. Kat sana mmg tak boleh percaya sangat dengan orang2 kat sana, kena jual mahal dan tak boleh sembarangan. Dari situ kami dah serik.

Lepas tu kami beli kain english cotton yang boleh dapat USD8 untuk 4 meter. Kawan saya memborong sampai 10 helai sebab dia ckp kat KL mahal. Lepas tu kami beli vietnam silk yang plain, 100% silk dengan harga USD23 lepas tawar2. Kami beli kat penjual yang boleh ckp melayu sebab malas nak teka2 macam naik beca tadi tuh. Ada jugak yang vietnam silk tapi bukan 100% silk yang bunga2 dan sebelah menyebelah lain color tu boleh dapat dalam USD8 jugak. Beli jugak kain yang macam kain yang biasa dibuat cheongsam tuh, dalam USD20 untuk 4 meter. Selepas memborong kain dengan happy nyer, kami balik bilik dan mandi2, pahtu rehat dan makan roti. Sebelum naik bilik sempat jugak tempah pakej kat kedai tour berdekatan dengan harga USD15 untuk Delta Mekong dan Chu Chi Tunnel. Dari situ nampak ada bas pergi Hanoi, Siem Rap dan Ibu negara cambodia. Iskkk....kalau dok dalam 10 hari kat sini, mesti boleh pergi ke Cambodia kejap. :) Malam nyer jenjln area district 1 tu, kat sini ramai tul pelancong, cam kat bukit bintang le kiranya cuma bangunan dia hanya kedai2 jek. Semasa beli souvenir tu, saya kena tegur oleh orang Morocco. Saya ckp le saya orang Malaysia. Masa kat War Museum semlm pun jumpa sorang orang putih yang fasih berbahasa melayu, pahtu jumpa plak sorang mamat malaysia yang keje kapal kat sana. Tak de le terasa jauh sgt dari malaysia.

Esok nyer jam 7.30 pagi dah tercegat kat kedai tour tu tunggu bas yg nak g Delta Mekong. Kul 8.00 baru bas sampai, perjalanan mengambil masa 3 jam coz jalan jem giler. Sampai kat jeti kat delta mekong tu, naik bot pergi tengok dusun buah-buahan, lepas tu tengok honey punya pondok, boleh bergambar dengan ular sawa. Lepas tu pergi jalan kaki ke dalam dusun buah-buahan dan dijamu dengan buah2 kat sana sambil ditunjuk segala jenis pokok2 yang kat kg aku pun banyak jugak. Sambil makan buah, ada orang vietnam bernyanyi. Lepas tu jalan kaki ke tepi sungai dan naik perahu yang muat 4 orang. Perjalanan dalam 15 minit jek, sebelum sampai kat jeti tu perempuan yang mengayuh sampan tu siap remind lagi nak 'tips money'. Terasa menyampah pulak ngan dorang ni. Kali ni pandai sikit, kami share je kasi tips kat orang tu USD1. Kawan saya ckp bot kat depan tu tak kasi pun tips. Inilah gangguan yang kurang menyenangkan hati kat sini.

Naik bot kami di bawa ke satu lagi pulau...pahtu naik kuda/keldai ke restoren. Kami makan sandwich je yang sempat dibuat masa kat hotel. Anjing banyak merayau2 dalam restoren tu...sabar je le. Pahtu minta air panas, makan maggi. Sib baik le bawak makanan. Lepas mkn tuh naik bot semula pergi ke jeti dan naik bas g saigon balik. Sampai kat hotel dalam jam 5.30 ptg. Kami bergegas g ben than market balik dan cari balik kedai yang kami beli kain semalam tuh. Sempat beli 3 lagi sutera vietnam tu tapi kali ni beli yang ada corak kotak2, dalam USD65 sumer coz dah beli byk semalam, leh kurang harga skit. :) Lepas tu dah lega, duit pun tinggal dalam USD30 lagi. Kalau barang mahal, baik beli guna USD. Kalau barang kecik2 macam souvenir, mknan etc tuh guna Dong. Coz semenjak2 dah kena tipu ni kitaorang kira betul2 duit bab-bab duit ni. :) Kalau kat kedai yang pandai ckp melayu tu bayar guna RM pun boleh. Tapi sebab nak perabih kan duit USD dan Dong ni punya pasal, bayar je le guna USD/Dong. Lgpun orang tu tak cakap awal, dorang ni kita kena pandai bertanya agaknya. Beli buah longan kat luar pasar ben than tapi tak fresh pun, nak beli kat tepi2 jalan ni takut plak kena tipu...dah fobia dah. Lepas tu singgah beli makanan halal kat deretan Crazy Buffalo Saigon (dalam gambar) tu, ada kedai mamak. Nasi goreng udang dalam VD60,000, jus tembikai dalam VD15,000. Peramah tul tuan kedai tuh...mamak islam. Tapi ok le makanan dia. Boleh le sesiapa nak pergi kedai dia tuh....sepanjang dok kat guesthouse tu jumpa 2 kedai halal. SAtu yg dekat Buffalo Saigon tuh dan satu lagi kat ujung belah sana, tapi jalan yang sama, sumer mamak.

Hari ke-3 pergi Chu Chi tunnel. Kul 8.00 pagi dah tercongok depan kedai tour tu, tak tunggu kat dalam dah sebab dah tak sabar dah nak jalan. Sampai tuan punya kedai tu rasa serba salah, dia ckp lambat lagi coz jalan jem. Naik bas besar plak kali nih. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Melalui jalan2 kecik dan kampung orang. Satu yang saya perhatikan, pemandu di sini punya le slow bawak bas.....rasanya 60km/jam pun tak sampai. Rasa nak take over jek bas tu. Lepas tu dorang suka hon-hon....tadak apa-apa kat depan pun hon jugak. Lama-lama baru perasan dia nak kasi hint kat motor2 kat depan tu supaya pergi tepi sikit. Kalau kat town nak melintas jalan tu kena le berhati2 coz dorang memandu sebarono jek. Tapi dorang drive tak laju tu sebab jarang eksiden kot. Singgah kat kedai cenderahati yang hias pasu,lukisan etc daripd kulit telur itik. Mmg cantik tapi harganya mahal yang teramat. Sampai kat chu chi tunnel kami dibawa beli tiket. Ada 4 tiket kena beli dalam USD5 sumer. Apa le orang ni, kenapa le tak kasi satu tiket jek semua sekali. Mula2 dibawa tengok lubang, perangkap anjing, pahtu tempat menembak. Tak sanggup le aku nak menembak segala. Yang paling best berpeluang masuk ke dalam terowong. Mmg adventure sangat tapi terpaksa bukak torchlight handphone coz lampu dia tak cukup terang coz terowong dia tu tetiba je turun bawah, pahtu tetiba je kena panjat ke atas. Tapi mmg adventure le...sempat lagi posing2 kat dalam tuh. Kalau orang putih susah skit le tapi kalau orang asia ni kacang jek. Nampaknyer part masuk terowong ni le yang paling best sekali. Tapi kalau yang berpenyakit tidak dibenarkan masuk yea:) Lepas tu dibawa tengok tayangan video. Lepas tu blik ke hotel balik. Sampai jam 3.00 petang, sempat beli makanan kat kedai mamak tu lagi. Request nak cepat coz jam 4.00 nak g airport dah, taukeh tu kasi kuah kari kat kitaorang. SEbenarnya kami extend hotel jadi bayar harga separuh. Lepas tu minta orang hotel tu panggilkan teksi g airport, USD8.

Sampai kat airport g cari tempat terpencil tuk makan nasi tadi. Lapar tul le. Masa kat airport tu jumpa pakcik dan makcik yang kami jumpa kat kedai mamak semalam tu. Rupa2nya dia pun tertipu ngan penarik beca tuh. Malang sungguh.

Itu le pegalaman pergi Saigon yg tidak dapat dilupakan. Kalau ada sesiapa yang ingin bertanya boleh le email kepada saya di bayubaiduri@hotmail.com. Cuma kepada sesiapa yang nak pergi tour2 kat saigon tu,ambik le dari tour agent yang sah. Kalau boleh pergi le survey2 dulu harganya kalau cukup masa. Lepas tu makanan dan minuman boleh bawak sendiri kalau nak jimat. Untuk hotel, boleh ikut pakcik dan makcik yg kami jumpa ari tu, booking sehari je guna internet dulu...pahtu cari le hotel2 yang murah2 kat area ben then. Supaya senang nak g shopping. Lgpun kalau walk in murah skit hotel nyer. Cume jgn pergi time2 yang ramai orang le cam perayaan etc.

Terima kasih semua yang sudi singgah ke photoblog saya.





Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link
pixel

Name
URL
pixel


Views: 2568
pixel
« 
pixel
 »
pixel