Join Photoblog!
pixel
« 
pixel
«  
  »
pixel
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28
 »
pixel

Bercuti ke Singapura

2011.02.19
pixel
Kat Kg Glam, kat belakang tu Masjid Sultan.
pixel
Dalam signage jalan akan tulis Malay Heritage Centre.
pixel
Pintu masuk ke LRT Raffles Place
pixel
Nilah hostel kami, tak sesak, tak bising tempat ni...best.
pixel
Istana Kg Glam
pixel
Syukur alhamdulilah, hari ni saya berpeluang untuk bercuti ke seberang tambak, apalagi kalau bukan Singapura. Sebenarnya telah lama hajat nak mengunjungi negara moden ini tapi tertangguh disebabkan kesibukan kerja. Bila mak saya nak datang KL melawat saya dan menantu dia ni...saya tiba2 ada idea untuk ajak mak saya ke Singapura. Kebetulan anak buah saya yg baru habis SPM, Amoy pun nak ikut. 2 adik saya pun nak pergi jugak....masa tu November tahun lepas...jadik sempat lagi nak kumpul duit. Alang2 dtg ke kl baik pergi sekejap ke Kota Singa. Lepas tu my hubby cadangkan supaya mak, 2 adik dan anak buah saya turun di JB. Bila check tiket, murah pulak dan adik saya seorang belajar di perlis. Jadi saya beli tiket KK-JB dan Penang-KK dalam anggaran RM200 seorang sahaja pergi balik...murahkan?. Jadi mereka akan melancong dari selatan ke utaralah. Mula2 nak duduk kat Tune Hotel di Danga Bay dan ambik bas ke Singapura. Tapi memandangkan mak saya dah tua dan tak larat jalan jauh...saya ambik keputusan untuk menginap kat backpacker hostel kat Kota Singa saja, itu pun nak cari yang dekat2 dengan town dan MRT.

Saya bertolak dari Bukit Jalil jam 7.40 menaiki bas transnational dan family saya bertolak dalam pukul 7.00 pagi dari Kota Kinabalu. Kami bertemu di JB Sentral. Bila saya tiba di Larkin jam 11.45 pg saya naik teksi ke JB Sentral, RM15. Mahal jugak untuk perjalanan yang agak dekat jugaklah tapi saya dimaklumkan oleh driver teksi tu harga teksi mmg fix price. Bila sampai di JB Sentral terasa kagum jugak sebab bangunannya baru dan sebijik macam KL Sentral pulak. Mula2 call adik saya, adik saya ckp dorang ada kat depan JB Sentral tapi saya tak jumpa. Lama2 baru saya perasan yang mereka kat Kotaraya rupanya bukan kat JB Sentral. Masa tu saya tanya kat quard mana lagi ada stesen bas pergi singapora, orang tu ckp kat Kotaraya mungkin tu. Sempat marah jugak kat adik saya....takkan le dah duduk situ hampir 1 jam siap makan lagi pun tak tau itu Kotaraya. Isk...isk...isk... Dah buang masa menunggu dorang sampai ke JB Sentral. Saya dah mula perasan dorang salah tempat coz adik saya ckp tempat tu buruk. Kesian kat mak saya, dah penat dia naik turun eskalator dan dah mula le mak saya membebel2. Lucu jugak. Tapi tak naklah marah2 sangat sebab kita ni nak pergi nak enjoykan...

Bila mereka sampai ke JB Sentral, kami ikut je orang ramai2 menuju lorong ke Woodlands, sebelum masuk bangunan Iskandar tu kena tunjuk passport dulu kat guard. Lepas tu sampai ke imigresen Malaysia, scan beg dan check2 passport dan lepas tu turun bawah ke Perhentian Bas. Mak saya warga emas, jadi saya boleh pergi kaunter sama2 dengan dia. Dari sana mula2 kami nak naik MRT je tapi penjaga bas kat situ bagus, dia ckp ada bas terus pegi ke Queen Street Terminal yang dekat2 dengan Bugis Street jugak. Kami naiklah Causeway bas yg pergi ke Queen Street tu lagi senang, lgpun dah penat dah nak naik2 MRT bagai. Macam bas intrakota je, masukkan duit masa naik dan ambik tiket tapi bas tu tak kasi duit baki tiket....hhhhmmmm rugi SG0.50 dah, harga tiket SG2.50 seorang. Ada jugak bas ke Stesen Kranji kalau nak naik MRT. Pening jugak saya fikir2 kat manalah Stesen Kranji tu sebab sebelum datang sini saya dah search dah peta MRT di Singapore dan dah masuk dalam otak ni nak turun dan naik kat mana. Bas tu penuh dengan orang dari Singapore....cuak jugak, dah le saya bawak 4 orang ni yang tak pernah pergi keluar negara kecuali Bruneilah. Bila sampai imigresen Singapore kat Woodlands, kami sumer turun dan naik eskeletor untuk naik ke tingkat atas. Ambik masa jugak nak isi2 borang imigresen sebab dorang sumer ni first time isi. Org kat imigresen tu siap tanya lagi dah tempah hotel ke kat sana coz dia nampak kami bawak warga emas. Lepas tu dorang nak tengok tiket bas kami. Turun ke stesen bas je, terus cari bas yg sama...ada lorong untuk bas Causeway dan kami kasi tiket kami dan naik. Haaaa...lepas ni dah lega, urusan imigresen dah settle dah. Perjalanan dari Woodlansd tu agak jauh jugak le dalam 30-45 minit jugak le rasanya. Mak saya heran, dia ckp 'tak ada kampung yea kat sini?'. Saya cakap 'tak de mak, dorang sumer dok kat umah tinggi-tinggi'. He...he...he.. Yg bestnya bas tu tak berhenti2....jalan terus je sampai ke Terminal Queen Street. Dari situ confuse nak pergi mana tapi dari situ dah nampak Masjid Sultan dah, hostel kami dekat2 masjid tu le.

Kami cari Jalan Pisang dan jumpa Feelathome Hostel kat deretan2 kedai2 lama 2 tingkat, bila sampai hostel tu ada problem plak....ntah macamana dorang tak rekod plak booking online saya. Hostel ni kepunyaan orang Singh. Tapi dorang carikan hostel lain kat lorong selepasnya tu..namanya ABC Backpacker Hostel, kat Jalan Kledek, hostel ni orang cina punya. Tapi yg bestnya hostel ni lagi best dan moden skit serta luas. Tapi kami dok bilik yang ada 5 katil double decker bersama dengan 3 lagi penghuni lain yang belum sampai. Toilet dan bilik air kat luar. Ada 4 pc untuk berinternet dan ruang lepak2. Adik saya dan anak buah saya sukalah hostel macam ni, maklumlahkan budak-budak...dorang ni suker adventurer. Not bad lah hostel ni, bersih dan luas. Kami mandi2 dulu dan dalam kul 4.00 ptg kami pergi ke Stesen LRT Bugis. Mula2 naik LRT ni confuse sebab sistem dia berbeza sikit ngan KL punya LRT. Mesin dia ada 2 touch skrin, 1 scrin video dan kalau nak beli tiket tekan kat Standard Ticket kat touch screen belah kiri, lepas tu tekan stesen LRT yang kita nak pergi kat touch skrin yg ada peta tu kat belah kanan pulak. Kat scrin video tu pulak akan tunjukkan apa yang kita perlu buat. Canggih dan sangat berinformasi. Fisrt time user macam saya ni pun rasa mudah nak guna. Lepas tu bayar dan tiket akan keluar. Bila masa nak masuk tu tak reti nak buat apa kat tiket tu coz kalau kat KL kita masukkan dan tiket tu akan keluar balik, petugas kat situ ckp touch je kad lepas tu lampu hijau menyala dan kita masuk dalam macam biasa. Bila keluar nanti pergi mesin balik dan tekan Refund ticket, kita akan dapat balik SG1 untuk deposit kad tuh. Oooooo....macam tu rupanya. Kami turun kat Raffles Place, tiketnya SG2, tapi boleh refund balik SG1 bila kuar nanti. Sampai kat Raffles Place kami jalan2 ambik gambar. Masa tu nampak bangunan tinggi2 dan kami berjalan ke arah taman ke belakang ambik2 gambar dan lalu ke Fulllerton Hotel dan terus ke sungai....kat situ ada dek yang boleh nampak Marind Sand dengan jelas. Cantik sangat bangunan tuh. Mula2 kami pergi belah kanan ke jalan besar tapi tak jumpa jejentas nak melintas jalan besar pulak tu yg pergi jalan ke sungai tu. Saya nak cari patung merlion tu tapi tak nampak pulak dari situ dan mak saya dah sakit kaki dah. Rupa2nya patung merlion tu kat sebelah jalan yg kami tak jumpa tempat melintas tu le. Tak pe le dari dek tu dah nampak Singapore flyer, Esplanade dan bangunan art tuh. Mak saya pun dah tak larat nak jalan dah, jadi kami pergi ke stesen LRT Raffles Place dan pergi ke Stesen LRT Bugis. Dari situ kami cari makanan kat area Arab Street dan makan nasi briyani SG5.50 sepinggan. Yang bagusnya jalan2 kat sini pendek2 je...jadi senang nak cari. Rasanya jalan2 yang panjang macam Victoria dan Lavendar Street tuh. Tapi kena ada peta le, saya pulak tak sempat nak tengok2 peta dah coz masa kat dek tu dah hujan dan tergesa2 balik hotel. Peta jugak boleh didapati kat hostel jek. Lepas makan singgah 7 Eleven dulu beli air. Air mineral dia punya le mahal untuk 1500ml pun SG2.70 paling murah. Malam tu macam nak keluar ke Bugis Village kat seberang jalan je tapi kesian pulak tengok mak saya, takkan nak tinggalkan dia kat hostel sorang2 sedangkan pergi bilik air pun dia dah sesat. Nasib baik ada adik2 dan anak buah saya teman di g bilik air dan mandi. Tu le anak2 dan cucu yang baik kan.....

Esoknya pagi2 lagi jam 7.30 pagi kami pergi cari Istana Kg Glam. Sebenarnya kami dapat free breakfast tapi was2 pulak nak makan. Pusing2 kami cari, dalam peta nampak jauh rupa2nya bersebelahan dengan Masjid Sultan je...kami pulak tengok peta. Nampak Malay Heritage signboard tapi ingatkan lain, rupanya kat situlah. Kawasan ni mmg tempat yg cantik untuk ambik gambar sebab ia berlatar belakangkan Masjid Sultan yang cantik dan di kiri dan kanan ada bangunan yang unik. Kat situ banyak kedai2 melayu dan senang nak cari makanan halal tapi masa tu awal lagi tak bukak lagi. Kebetulan masa tu dorang tengah buat sambutan Maulidurrasul tapi tak de le berarak2 macam kat KL. Orang ckp kat sana tak boleh azan tapi ada je kami dengar azan dari masjid nih. Lepas tu kami pergi cari Terminal Bas Lavender Street. Kami terus menyeberang sungai dan menuju ke Stesen LRT Lavendar Street. Dari situ turun ke stesen tu untuk lalu terowong ke seberang jalan. Dari situ kami menyusuri Lavendar Street tu sampai nampak banyak bas2 kat situ, kat situlah bas Transnational, bas Delima parking. Agak jauh jugak le terminal ni, lepas tu kecik je dan tak berapa nampak. Dekat dengan Hotel 88 Lavendar Street. Kami lepak2 dulu kat terminal ni melepaskan lelah, beli minuman 100plus sebotol SG1.70 dan lepas tu balik semula ke hotel untuk check out. Kat KL rasanya dalam RM1.60 je kot, mahal tul le air kat sini.

Bangun pagi-pagi, baru jumpa 3 orang roomate, dorang rupanya adik beradik dari Pulau Cebu Philipina. Semalam dorang balik masa kami dah tido. Masa pergi Manila tahun lepas, ada orang sekapal terbang tu recommend kami pergi ke Cebu. Org tu ckp 50% penduduk kat situ muslim dan pantai dia cantik. Insyallah kalau ada rezeki nanti, bolehlah kami pergi ke Pulau Cebu pulak. Dorang ni sumer baik2 tapi kami tergesa2 nak keluar dan dorang pulak tergesa2 nak mandi. Dorang pun dah pernah pergi KL.

Lepas mandi2 dan rehat2 kejap check out kul 11.00 pagi, kami pergi cari makanan dulu area situ dan jumpa restoren kat belakang Masjid Sultan kat hujung sekali..pekerjanya orang Kelantan. Makanan kat sini sedap banding dengan restoren yg kami pergi semalam tuh. Kebanyakkan makanan kat area sini ni makanan mamak. Lagi satu dorang ni suke betul sos-sos. Masa makan semalam tu, dorang kasi kami kuah kari, saya tanya 'ni nak makan dengan apa?'. Orang tu ckp 'makan dengan nasi goreng dan briyani'. Saya apalagi layan je le. Lepas makan kami pergi ke stesen Bugis dan berhenti kat Outram Park dan terus pergi ke Habourfront. Kami tersilap sebenarnya, LRT kat sini sumer integrated. Walaupun kami naik LRT yang berlainan tapi kami boleh terus beli tiket ke Habourfront dari Stesen Bugis lagi. Tapi kami beli tiket satu2. Patutnya terus beli tiket ke Habourfront je coz kuar je dari tren kat Outram Park ada terowong terus menuju ke stesen tren yang menuju ke Habourfront. Jadi kami telah silap beli tiket, terpaksa keluar dulu kat stesen Outram Park, refund deposit dan beli tiket balik ke Habourfront. Kat sini senang...banyak sgt terowong...byk terowong yang menghubungkan stesen terus ke dalam bangunan shopping mall. Jadi kalau kita berjalan kat bandar mmg tak nampak ramai orang, macam tak ada orang jek....tapi kalau kita turun ke terowong2 ni punya le ramai orang, berpusu2 sumer. Mula2 terkejut...rupa2nya kat sini rupanya sumer orang nih!!!! He...he...he..

Sampai kat Habourfront, ikut signage ke VivoCity dan naik ke tingkat 3 untuk beli tiket monorel ke Pulau Sentosa, tiket SG3 pergi balik. Org tu ckp masa pergi ni kita touch je kat pintu nak masuk tu tapi bila nak balik dari pulau sentosa nanti kita masuk je, tak payah touch mana2 dah. Kat sini juga ada dijual tiket2 macam tiket Merlion Tower, Tiger Sky Tower dll tapi kami tak nak beli lagi coz nak tengok kat sana dulu. Naik je monorail, dalam perjalanan tu nampak le pelabuhan singapura. Sebenarnya Pulau Sentosa ni dekat je, kita boleh pergi ke sana dalam pelbagai cara contohnya melalui monorail, berjalan kaki, naik kabel car, teksi, bas. Naik monorail le senang coz setiap 5 minit ada je tren....effifien sungguh. Kami turun kat Stesen Imbiah....dekat situ le kami bergambar sakan dan menaiki Imbiah Lookout iaitu atas bukit dimana terletaknya Tiger Sky Tower dll, tiket Tiger Sky Tower berharga SG15. Beli tiket kat kaunter oren. Kat sini kalau tak tau boleh tanya kat kaunter, lepas tu papan tanda banyak...tak payah risau...takkan sesat punya. Dari atas Tiger Sky Tower tu boleh nampak aktiviti yang ada disekitar pulau sentosa tu...nampak orang main goo kart, naik kabel car, padang golf, hutan, pantai2, nampak jgk pelabuhan dan macam2 lagi. Jgak nampak orang bergambar2 kat atas Merlion Tower. Dari situ ada satu lagi aktiviti ala2 kabel car tapi tak tau nama dia apa....kita duduk dengan kaki berjuntai dan rel tu menuju ke pantai. Teringin nak pergi tapi bajet dah tinggal skit....lain kali lah. Kat laut tu ada nampak rumah2 berderet dari kayu dan nipah....tertanya2 jugak apakah bende tu...bila tengok peta barulah nampak kat situ le Song of The Sea. Sebelum naik tu mak saya macam takut nak naik Tiger Sky Tower tu tapi bila dah turun dia ckp tak takut pun. Bila adik saya ajak dia naik kabel car yang boleh berjuntai2 kaki tu...dia ckp 'ok' jek. Iskk...iskkk...hebat betul mak aku ni walaupun dah menghampiri 70 tahun. :D

Dari situ kami menuju ke Stesen Waterfont agaknya namanya dengan berjalan kaki jek. Kat Pulau Sentosa ni ada beberapa stesen tapi dekat2 je sebenarnya boleh jalan kaki je kalau tak penat. Bergambar kat bebola Universal Studio tuh. Tak dapat masuk pun tak pe le, janji leh bergambar kat ikon dia nih. Jam 3.00 petang, lepas bergambar dan membeli beberapa souvenir, kami naik monorail menuju ke VivoCity. Saya beli payung je berharga SG9.90. Mahal kat sini, key chain pun dalam SG6 satu. Tak pe le, beli payung je le...beli banyak2 pun nanti buat menyempah rumah je. Pusing2 sekejap kat VivoCity dan terus menaiki LRT ke Lavendar Street, sebelum tu tukar LRT kat Outram Park, sumer lalu bawah tanah je...tak nampak macamana rupanya Outram Park nih.. Tiket LRT dalam SG2.50 rasanya. Dah penatkan jadi dah tak fikir dah, bayar je le. Biasanya saya le yang beli tiket dan saya akan ambik duit deposit balik....bak kata my hubby 'every cents counts' Lepas tu baru claim kat dorang He...he..he... Tapi yang ini, masing2 berebut ngan saya nak ambik duit syiling refund tuh...uuuuiiii melampau tul...sumer dah kehabisan SG dan tak nak plak bayar duit tiket tuh. Nasib baik separuhnya saya berjaya rampas balik. Cissss....hangin betul ngan budak2 nih. Terus pergi ke Lavender Street Terminal, masih awal lagi...baru jam 4.00, bas jam 5.00. Nasib baik ada toilet kat terminal ni. Budak2 ni menghabiskan duit yg ada untuk beli minuman kat vending mechine.

Naik bas Transnational ke KL berharga RM57 kalau tak silap. Kalau dari KL-JB dalam RM31 jek. Sampai ke imigresen Singapore, naik lif ke atas dan cop2 passport, pahtu turun balik cari bas. Pemandu bas suh bawak beg duit dan passport je...brg2 tak payah angkut. Jalan lagi menyeberang tambak, naik lagi ke tingkat atas dengan membawa beg2 sumer...scan beg dan pergi ke kaunter imigresen dan turun bawah balik. Pemandu bas kami dah sedia menanti kat bawah. Masa ni dah lega...dah sampai Malaysia. Masa ni le dorang membeli jajan2 sumer coz murah banding beli kat sana. Air mineral 1500ml pun SG2.70 kat sana...aduhaaaaiiiii.......

Dalam perjalanan ke KL, bas singgah kat Ayer Hitam sekejap dan sampai Bukit Jalil dalam jam10.30 malam. Berakhirlah trip kami ke Kota Singa, kota yang moden, bersih dan cantik. Saya berharap Malaysia pun akan menjadi kota yang bersih macam itu suatu hari nanti. Amin....

Banyak pengalaman dan pengajaran yg boleh diperolehi bila mengunjungi Kota Singa ini. Mereka di sana sangat berdisiplin dan perancangan bandar mereka sangat canggih. Mereka memelihara dan memulihara alam semulajadi. Sementara kita sibuk menebang pokok di bandar kita yg kita anggap menyusahkan dan mengganggu pandangan mata kita, mereka pula begitu sibuk menghijaukan bandar mereka. Disana sini kita akan nampak pokok2 besar yang berusia puluhan tahun tinggi menjulang walaupun dikelilingi hutan batu dan dicelah2 jalan2 yang bertingkat2 pun pokok2 nya masih tumbuh dengan megahnya. Timbul persoalan di kepala saya, berapakah usia sebenar pokok2 ini?. Macamana dia boleh kekal di situ tanpa di tebang?. Tidak adakah pelebaran jalan dan macamana keadaan pokok ini semasa pembinaan jalan bertingkat2 ini dibuat sedangkan dia berada betul2 ditengah2 jalan. Tidak heranlah cuaca di bandar ni masih sejuk dan tidak membahang sangat macam di KL. Di KL, kalau ada projek pembangunan, semua pokok2 dikawasan itu akan ditebang dan jadi le tempat itu macam padang jarak padang tekukur...lalu selepas itu akan di tanam dengan pokok2 renek yg tumbuh segan hidup tak mahu. Kalau ada pun pokok2 yang besar, ia akan ditebang bila ada kerja2 pembesaran jalan dan sebagainya macam yang berlaku pada pokok2 di sepanjang Jalan Loke Yew menuju ke bulatan cheras. Dulu bila melalu jalan itu, teras sejuk dan nyaman sebab pokok2 itu seperti bertembung silaranya seperti payung yang memayungi kereta2 yang melaluinya...kini semuanya telah tiada.

Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah ke blog saya ini. Sebenarnya blog saya ini tersangat bermakna bagi saya dan juga agak peribadi. Disinilah saya menulis apa yang terbuku dalam fikiran saya dan tidak ramai yang tahu kewujudan blog ini kecuali beberapa orang kawan2 terdekat saja. Saya juga berharap ini akan dapat membantu anda merancang percutian anda. Sebenarnya anggaran perbelanjaan percutian 2 hari 1 malam saya ke Kota Singa ini tidak sampai pun RM300. Gambar2 akan saya upload kemudian yaaa.... Saya tak reti nak mencantik2kan blog saya ini, saya harap saya dapat upgrade nye kepada Pro soon. :) Tq semuanya.
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link
pixel

Name
URL
pixel


Views: 5009
Category: My Holidays
pixel
« 
pixel
 »
pixel