Join Photoblog!
pixel
« 
pixel
«  
  »
pixel
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
 »
pixel

Bangkok 26-29 Mei 2011 Part 2

2011.05.27
pixel
Sathorn Pier. Nampak gerai oren untuk beli tiket Chao Phraya Touris Boat, 150 Batt untuk 1 day pass.
pixel
Kat atas bot........
pixel
Ni kat Wak Saket (Sitting buddha)
pixel
Sambung pulak dengan catatan hari kedua di Bangkok.....

Hari ke2 ni le hari yang paling penat dan banyak aktiviti dari pagi hingga ke malam nya. Jam 8.00 pagi kami dah keluar ke BTS Phloen Chit ambik tiket untuk ke stesen interchange BTS Silom dengan harga 20 Bath, sebab kami nak pergi ke BTS Saphan Taksin. Rupanya kami tak perlu beli tiket pergi BTS Siam rupanya, terus je beli tiket ke Saphan Taksin dan tukar tren je. Jadik kami kuar lrt balik di Siam dan beli tiket balik 30 Bath ke Saphan Taksin. Untuk melihat stesen BTS dan MRT di Bangkok, sila google yea. Secara purata tiket BTS kat Bangko lebih mahal dari KL sebab paling murah pun 15 Bath. Harga tiket ikut zon dan beli kat mesin. BTS hanya terima duit syiling 50 sen dan 10 Bath saja. Berbeza dengan Metro yang boleh terima syiling dan duit kertas. Kebetulan masa ni orang nak pergi kerja jadi ramai le orang sikit. Yg paling bagus, dorang berbaris untuk masuk tren.

Sampai ke stesen Saphan Taksin, kami turun ke bawah dan pergi ke jeti Saphan. Beli tiket Chao Phraya Express Tourist Boat yang paling awal jam 9.00 pagi dengan harga 150 + free keychain + brochure yg ada map. Kami mmg nak naik boat yang terawal sekali.

Sebenarnya di sepanjang sungai ni banyak jeti (Pier) dan ada juga yang tak nampak kat peta dan ada juga jeti persendirian. Untuk Tourist boat ni, dia akan berhenti kat beberapa Pier saja. Kami turun kat Maharaj Pier dan hanya mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan dari Saphan Pier. Keluar dari jeti tu dan menyusuri tempat parking kereta nampak dinding Grand Palace. Masa kat tepi pintu tu, pekerja kat depan pintu tu memperkenalkan diri dan bagitau Grand Palace tutup untuk ceremony dan hanya bukak jam 12.30 tengahari nanti. Dia mensyorkan kami ambik tuk tuk dan tempat yang dicadangkan ialah sitting buddha, sleeping buddha dan Thai Centre. Tuk tuk tu akan bawak kami pergi 3 tempat ini dgn bayaran 50 Bath saja dan hanya bayar bila kembali semula ke Grand Paalce. Jadi dia tahankan kami tuk tuk dan tuk tuk tu bawak kami ke Standing Buddha punya temple. Ambik gambar kat situ dan terus menghala ke Thai Centre. Best jugak naik tuk-tuk ni, rupanya dia guna bateri, bukan petrol. Jauh jugak nak pergi ke tiga2 tempat ni, mmg tak boleh le jalan kaki dalam 20-30 minit dari satu tempat ke tempat yg lain. Dia singgahkan kami kat kedai permata tapi kami tak beli, lepas tu baru hantar kami ke Thai Centre.

Kat Thai Centre ni le kami telah tergoda dengan kilauan batu2 permata. Ditunjukkan juga bengkel nak mengilaukan dan memotong dan membuat cincin2 ni sumer. Ada jugak berlian dari Afrika Selatan tapi batu2 permata dari Thailand. Show room dia kat depan tu tak tergoda sgt sbb cincin dia byk guna emas tulin, jadi mahal le...tak mampu den. Yg kat belakang ni jual cincin yang dengan silver...jadi murah le, harga kurang dari rm350 sebentuk cincin. Kalo batu2 permata dia ciput leh dapat RM120. He...he... Kami beli 2 bentuk dapat le 15% diskaun. Batu permata dia cantik2 dan kita pilih design mana yang kita nak dan kita ukur saiz jari...tup...tup dalam 20 minit dah siap!!! Mudah kan?. Mmg senang sgt nak shopping dan menghabiskan duit kat sini sebab leh gores dan menang. Ha...ha...

Sementara tunggu cincin siap kami bershopping kat kedai2 souvenir kat situ. Kalau tengok agak mahal 2-5 ringgit dari Chakcunchak tapi keaslian dia dijaminlah. Byk jual souvenir, shawl, 100% pashmina, sarung kusyen, table runner, baju, handbeg dari sutera thai pelbagai bentuk, purse kulit buaya dan ular (yek...geli), barang2 kraftangan dari buluh dan sebaginya. Selepas tu boleh lepak kat cafe dia dapat minum free. Bila dapat cincin kami naik tuk tuk balik ke grand palace coz dah dekat jam 12.30 tengahari. Kami kasi lebih le, kasi 70 Bath kat driver tuk tuk atas kerajianan dia bersabar ngan kami dan kejujurannya. Kat sini boleh percaya skit tuk tuk kot sebab kawasan ni kawasan wat-wat.

Sampai Grand Palace, hujan turun mencurah2. Kami berteduh kat depan pintu masuk dan sambil2 itu ditawarkan payung oleh penjaja jalanan 200 Bath dan baju hujan plastik 150 Bath. Mula2 tak berapa nak familiar tukaran duit nih...sibuk le pilih color payung. Tetiba terfikir APA RM20 untuk sepucuk payung bodoh ni?. Cancellllll......... Orang tu tak puas hati dan turunkan harga jadi 150 Bath dan lastly 100 Bath...kami tak mau jgk. Punya le marah dia, dia panggil kami 'you NOT GOOD and BAD'. Peduli apa....apahal ko jual mahal sgt. Harga pulak berbeza ikut penjaja. Bila hujan kurang skit kami masuk dalam ke tempat tiket. Makkkk...aaaaaiiiii....mahal nyer nak masuk, 350 Bath tau seorang. Kami pun pergi balik ke pintu utama dan tunggu dalam 1 jam setengah jugak tunggu hujan berhenti. Nasib le aku,,,,payung tertinggal kat hostel. Orang putih yg pakai seksi tu terpaksa menyewa blouse dan kain kat tempat sewa baju. Ada dress code nak masuk tempat ni...rujuk website Grand Palace k.

Bila hujan reda, kami berjalan menghala ke Wat Pho. Tutup plak tempat ni...jam 4.00 petang baru bukak balik sebab ada ceremony. Bosan le cam ni...kami terus g Tien Pier. Daif nyer jeti dorang ni, macam jeti nelayan nampaknya. Kat Tien Pier ni ada bot untuk keseberang bagi yg nak melawat Wat Arun dengan bayaran 3 Bath saja. Tapi kami dah bosan nak g temple2 nih..terus tunggu boat untuk ke Saphan Tier. Sebenarnya kalau balik kami boleh naik apa2 boat yang singgah kat Saphan Tier. Rasanya boat yang bendera OREN tu singgah kat Saphan Tier tapi nampak cam dah penuh pulak...tak berani naik dengan arus sungai deras lepas hujan lagi. Jadi kami tunggu jugak Tourist Boat datang. :)

Kalau fikir2 balik, naik Tourist Boat ni agak mahal kalau setakat nak pergi area Grand Palace dan Wat Pho saja. Tapi kalau nak naik turun banyak kali kat setiap jeti tu mmg berbaloi. Kalau nak murah ambik boat bendera oren tu dan turun kat Tien Pier dan dari situ jalan kaki ke Wat Pho dan Grand Palace. Nak balik pun naik balik kat Tien Pier....rasanya tak sampai RM5 kot. Sebabnya nak pergi Wat Arun tu harga lain pulak, boat dia pulak lain bentuknya. Boat dia hanya pergi ulang alik keseberang saja.

Kami naik BTS balik dan turun di National Stadium, kalau tak silap tambang 40 Bath. Kami dah kelaparan dan cari food court. Ada International Food Court kat tingkat 5, tapi tau je le tempat ada class skit dan begitu jugak dengan harganya. Nak masuk food court tu dia kasi kita kad, kad ni macam kad kredit, kita order kat stall, peniaga kasi kita bil dan bila dah abis makan dan nak kuar baru kita pergi kaunter dan bayar dan terus keluar. Saya makan tomyam udang (5 ketul udang ciput je ada) dengan harga 120 Bath dan nasi putih 20 Bath. Tomyam dia yg letak santan tuh. Kawan saya beli set nasi ngan 3 cucuk sate + timun 160 Bath. Ada 3 gerai jual halal food, ada yg jual thailand food, indian, food dan Indenesian food kat situ. Mahal tapi hantam je le coz kami dah lapar giler.

Lepas makan kami jalan2 dan termasuk kat Tokyu dan terjumpalah kasut CROCS kat situ. Murah banding KL, sandal biasa harga RM160++ kat Mid valey leh dapat dalam RM125 kat sana. Apalagi...saya pun sambar satu kasut Crocs. Yg original tau...bukan tiruan punya.

Lepas tu kami menyusuri mall2 besar kat situ, masuk Siam Centrelah, Siam Paragon dan semua malllah yg bersambung2 tuh kami masuk. Banyak aktivit masa ni, ada artis buat showlah, pameran makananlah dan macam2 aktiviti dalam mall mewah nih. Kami terus jalan kaki hingga ke hostel. Tapi sempat singgah kat Amarin Plaza yang dengarnya jual Thai Silk yg murah jugak. Saya tanya harga silk sama yang kami beli kat Old Siam Plaza, harga dia bagi 450 Bath semeter. Mahal 100 Bath le kat sini. Tapi kepada sesiapa yg tak sempat nak pergi Old Siam Plaza boleh cari kat sinilah. :)

Kami jalan kaki menyusuri jejantas yang dibina dibawah rel LRT. Sebab itulah rel LRT dorang tinggi sebab kat bawah tu ada jejantas yg luas boleh jalan kaki je.....cantik pulak tuk lantai dia dan bersih....tak payah naik tren kalau larat jalan. Jejantas ni dari BTS National Stadium hingga ke Phloen Chit kalau tak silap. Jejantas ni menyambungkan stesen BTS dan mall/hotel ditepi2 jalan dan terus masuk ke dalam mall tuh. Senang le nak jalan walaupun hari hujan. Tak perlu nak mengadaikan nyawa melintas jalan macam kat KL ni. Rasanya sistem pengangkutan dorang lebih baik dari KL sebab LRT dorang cepat dan dorang ada pengangkutan air dan darat yang begitu effisien.

Sampai hotel dah terasa penat giler. Nampak buah laici yang jual tepi jalan tapi ntah kenapa tak terbeli.

Malam nya kami bercadang nak pergi Arab Street area Nana. Disepanjang jalan Sukhumvit ni ada gerai2 kecik menjual pelbagai barangan. Banyak kedai makan kat area Arab Stree ni tapi tau je le...MAHAL TERAMAT. Kebab ciput tu berharga 60 Bath satu. Kami mencuba makan kat satu restorent arab. Makan Nasi briyani kambing dengan harga 220 Bath dan air mineral yg berharga 7 Bath kat luar, kat sini 26 Bath yeaaaa. Kawan saya makan half chicken bakar 250 Bath + Capati saiz biasa 60 Bath + teh lemon ais 65 Bath. Muflis kalau makan kat sini tiap hari. Tapi harga2 disetiap restoren ni lebih kurang jek. Briyani ayam pun 180 Bath. Goreng2 pun dalam 160 Bath. Kalau standard makan kat MBK nih. Harus esok cari makanan murah2 dah tapau balik hostel. Mahal skit coz kebanyakkan kat sini restoren arab, bukan mamak tau. Mamak boleh tahan lagi murahnya.

Pahtu balik hostel dan tido............cukup2 le makan hari ni sikit punya mahal le....
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link
pixel

Name
URL
pixel


Views: 608
Category: My Holidays
pixel
« 
pixel
 »
pixel