You are either already subscribed or there was an error
Your entry has been submitted
Sorry, your entry could not be submitted
nande darou~~
2008.07.19
Click here to add text
1
Click here to add text
2
Sengaja nak bawa sesiapa yang baca post kali ni untuk berfikir..
Mungkin agak keras dan menakutkan tapi itulah realitinya yang berlaku di Jepun sekarang. Kes bunuh membunuh tumbuh bagai cendawan selepas hujan; semakin bertambah dan semakin mengerikan..
Bulan lalu, gempar satu Jepun apabila 17orang dilaporkan diserang seorang lelaki berusia 25 tahun di Akihabara. Beliau menaiki trak dan merempuh 5 orang yang sedang berjalan, dan kemudiannya memberhentikan trak lalu turun menikam 12 orang yang berada di sekitar itu. Dari 12 orang yang ditikam 4 darinya dilaporkan maut. Mereka tidak bersalah terhadap pembunuh tapi tetap menjadi mangsa..
Kes berganti kes. Rabu yang lalu pula, bertempat di Aichi, Jepun seorang remaja berusia 14tahun dilaporkan bertindak ganas dengan mengacukan pisau (dibeli di kedai 100yen) kepada pemandu bas sambil mengarahkan pemandu bas membawa hingga ke tokyo tanpa henti..
Setelah diselidik, remaja berkenaan bertindak sedemikian setelah dimarahi dan dibenci ayahnya. Dengan tidak berfikir panjang dan waras , remaja berkenaan sanggup berlaku ganas yang sebenarnya bukanya dapat menyelesaikan masalahny malah menambahkan masalah..
Dan hari ini pula, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun , kakak sulung dari keluarganya dilaporkan telah membunuh ayahnya dengan menusuk dada ayahnya berkali-kali dengan pisau. Punca pembunuhan masih lagi dalam siasatan pihak polis..
Hmmmm...sedih betul bila dengar berita sebegini..
Ngeri pun ada..
"Setiap hari ada saja.." kata kawanku bernama Nozomi.
Cuba sama2 kita fikir kenapa mereka sanggup bertindak sekejam itu..?
1.Memandangkan teknologi yang serba canggih mereka kurang komunikasi sesama manusia. Contohnya, bila waktu free, hotondo bermain game. Saikin di kelas pun selalunya ramai je yang zutto tengok bawah meja. sedang khusyuk bermain game sesama mereka menggunakan aplikasi bluetooth. Dan game yang dimain berkisar aksi2 bahaya. Itupun rasanya sedikit sebanyak mempengaruhi otak mereka..jyanaino?
Dan yang paling penting, bila ada masalah, diorang tiada tempat mengadu, sedangkan kita ada..
Allah sentiasa dengar dan tahu isi hati kita.
Kalau ada masalah, tika kita gembira Allah tahu segalaNya..
Hati jadi tenang bila kita ingatkanNya..
Kasihan dengan mereka. Mereka ragu2 wujudkah Tuhan. Dan ada juga antara mereka yang mempercayai banyak Tuhan. Bila nak dekat exam jumpa dengan tuhan exam, bila nak bersalin jumpa pula tuhan lain. Supaya elak accident, tuhan lain pula dijenguk..
Hmm..kawaisoune..
Mudah2an satu hari mereka diberi petunjuk dan dibukakan hati..
>>iitai koto wa..
bersyukurlah kerana kita adalah Muslim..
kita ada tempat bergantung.
dan harapnya kita bukanlah muslim kerana warisan tapi muslim kerana pilihan..
insyaAllah..sama2lah usaha untuk mencapainya..
alhamdulillah..i am muslim...
proud to be a Muslim..
^__^
5
Comments
ada ada rncangan dlm tv aritu ckp..peratus jenayah xmeningkat langsung, malah mkin turun. semua tu sbb media jepon makin pantas...