kisah seorang anak palestin T_T
sedih baca artikel di atas ni..
cuba membayangkan diri sekecil itu dan berada di situasi mereka..
hmm..
moga mereka diberi kekuatan..
timbul persoalan,
kita saudara semuslim,
adakah kita hanya mampu melihat?
adakah kita hanya mahu mendengar rintihan dan cerita sedih mereka?
apa yang boleh kita
sumbangkan untuk membantu mereka?
soalan ini pernah disoalkan dalam pertemuan kali keberapa usrah online yangku hadiri..
非常に勉強になりました。。
apa yang dapat disimpulkan,
kita dapat menyumbang jasa kita
dengan memahirkan diri dan berjaya dalam bidang atau kerja yang kita ceburi..
jikalau anda sedang belajar kejuruteraan, jadilah seorang jurutera yang berjasa kelak..
jikalau anda cekap berniaga, jadilah seorang peniaga islam yang berjaya,
kita dapat bantu mereka
dengan menghasilkan sesuatu menggunakan kemahiran dan kepakaran kita..
apa yang penting sekarang,
mari sama-sama kita menajamkan kepakaran kita masing-masing,
dalam masa yang sama,
bersama berganding bahu membantu mereka dengan berjaya dalam bidang atau minat kita...
setiap sesuatu yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah akan dipermudahkanNya, insyaAllah..
gambarimasyou!
(mengingatkan diri sendiri yang selalu tak ingat..huhu)