" Jika kamu mahu menjadi seorang yang memberi pandangan,
Maka pastikan engkau menjadi seorang yang berpendirian.
Satu-satu pandangan boleh menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bahagi... "
- Abu Tayyib al-Mutanabbi
terima kasih atas peringatan ikhlas yang cukup membuatkan ku berfikir...
dengan kasih sayang Allah,
aku berdiri di sini..
dengan kasih sayang Allah,
kami dapat berkumpul tempoh hari,
dengan kasih sayang Allah,
setiap satunya terjadi,
terima kasih ya Allah,
walau kami banyak berdosa,
gemar membuat salah,
dan xsedar kesilapan sendiri,
Engkau masih sayangkan kami...
Ya Allah,
kuatkanlah semangatku,
tabahkanlah hati ini,
pertingkatkanlah iman di dalamnya,
cekalkanlah diri ini,
melalui jalan kehidupan yang penuh warna,
jauhkanlah diri ini dari sifat ragu-ragu, su'uzon dan sifat yang Engkau tidak sukai..
wahai Tuhan yang Maha Mendengar dan Menerima taubat,
hanya kepada Engkau aku memohon,
perkenankanlah...
amin....
teringat kat ain qaisarah, gemar benar dendangkan lagu ni...