pixel

Spain 2007: Seville

2007.04.06
With Anahita

Kat hostel

Gaya apakah?

K.Izi & K.Azila berposing di bandar Seville

Sungguh tak terkata betapa banyaknye limau kat bumi Spain

This is it - La Giralda (used to be the minaret of a mosque here)

Me with K.Azila berlatarbelakangkan La Giralda

Asik aku je hamek gamba, nak gak masuk gamba skali-skala

There used to be a masjid here, now it is a church

Limau lagi...

Dan lagi...

Alcazar i.e istana (masuk free if u have ur student ID card with you)

Dalam Alcazar

Subhanallah - the beauty of Islamic Civilisation

Alif Lam Lam Ha - bunyinye ape? Merata-rata tertulis dengan kalimah ni

Lagi-lagi limau..

Last pose before bertolak ke Cordoba

Tabah menanti tren untuk ke Cordoba

Santa JustaTrain Station (sebutannya Santa Husta)

Sudah lama sebenarnya nak update photoblog nih tapi kesibukan dengan urusan sekolah terutamanya banyak menyumbang kepada kelambatan mengupdate.

Anyhow, here we go...

Hujung semester lepas, diriku dan 5 orang lagi member (Kak Azila, Kak Izi, Kak Nadia, Azrin dan Aida) amek keputusan untuk pergi melawat ke bumi yang pernah suatu ketika dahulu menjadi pusat pemerintahan Islam selama beberapa kurun lamanya.

Bumi manakah itu?

Tidak lain dan tidak bukan adalah bumi al-Andalus di Spain.

Al-Andalus a.k.a Andalusia ni terdiri daripada beberapa bandar sebenarnya dan antaranya ialah Seville, Cordoba dan Granada.

Hari pertama bertolak ke Seville dan kami tiba di Seville pada waktu malam. Sampai-sampai je Seville dah tercengang-cengang - ya Allah, orang Spain kat epot tu yang reti cakap omputih boleh dikira dengan jari..!! Memang terkial-kial sebab tak tahu direction ke hostel yg telah ditempah.

Syukur sangat-sangat sebab tak lama lepas tu kami dipertemukan dgn sorang student yg reti cakap omputih - Anahita namanya. Alhamdulillah, walaupun kene banyak bersabar dgn bahasa omputihnya (katanya dia dah lama tak bercakap omputih), tapi dia sudi menunjukkan kami jalan ke tempat penginapan yang ditakdirkan berhampiran je dgn hostel dia. Ala, macam la kitorang punya english hebat sangat pon..huhu..

Dalam perjalanan menaiki bas ke hostel tu, sempat la kami berborak-borak dan berbonding-bonding dgn Anahita. Siap ajar kitorang beberapa perkataan Spain (tapi dah tak ingat sgt dah. Tau "hola" = "hello" je, yg lain dah lupa).

Anahita ada cerita kat kitorang yg Seville ni antara bandar yg sangat religious di Spain. Memang dia tak tipu, jalan la kat mana-mana pon dalam Seville tu, gereja memang merata-rata. Tapi alhamdulillah, takde la plak kami diganggu di sana.

Sampai-sampai je kat hostel, sumer orang tros tido. Penat.

Esok pagi, awal-awal lagi kami dah keluar utk melawat bandar Seville.

First stop: La Giralda

La Giralda ni sebenarnye tower yg tinggi tu (tgk gamba). Menurut sejarah, dikatakan bahawa menara tu sebenarnya dulu adalah menara masjid kat situ. Tapi bila orang-orang Kristian dah conquer bumi al-Andalus, depa runtuhkah semua masjid-masjid kat Andalusia termasuklah masjid ni.

Tapi, depa sayang nak runtuhkan menara masjid tu sebab terlalu indah. Akhirnya depa decide utk jadikan menara masjid tu sbg menara gereja depa (menara yg letak loceng banyak-banyak tu).

Apa perasaan kitorang ketika tu?

Tak tahulah orang lain camne tapi diriku memang agak sedih dan sayu. Tak sanggup nak menatap lama-lama La Giralda tu. Makin ditatap, makin sayu hati.

Next stop: Alcazar

Kalo tak salah Alcazar ni maksudnye "istana". Tak berapa ingat ape sejarah di sebalik istana ni tapi yg bestnye masuk adalah PERCUMA. Hehe..

Anyhow, agak kagum dengan ukiran-ukiran dalam istana ni - sumernye in Arabic tapi tidak ku pasti pula apa maksudnya. Hampeh-hampeh, lenkali kene blaja arab la camni.

Petang tu jugak, kitorang bertolak ke destinasi seterusnya - Cordoba.

(tunggu la bebile free aku upload gamba)
1 Comment
Mawar salam,
Saya akan ke seville for biz trip end of Nov07, boleh bagi gudie or contact no. di sana. Maklum la first time nak pergi.
Mawar
Sunway, PJ
mawarm@gmail.com
Mawar · 2007-10-06: 06:16
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 599
 
pixel
« 2007.04.05
 
pixel
2007.04.07 »
pixel