pixel

Cycling in Isle of Wight

2008.03.15
Di atas feri, sambil mengalas (melantak?) perut dengan sanwic sebelum berbasikal

Wajah-wajah riang menanti feri tiba di Isle of Wight

Kak Misah, Kak Adi, Fy dan Ros

Ili, Maya, Kak Nadia dan Arfah

Banyaknye beskal...berwarna-warni gitu..

Kalo tanye Handzalah, `Handzalah sayang kakak tak?` lalu dia akan jawab `Sayang...`
`Sayang banyak mane?` konpem die akan jawab `..MANYAK MINTANG..!!` (banyak bintang)

p/s: nak tahu sejarah `manyak mintang` kene tanye Ummu Handzalah..hehe =p

Mendengar briefing daripada pakcik beskal..

p/s: Somehow aku trase yg (baju2) kitorang mase tu ter`blend-in` dengan grafitti kat dinding blakang tuh..huhu..

Bersedia utk bertolak

Ape-ape hal pon, posing tu penting..biar ada gaya, jauh mane beskal mampu dikayuh tu lain citer =p

Ketua rombongan Cik Kiah membaca peta terlebih dahulu utk mengelakkan sesat

Ya benar, akulah tu yg dok mem-beca-kan anak-anak Kak Umi dgn riang gumbiranya. Haha, pengalaman yg tak dapat dilupakan utk diriku =)

p/s: forget about going to gym, beca-kan aje any kanak-kanak yg boleh didapati..nak lagi mencabar? Try beca-kan orang dewasa..

Huda dan Farhah yg gumbira di-beca-kan.

Berhenti seketika di tepi jalan menantikan orang-orang dibelakang yg belum kunjung tiba

Tekun meneliti peta

Ros dan Fy

Cycling team Soton

=)

Kak Uya, Kak Mar, Kak Sherot, Kak Nadia dan Kak Misah

Cuti Easter kali ni menyaksikan kami ber-18 telah pergi menggagahkan diri berbasikal di Isle of Wight (IoW). Secara ringkasnye, IoW ni one of the tourist attractions di Soton ni (not that Soton has a lot of places to visit, but still...) yg letaknya cuma setengah jam atau sejam perjalanan dgn feri (depending on which type of feri kita naik which depends on bape banyak duit kita ada). Since tak sumer student bertuah dapat cuti sebulan cam aku si budak engin ni, so kitorang decide utk pilih salah satu weekend utk dijadikan hari beriadah kami - and we decided to go there on 15th of March 2008 (Saturday).

Mase 1st year dah penah pegi IoW ni tapi blom pernah try lagi berbasikal di sana..

Berbekalkan 2 bungkus sanwic utk brekfes, sebungkus nasi lemak utk lunch dan sebotol air utk menghilangkan dahaga, kami pon bertolak seawal 6.45am menaiki UniLink ke RedFunnel.

Masa naik feri, memula kami agak excited la nak duduk kat 'open roof' punye area, kenkononnye nak 'fresh air'..tapi apakan daya, angin musim bunga ni boleh tahan sejuk jugak rupa-rupanya ..jadi terpaksa la kami akur dgn kehendak badan yg hendakkan kepanasan dan berangkatlah kami masuk ke dalam (haish, x macho langsung).

After about 1 hour of berborak di dalam feri (bukan borak kosong aa..inshaAllah penuh dgn perbincangan yg membina minda =)), kami pon mendarat di East Cowes terminal. Berbekalkan semangat yg berkobar-kobar nak membuktikan kecergasan diri, kami bergerak menuju ke arah pakcik basikal yg dah sedia menanti kami.

Terkejut beruk jugak kami bile melihatkan basikal-basikal yg menanti - saiznya gedabak sungguh..! Memang majoriti drp kami tak dapat mencecah tanah dgn kedua-dua belah kaki (bahasa lembut nk ckp yg kami ni pendek-pendek belaka..huhu). Pakcik tu siap cakap "I've set the seats to the lowest point..they can't go any lower.." - ala, terima je la hakikat yg Asian people memang in general lagi rendah dari omputih..

Selepas mendengar taklimat ringkas dari pakcik beskal, kami mulakan jelajah kami dengan sedikit bacaan doa dan tazkirah ringkas berkenaan niat. Haa..Kak Adi dah cakap panjang lebar dah pasal niat ni dalam blog die, so tak perlu daku meng-elaborate lagi.

Maka, bermulalah kembara kami..! Dengan muka yg penuh smangat, kami berkayuh sepenuh hati menuju puncak....

Tapi 5 minit lepas tu kami kepancitan...mane taknye, baru kayuh 500m dah jupe bukit yg boleh tahan curam jugak..jenuh la menukar-nukar gear basikal, letak gear yg paling ringan pon takleh jalan gak..alih-alih sumer org turun basikal dan tolak je basikal tu naik bukit..tapi time turun bukit la paling seronok, takyah kayuh pon takpe..

Did I tell u that we took turns in 'carrying' anak-anak Kak Umi, si Farhah dan Huda? And I did most of the cycling with them (nak tunjuk gagah la konon). Tapi seriously I enjoyed riding with them, though I doubt that they feel the same way - ask them about getting mud all over their faces because of my reckless cycling..haha. The only time aku dengar depa menjerit "Weehee..woohooo..yeah..." adalah masa aku turun bukit. Napelah agaknye ye?

Dalam perjalanan selama lebih kurang 4.5 jam tu, pelbagai pemandangan dapat dilihat dan dinikmati..Isle of Wight memang sangat best lagi mendamaikan. Selain tu, macam-macam jugak la yg berlaku dalam masa 4.5 jam tu - grup terpecah-belah (bukan senang nak stick in one group, lain orang lain kapasitinya), ade yg ter'eksiden' dek seronok sangat turun bukit sampai brek pon die tak nak pakai, tak kurang jugak yg 'tersesat' seketika sebab dah jauh sangat ditinggalkan (syukurlah line hp kuat gak signalnya kat IoW).

Matlamat asal adalah nak berkayuh sampai ke Sandown or Shanklin (go to multimap.com, type in 'Isle of Wight') tapi bak kata Ili "..tengok dalam peta kecik je Isle of Wight ni..rupe-rupenye besar jugak bila bebasikal.." - pendek citer, tak kesampaian la hajat nak ke 2 tempat yg dikatakan ada pantai yg sangat indah tu. Pun begitu, Allah kasik kekuatan gak kat kami utk sampai la jugak ke bandar Ryde.

Di situ, kami lunch dan menunaikan solat secara berjemaah. Walaupun kami diuji dgn sedikit hujan, tapi itu sumer tak melunturkan semangat kami utk sama-sama berjemaah di kaki lima sebuah bowling complex di situ.

One of the things yg aku cukup suka hidup di negara orang ni ialah aku blaja melihat bahawa betapa mudahnya utk mempraktikkan agama Islam tu sendiri tak kira di mana jua kita berada and to be proud of ourselves as muslims. Kita slalu je ckp 'Oh, ajaran Islam tu seswai sepanjang zaman bla bla bla' tapi kalo suruh bagi contoh sure tergagap-gagap.

Contoh mudah ialah pasal solat. Kalo nak diikutkan, mane la nak jupe masjid bersepah-sepah kat UK ni macam kat Mesia tapi adakah itu menyebabkan kita rase 'Susahnye nak solat kat negara kapir ni, masjid takde!'. Takut-takut nanti ada yg rase takyah solat dah sebab tak jupe masjid.

"..dan di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba segera solatlah, karena bumi ini adalah masjid (tempat bersujud)..” - hadith riwayat. Muslim (sohih =D)

Solat di kaki lima tu antara benda yg dipraktikkan di sini espeseli bila tak dapat cari tempat lain yg lebih selesa utk solat. Selain kaki lima, pelbagai tempat lagi dah digunapakai utk menunaikan solat - babies' changing room, fitting room, kaki lima di stesen keretapi, kaki lima stesen bas..u name it, inshaAllah dah penah try =)

Tu contoh mudah la..banyak je lagi contoh lain..

Selesai bersolat dan mendengar sedikit tazkirah ringkas, kami pon (dgn berat hatinya) bertolak pulang. Kononnye nak berBASikal pulang ke terminal feri tapi memikirkan lagi 4.5 jam baru sampai ke feri, ditambah lagi dgn kepenatan yg masih blom hilang..kami decide utk suruh pakcik BASikal pick-up BASikal-BASikal tu kat Ryde dan kami pon beramai-ramai naik BAS pulang ke terminal..huhu..

Tamatlah ekpedisi berbasikal kami di IoW. Sebenarnye keesokan harinya kami berkumpul lagi utk bersosial (read: merapatkan ukhuwwah) tapi tak seswai la pulak rasenye nak diceritakan disini =p

Notes:

i) Terima kasih kpd tukang buat sanwic dan tukang masak lunch. Sungguh sedap sekali nasi lemak haritu =)

ii) Terima kasih jugak kpd mereka-mereka yg sudi join memeriahkan ekpedisi berbasikal dan jugak memeriahkan majlis pada hari Ahad tu.

iii) Gamba-gamba adalah hasil snapshot kamera Arfah dan Naili (yg diedit oleh Anis)

iv) Err..kalo rase-rase blom bayor lagi ongkosnye, sile la mengubungi Kak Izi ye..maklum ajelah, takde mende dalam dunia ni yg free =p

v) Kalo nk solat kat fitting room, aku rekemen fitting room John Lewis. Besar wo0o fitting room die.
6 Comments
Askrubies bestnyer..... aaaa gambor geng laki takder ker? hih hih hih
Askrubies · 2008-04-03: 18:40
mysyafinaz hoho..tak best la main beskal dgn laki =p
mysyafinaz · 2008-04-06: 15:33
fazleen kisah orang yang eksiden tu, xcite ek.
uhuhuhuhu (gelak jahat)
fazleen · 2008-04-11: 04:18
mysyafinaz Haha, sebut sket la..tak leh nak citer detail sgt bagi menjaga maruah org yg jatuh beskal tuh..haha (gelak jahat jugak)..
mysyafinaz · 2008-04-11: 07:58
ninutdearies ahahhaha, yg bestnye, orang yg menunggu pon sonok sangat smpai terlupa org yg terjatuh beskal tuh.....ekkekekek (gelak besar tapi x jahat sangat)
ninutdearies · 2008-04-17: 02:53
ima_khalid salam...
best nyer cycling..ko nmpk sgt tough and seswai menjadi penarek beca *wink

1st time bukak photoblog ko nih...
take care~

wassalam
ima_khalid · 2008-04-22: 13:29
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 1698
 
pixel
« 2008.01.03
 
pixel
2008.06.10 »
pixel