pixel

Demo against Israeli Attacks on Gaza

2009.01.03
Lets go to Palestine..! (taken from farfromdull.com)

Me, K.Izi and Mas

Israel mmg kejam

John (the one with red scarf) leading the crowd today. Seblom rally bermula, diadakan sesi berucap for anybody who wanted to address the issue.

Polis memerhati dari jauh

John dan rakan-rakan berucap di depan

Mr Osama the Palestinian addressing the crowd

'Sapa-sapa lagi nak berucap..? Meh..meh..' kata encik John

The demonstrators in Portsmouth

Lets boycott Israeli products..! Just memorize this 729 code guys..

Probably the youngest demonstrator at that time

Southampton PSC

Kanak-kanak kecil pon turun berdemo..manelah pergi pemuda pemudi universiti..? Malunyer...

The crowd

Encik-encik polis

Guildhall Square

Noooo...we're not Socialist Workers...bila takde banner sendiri, terpakselah mencekup bannar-banner dan poster-poster yg sedia ada

Freedom for Palestine

Protesting in front of Tesco (sebelum 'drama' bermula)

Pakcik ni, sampai 3 ketul bendera Palestin dia amek..

Mr Osama reciting the prayers for the Gazans (ameeennnnn...)

(More pictures will be uploaded later)

3 Januari 2009 telah menyaksikan demo/rally besar-besaran di seluruh UK utk memprotes serangan Israel laknatullah ke atas Gaza. Beberapa bandar terlibat - London, Manchester, Liverpool, Portsmouth, Bradford, Bristol, Durham, Edinburgh, Exeter, Glasgow, Newcastle, Sheffield and York to name a few..

Demo kat UK ni lain tau dr Mesia. Kat Mesia kalo sebut je demo semua kecut perut, takut kene tangkap masuk ISA, kene sembur air kimia, takut kene tarik biasiswa, takut takut dan macam-macam jenis ketakutan lagi. Melihat kpd demo kat UK, sangat berbeza dan sangatlah aman (bagi yg mematuhi peraturan demo lah).

Aku dipahamkan, setiap demo/rally kat UK ni, organizer akan bitau pihak berkuasa/polis utk sampaikan hasrat nak berdemo, hari apa, pukul berapa etc dan kene set nak berdemo dari mane ke mane supaya polis dpt 'supervise' demo tu dan tutup mane-mane jalan yg akan digunakan utk demo/rally supaya demo boleh dijalankan. Jangan terkejut, kat UK polis escort org yg berdemo supaya keselamatan demonstrators terjaga, bukannya pergi pukul-pukul org yg berdemo dgn alasan menyebabkan kesesakan lalu lintas..! Ironikan, kat Mesia polis kasi alasan camtu sedangkan kat UK, polislah yg tutupkan jalan utk kasi demonstrator berdemo...oh, peliknya dunia..!

Alhamdulillah, diri ni dan sahabat-sahabat di Southampton berpeluang utk turun berDEMO (for some of us, this was our 2nd time after Enough! Occupation Demo in 2007). Sengaja kami pilih utk turun berDEMO di Portsmouth instead of going to London yg diketahui akan disertai puluhan ribu manusia.

Di Portsmouth, boleh tahan juga bilangan yg hadir (considering it's not a big city pon as compared to London or Manchester for example). BBC reported ~400 people joined the rally in Portsmouth tp from my observation, rasenye tak sampai 400 kot. Anyhow, ~15 orang dari Southampton turut serta. To be honest, 15 is not a great figure considering di Southampton ade at least 200 Malaysians Muslims and even more Muslims from other countries but I guess warga Southampton yg lain join demo kat London kuttt...

Rally dimulakan dgn ucapan dari speaker-speaker yg nak bercakap..huhu..seriously! Depa panggil je sape-sape nak berucap utk tampil ke depan to address the issue. Dua drp speaker adalah Palestinian yg obviously bila bercakap memang syahdu mendengarnya. Maklumlah, depa ade 'direct relationship' dgn warga Palestin di Gaza (family members ke, relatives etc).

Habes sesi berucap, kami berarak dr Guildhall Square ke Tesco, cadangan asalnya utk edar leaflet boikot barangan Israel tapi polis tak kasi masuk sampai dlm Tesco utk buat camtu. Polis benarkan duduk luar Tesco utk protes. Mungkin depa bimbang huru-hara dlm Tesco kot..ntah tp alhamdulillah, semua protestors setuju je.

Nevertheless, sampai je depan Tesco..keadaan jadi 'drama' sket. John, sorang pakcik yg lead demo tu ntah mcm mane (mungkin semangat sgt agaknye) pergi gak ke seberang jalan menuju ke Tesco dan berlakulah kesesakan sket kat Tesco. Akibat dr melanggar 'perjanjian' tadi, John kene tangkap polis (like I said before, nak demo pon kene ade rules). Kecoh la kejap kat depan Tesco tuh: ade yg baring depan van polis sbg tanda protes penangkapan John, ade yg jerit-jerit ‘Shame on you!’ in the polices’ faces..memang berani dan yg aku kagumnya, polis tak bertindak balas pon. Die buat derk je, takde la plak balas balik ‘Kurang ajor ko, menghina polis! Atau ‘Nak mampos ko hina aku macam tu? Nak masuk penjara ke?’ apetah lagi memukul-mukul protestors.

Kagum dgn polis yg betol-betol buat kerja dia ie dia hanya menjalankan tugas dan bertindak bila rules dilanggar (don’t get me wrong, I think they were quite harsh jugak on John). Bila kene ‘ejek’/’marah’ oleh demonstrator, depa tak marah balik/tangkap masuk penjara sebab ape..?? Sebab kebebasan bersuaralah! Freedom of speech mmg btol-btol dipraktikkan kat sini. Kalau kat Mesia, ade possibility tinggi yg mamat yg jerit ‘Shame on you!’ tadi dah pon meringkuk dalam ISA skang, disimbah air panas ke dan sbgnya.

Ala kulli hal, demo yg pada asalnya kedengaran sorakan ‘Free Palestine..!!’ bertukar kpd ‘Free John..!!’ selepas penagkapan tersebut..huhu..dan depa kemudiannya beramai-ramai pergi utk bail John out.

Begitulah alkisahnya di Portsmouth. It was some experience gak la for me, sebab mase John kene tangkap tu ter-meremang jugaklah bulu roma, ter-cuak sket w/pun John lepak je kene usung masuk van polis. Then it made me wonder, aku ni pengecut gak rupenye. Baru kene tangkap polis (itu pon bkn diri sendiri) dah dtg perasaan cuak/kecut..tak dapat bayangkan keberanian warga Palestin yg hari-hari berdepan dgn kematian hanya berbekalkan batu-batu! It was a good muhasabah for me, inshaAllah.

Teringat kpd pakcik Osama dan sorang lecturer (both were Palestinians) yg berucap sblm rally tu. Emotional sungguh depa berucap. Lecturer tu siap call mak dia kat Gaza sblm dtg rally tu utk bitau yg die nak join rally kat Portsmouth dan tanye mak die if mak die ade apa-apa pesanan kpd demonstrators. Panjang jugaklah pesanan makcik tu. Allah, syahdu sungguh..!!

It makes me wonder..agaknya tak ramai (Muslims) yg peduli psl Palestin sebab meraka tak rasa yg warga Palestin tu ada 'direct relationship' dgn kita. Yelah, orang kata kalo tak kene batang idung sendiri, selagi tu kite rase mcm takde kaitan je dgn diri kita. Kalo bkn ahli keluarga sndri yg murtad, mesti kite malas nak perjuangkan isu murtad di negara kite. Kalo bukan ahli keluarga kita yg kene rogol/berzina, takdelah kita rase keperluan utk menghapuskan gejala sosial dalam masyarakat kita. Selagi kita blom kene serang dgn Israel, selagi tulah kite rase Palestin takde kaitan dgn kita, kita doa jelah dari jauh. Biasalah tu, kita ni manusia biasa...self centered..!!

Padahal kita tak perasan yg kita ada relationship dgn warga Palestin yg patutnya melebihi relationship yg lain - ikatan akidah..! Entahlah, sedih..sedih dgn umat Islam yg tak peduli utk at least luangkan sket masa utk turun protes. Faham je, masing-masing mesti sbnarnya nak turun protest tp masing-masing ada kekangan sendiri yg tak dapat dielakkan. Tapi yg btol-btol ignorant tuh, mmg tak dpt dimaafkanlah.

“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).” - hadis

Jgn ingat demo ni takde gunenya (w/pun Israel tu mmg degil tahap cipan)..sekurang-kurangnya kita dapat give pressure to government kita yg kita tak setuju dgn apa yg Israel buat, tak suke depa kerjasama dgn Israel ke atau apa-apa jelah sebab government tahu, rakyat ni aset penting depa. Kalo depa tak tunaikan kehendak rakyat, sampai penggal depan nnt sah-sah kene guling..! - Oopps, kat UK mungkin lah..kat Mesia, rakyat mmg 'bisu' dan jadi pak turut je.

Anyhow, selain turun demo utk menyatakan ke-menyampah-an kita dgn (kekejaman) Israel laknatullah, ada satu lagi cara yg 'mudah' utk kita buat - BOIKOT BARANGAN ISRAEL..!!

Haaa...sbnarnye mudah je nak buat tp susah nak lawan nafsu kita yg dah lama menggunakan barangan Israel nih. Fikirkanlah, setiap duit yg kita keluarkan membeli barangan NESTLE, MC DDONALD, CK, INTEL, MAGGI, NOKIA, MARKS AND SPENCER, LOREAL, COCA-COLA, DANONE, SATRBUCKS, JOHNSON-JOHNSON etc semuanya menyumbang kpd peluru-peluru yg membunuh warga Gaza dan rakyat Palestin secara keseluruhannya. In other words, kita ada 'saham' dlm pembunuhan mereka di Gaza..! Aku cuma bimbang nnt warga Gaza ni 'tuntut' semula darah kita depan Allah kat akhirat kelak..aduh, jenuhlah nak menjawab depan Allah nnt..!

Jom, jom boikot barangan Israel!

Kalau berkelapangan, rajen-rajenkanlah diri menonton PressTV utk updet terkini krisis di Gaza.

Akhir skali, jgn sekali-sekali lupa doa utk warga Gaza. Jangan lupa! Jangan pentingkan diri sgt: doa nak lulus exam, nak suami/isteri soleh, nak kaya-raya tp doa utk kesejahteraan umat Islam yg lain langsung tak pedulik..tolonglah, tak susah pon nak doa. Nak lagi best, baca qunut nazilah : doa yg Rasulullah amalkan bila umat Islam dizalimi or ditimpa musibah.

Tapi kalau anda rasa diri anda lebih penting drp nyawa warga Gaza tuh, sile lah abaikan entry ni dan balik umah dok goyang kaki je..buat-buat tak tahu jer psl krisis di Gaza ni mahupun apa-apa krisis yg melanda umat Islam skrang..teroskan usaha anda menjadi seorang ignorant yg berjaya dan tunggulah satu hari nnt bila anda pulak yg ditimpa musibah, you wish someone is at least praying for you - amek ayat K.Adi
3 Comments
photosmart Yea bombing civilians is ruthless....and this applies for all not just for Israel.
photosmart · 2009-01-05: 14:47
miclaud Yes, stoooooppppp!!!! Stooooppppp all wars...
miclaud · 2009-01-05: 18:46
Kamibizr I agree stop war
Kamibizr · 2009-01-11: 07:50
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 505
 
pixel
« 2008.09.30
 
pixel
2009.01.16 »
pixel