You are either already subscribed or there was an error
Your entry has been submitted
Sorry, your entry could not be submitted
aku sehelai ubat gigi
2008.01.25
bendera yg terpapar di depannya nama hikmat yg sedang dipelajari pak mat
Click here to add text
bendera yg terpapar di depannya nama hikmat yg sedang dipelajari pak mat
1
pak mat bersama rakan2 ketika menjamu nafsu selera di sebijik kedai berlokasikan AOMORI..
Click here to add text
pak mat bersama rakan2 ketika menjamu nafsu selera di sebijik kedai berlokasikan AOMORI..
2
bukan sekadar gambar hiasan...
Click here to add text
bukan sekadar gambar hiasan...
3
aku dilahirkan di sebuah negara yg aman damai, bernama malaysia. pernah juga ku terdngar berita2 angin bhwa negara tumpah tanah airku ini pernah bernama tanah melayu, pernah bernama malaya, tp peduli apa aku. yg penting aku sayangkan negaraku.yesss, aku sehelai yg bersemangat patriotik..!!
spesis aku bermula lebih kurang 5, 6 tahun lpas. masa dimana terledaknya suatu BOOM. masa tu suma mnusia2 kt malaysia terpegun dngn tembikai madu, kopi tongkat ali, sabun susu kambing dan sebagainya. tentu anda yg mmbaca ini pernah minum kopi tongkat ali..( walopon aku xsuka sngat. aku lebih suka kopi GANO. kopi yg si NUAR JENG kuar dlm iklan tu pon xkurang bestnya . lopa la plak nama kopi tu )....etc. yaaa, suma nk kacukkan benda dngn benda lain mnjadi benda yg dikatakan leh wat jadi sehat, bertenaga, leh jadi awet muda...etc.
spesis aku ini diciptakan utk menyelarakkan lagi boom itu. dngn ini, aku mngumumkan bhawa aku ini bernama sang ubat gigi SAFI, berperisa gamat. pada mulanya aku sendiri tidak dapat menerima hakikat bhwa diriku dikacukkan dngn seekor binatang. suma org tau bentuk gamat yg geli itu. suma org tau minyak gamat hnya dicari bila org sakit urat. suma org tau yang minyak gamat pasti akan menjadi souvenir dr langkawi..dan yg paling sure, dahulunya gamat hnya seswai utk dibuat minyak gamat..
ntah cmna ahli2 kajian yg ada kat syarikat SAFI tu, dngn cemerlang dan gemilangnya mereka berjaya mengkacukkan aku dngn seekor binatang. pasti kerna izinNYA.
ditambah dngn SODIUM MONOFLOUROPHOSPHATE ( menatang apa nih ), aku mmpu mmberikan pelindungan maksima terhadap gusi utk menjadikan gigi bersih dan lebih sihat. membantu mengelakkan kerosakan gigi, memberikan nafas segar berpanjangan selagi xtidor ( kalo dah tertidor, aku xleh nk jamin sngat ),dan yg paling penting aku ini telah dijaminkan sebagai satu produk industri bumiputra yg HALAL...aku bangga menjadi aku..
setelah aku diproses, dipacking, aku dihantar ke sebuah pusat membeli belah yg usang bernama THE STORE. berlokasikan kota bharu. aku dipamerkan bersama2 ahli keluargaku, SAFI. berjirankan sabun mandi SAFI, ubat gigi SAFI perisa oren, perisa mangga...etc..yang paling ku kagumi, di sebelahku ada sehelai ubat gigi SAFI yg lain spesis ngn aku, yg juga diciptakan utk memeriahkan BOOM itu..yaaa, berspesis kayu SUGI. sungguhku cemburukan spesis itu. manakan tidak. kayu sugi itu mmang dah feymes. dah la kayu sugi mmang jadi bhan utk gosok gigi, ditambah pula dngn SUNNAH NABI. mmang bnyak pula khasiatnya...pastu, dikacukkan pula dngn SAFI...arrrghh...
sesekali aku berharap agar diriku akan menjadi spesis itu, tp apakan dayaku. aku hnya sehelai ubat gigi...
hari demi hari, mnggu demi mnggu. spesis aku tidak sebegitu mndapat minat dari pengguna di KOTA BHARU. berbeda dengan spesis ubat gigi sang SUGi tu. tiap masa, ada ja org beli. hendakku melaung merayu melutut agar diriku dibeli, tp apakan dayaku. aku hnya sehelai ubat gigi kacukan binatang. mana aku ada mulut. mana la ada org snggup gosok gigi dngn binatang. sesekali aku cuba menyalahkan GAMAT itu, tp hendak seribu daya, aku tetap xberdaya. gamat dah sebati dlm diriku.....satu hakikat yg xpernah akan terubah..
menjadikan ia suatu cerita, suatu hari, pak mat, seorang yg sedang mencari bahan2 utk dijadikan bekal pertapaannya ke nippon. dibelinya sos cili, serbuk kari, perencah nasik goreng...etc. melihat gelagatnya, aku pon mula berangan. " setau aku, kt nippon xdak jual spesis aku. kalo lah pak mat tu beli aku, perrrggghh!!! bkn setakat leh berbakti kpada pak mat, tapi ngan otometiknya aku leh melancong. leh jadi warga SUFI pertama g nippon ni..hahaha...mmang best2!!!..."..anganku menjadi2..saat itu jualah, terlintas di fikiranku. " uiissshhh. mana mungkin pak mat beli aku. konfem dia beli yg lain nyer. kat hujung sana tu belambak2 ubat gigi yg berbrand high-class. ngan COLGATEnya, ngn FRESH&WHITEnya, ngan KODOMOLIONnya...isshhh!!" monologku bermula tnpa segan silu...
sepeti yg dijangkakan, dpatku lihat dari jauh pak mat sedang2 membelek FRESH&WHITE. "arrgghh...!!" ujarku dlm hati..dgn xberkelip, aku mmerhati pak mat dr jauh. harap dihati agar terjadinya keajaiban..sepeti diatur2kan, mata pak mat terkalis kearah aku, dan terus memulakan langkah ke arahku."yess!! "..disaat aku mengharapkan keajaiban, pak mat sekadar mngerling terhadap aku, lalu terus mencapai ubat gigi SUFI spesis SUGI. mkin panas hati aku. bkn tkat tu saja, diambilnya 2kotak plak tu..." arrghh, alang2 amik 2 kotak, amik la aku skali !!!"...aku semakin panas..." ermmm, dari guna 2 kotak perisa SUGI ni, baik aku try yg GAMAT ni. mana tau best!! "..perkataan yg paling enak, merdu pernah ku dengar. terjadinya satu keajaiban dimana pak mat meletakkan satu kotak perisa SUGI, digantikan aku..yaa, aku sang ubat gigi GAMAT...
nak dijadikan cerita, aku diletak dlm beg besar. agak kelam berada di dalamnya. manakan tidak, suma bau ada. ada bau kari, kurma, sos cili, kerutuk, bau maruku kesukaan pak mat..etc..ku tahankan diriku... setelah diletakkan dlm beg, dunia gelapku bermula. dah la xdak lampu kelip2 mcm THE STORE, bau pon leh tahan jgak la, gelap lak tuh. sedar xsedar, aku tiba ke tempat baru. baru bg aku, mahupon bg pak mat...yaaa, nippon. secara tepatnya KISARAZU. tempat di mana kisah baru aku bersama pak mat akan bermula....
setelah mula2 smpai di hostel di mana tmpat utk pak mat melanjutkan pertapaannya, bnda yg mula2 dibuatnya, mengeluarkan brg2 yg dibawa dr beg. aku diletakkan atas rak bersebelahan berus gigi yg dibeli dr kedai dlm perjalanan sblum smpai ke hostel. aku mndapat jiran baru. berus gigi bernama GUM. aku dibiarkan selama semalaman tnpa disentuh.
keesokan paginya, dngn muka xmandi, pak mat menjenguk aku. dibelek2nya aku, dipegang2nya sahabat aku sejak dr THE STORE, ubat gigi perisa SUGI itu. " mana satu ek nk guna dulu. yg SUGI ni cm best ja. GAMAT ni cm xbest ja..ermmmm" terdengar suara garau pak mat. " aaa, gini la. aku guna GAMAT dulu ur. yg best simpan dulu...nnti abis yg ni baru guna si SUGI ni"...akhirnya pak mat mmbuat keputusan. satu keputusan yg mmbuat aku rasa terkilan dicop xBEST. namun, tetap gembira dan berterima kasih kerna sanggup guna aku. dan aku bangga kerna dpt berbakti kepada pak mat...
pak mat keluarkan aku dari kotak. terus ditekannya perutku utk mngeluarkan satu cecair likat. diletaknya cecair likat itu atas sahabatku, GUM. aku dibawa ke bilik air. tnpa mmbuang masa, dibukanya akan mulut. ditenyehnya aku dan GUM itu keatas giginya yg , ya ALLAH, bau cam '(&'&%'&%+*+*+'&. aku tetap bersabar. inilah aku. inilah nasib sehelai ubat gigi...
keesokan hari, seperti hari sebelumnya, aku dijenguknya pak mat lagi. kali ini, terdengar aku akan satu kata2 yg kurang enak, yg xpernah akan rasa sedap di dengar dari mulut pak mat "semalam aku guna GAMAT. xbest langsung. mmang betul jangkaan aku... gini ur. guna dulu yg SUGI ni. pastu, nnti abis, pkir lain..xpon, beli yg baru nyer ok gak!!".." DEM !! pak mat ni suka betul mmbazir. tp, xpa. dia belum beli baru lagi. nnti abis si SUGI tu, ntah ada duit ka bdak miskin pak mat nk beli lain. xbeli lain nyer. konfem aku kena guna lagi...dah tau dah!!!" ujar hati kecilku menenangkan diriku ini...
sejak ari tu, aku ditinggalkan pak mat. dek kerna pak mat ni berseorangan, lama gila masa dia nk abiskan si SUGI tu. ditnggalnya aku dlm bilik dia tu berhari2, berbulan2...xpernah disentuhnya aku sejak hari itu. aku betul rasa kuciwa. tp, aku tetap mengharapkan keajaiban akan berlaku...insya ALLAH...doa aku dalam hati kesayuan..
hampir setahun lebih aku dilupakan. GUM sahabat ku pon dah bertukar berapa puluh kali dah. yg paling aku pelik, pak mat ni guna berus gigi brand GUM ja. " xpernah aku tngok pak mat beli brand lain. aku yakin serta tekad mengatakan bhwasanya brand GUM ni paling murah!!!".. aku cuba mencari psal dngan pak mat . dah fedap dah aku ngn tingkah laku pak mat yg snggup tinggal aku. ni la orang tua2 cakap. habis madu sepah dibuang. diTRYnya aku secubit, pastu lupakan. rasa cam kena talak TIGA plak. sesekali aku mngeluh sendirian mngenangkan nasib ini. namun, aku tetap redha. apalah aku ini. hnya sehelai ubat gigi yg malang....yaa, malang lagi si TENGGANG itu...
berlalunya masa tnpa menghiraukan semua. mngkin doa ku yg pernah aku wat dulu itu mmbantu aku, ataupon mngkin hnya satu kebetulan. satu keajaiban berlaku. " arrghhh. ubat gigi aku abeess!! nak kuar g beli malas. sejuk tahap leh hancurkan tulang sumsum. aaarghh..cmna nak wat ni!!"...tiba2 terdengar aku akan suara pak mat setelah sekian lamanya. rupa2nya, baru kusedari bahawa sahabat lamaku, si SUGI telah meninggal alam ini. tamat riwayatnya dilenjan oleh pak mat hmpir setahun lebih...sebagai respon terhadap pak mat itu.." wooiii, mangkuk!! aku ada la. apsal xnak guna aku?.!!!"..kucuba melaung, tp mngikut pengetahuanku, frekuensi yg tertinggi pernah dikeluarkan oleh ubat gigi xpernah dapat di terima oleh manusia biasa. apatah lagi pak mat yg luar biasa itu...tak dihiraukan aku..." xdengar la tu!!" mengeluh aku. namun, disaat aku telah cuba utk memutuskan asaku ini, terdengar lagi suara garau yg kebiasaannya mmang xpernah merdu didengar itu, menjadi suara kedua terenak pernah ku dengari.." aaaa, ada pon. nasib baik aku xbuang taun lepas...GAMAT pon GAMAT la. jnji leh cuci gigi aku..!!"...
disaat itu, fikiran aku terimbas mengingatkan peristiwa yg berlaku taun lpas. dimana pertama kalinya pak mat mengTESTkan aku. tidak dapat ku bayangkan dengan kata2 biasa...( pakai bahasa mongolia pon lepas xlepas jaa )...xdapat kubayangkan bau mulut pagi itu...
hendak tidak hendak, aku bersabar. utk kali ke2nya, aku dipergunakan oleh pak mat itu. " mmang sah ni pak mat. bau mulut yg xpernah berubah!! "..ujar aku sejurus dimasukkan dalam mulut pak mat...
apa2 pon, aku telah mendapat tempat dihati pak mat. hari ini ,2008 JAN 25 telah mnjadi hari yg paling bersejarah dalam hidupku kerna berjaya menambat hati pak mat kembali...hahah...yesss!!!...
bukan setkat itu saja. aku juga telah mendapat maklumat bhwa aku ni bkn dikacukkan dngn BINATANG, tp TIMUN LAUT yg bernama GAMAT..yaaa, GAMAT tu bkn binatang.." mati2 aku ingat aku ni berketurunan kacukan binatang. alhamdulillah !!!"...
dengan ini, perkongsian hidupku bersama pak mat bermula...
12
Comments
hahaha.cam siol jek! mydin pun ado gok safi weyh..haha!
lutfan · 2008-01-26: 03:56
aku beli kt THE STORE laaa..mydin nyer tu takut nk beli. ntah2 MADE IN CHINA...hak2
huhuh... macam2 idea kamu ni ye? Seronok la bace....rase cam ade kat Malaysia tgh bace ujang/apo.... ujang/apo pun dah semakin tak best akhir2 ni...baguz2... truskan usehe... kalo leh selitkan le bhs jepun, cam citer kemunculan name jepun tuh...leh saye memantapkan lagi jepun saye :P
UCDian · 2008-01-26: 17:32
oh, ye ke..tima kasih la...nak blajar bhasa jepon ek?..nnti aku letak tulisan jepon baru tau...hak2...