pixel

apa yg ada

2008.02.01
seorang makCIK sedang PACKING snek yang diperbuat dari lumpur

jemur nak kasi lebih " KAW "

menDESIGNkan ia agar kelihatan " UMASOU " ( nampak sedap )...

setelah berhempas dengan rumus2 yg panjang2, yg xpernah memberi peluang bagi aku utk memahaminya dengan mudah semudah makan sushi yg dibelanja oleh senior aku ari tu, tamatlah eksperimen fizik aku utk mnggu ini...~ letih ~ alangkah bestnya dunia ini tanpa fizik...ek? ...

dek terlampau letih memerah otakku yg makin hari makin tepu ini, terdengar suatu bunyi dari yang keluar dari anggota tubuh yg ku bela tiap ari2 ni. " kroooottt!!..." perut aku memberi ilham SOS, yang mungkin mampu membuatkan aku rebah kelaparan. memikirkan aku masih memiliki masa tambah tolak 10min sebelum pelajararan ENGRISHconversation, yang ditunjuk ajar oleh seorang mat saleh yg best, enche DOYLE, itu bermula, bergegas aku memulakan langkahku ke KAFE.

bergegas aku menyambar roti berintikan jagung kegemaran aku itu. ( serius best gila roti ni. nak ja aku beli 8lori, pastu bg kat kamu yg sedang baca blog keji ini...tp, paham2 ja la. mana aku ada duit )..aku menggalas perutku, ku minum air tea LIPTON yg juga menjadi mangsa buruanku tiap kali ke kafe...perghh, nikmatnya makan masa lapar...

kelas kendalian mrDOYLE tidak ubah seperti biasa. atau secara tepatnya, menjadi ruang bagi sangSEPET berbual2, bermain game, bergelak2kan..yang paling tidak dapat aku terima oleh akal pemikiran aku yang waras ini, ada sangSEPET sanggup MAKAN..." woii, ni kelas la. bukan kedai makan !!! " hendak sahaja mulut ini menegur ketidakadaadaban mereka2 itu...tp, apakan terdaya oleh aku ini. aku hanya seorang musafir yang menumpang teduh, yang sedang meminjam....

2jam berlalu. seperti kebiasaan, sambil memikirkan nasib aku yang hina dina ini, langkah ku maju selangkah demi selangkah. sesampai di dapur, yang diPINJAMkan oleh mereka2 itu, terus aku mengeCHECK periuk nasiku...." arrghh, panaskan nasi semalam...." betapa malangnya aku ini...kukuatkan kudrat, kuperah selera, aku menelan nasi2 yang terSANGAT dingin itu..." alangkah best ada orang masak utk aku. balik dari kelas ja, terus leh makan sedap..." monolog kejiku tidak pernah jemu untuk menguasai diriku...

~sesi petang bermula......................................sesi petang bertamat~...( xtau nk crita apa )...hak2

santapan untuk perutku yang satu ini tidak pernah sunyi. untuk sesi malam, dek kerna disiang harinya hanya digalasi nasi dingin, perutku merayu2 minta diisikan dengan suatu yg spesel..taste perutku memang sangat keji. dimintanya nasi kandar, nasi minyak, pizzaHUT...paling2 LEKEH pon nak diisikan rotiNAN berCHEESE..." uwwaaa, mana la aku nk cari suma tu. nak wat pon xreti. gini la, malam ni aku bagi nasi goreng spesel...." kucuba untuk memujuk perutku yang manja ini...

persengketaaan ku bersama perut berakhir pabila terhasilnya nasi goreng spesel buatan air tangan aku...kusuap dengan gelojohnya..." hamik!! tadi nak sangat!! " ..sambil mensyukuri nikmatNYA yang dapat aku meNAFKAHkan perutku yang bernafsu ini, nasi goreng spesel itu selesai disuap...alhamdulillah...

setelah keSEKOKan perutku yang agak ketara sebentar tadi itu terasa sedikit kelegaan, aku bergegas mengeluarkan kalam. dapatku rasa sedikit tekanan dek kerna aku mempunyai homework, report yang berlambak, aku membuat satu keputusan yang agak bernas. membuat report eksperimen fizik pagi tu...

sambil ditemani kacang hijau yang menjadi rutin malam2 ku yang hening ini, aku membelek2 file, mengeluarkan kertas untuk menjadi mangsa coretan carbon kalam ku. tatkala aku cuba menulis tajuk untuk dijadikan tema bagi report aku kali ini, telinga ini diganggu oleh pencemaran bunyi yang memang tidak sunyi seperti kebiasaan. " woooo, weeeee, oooooo, hhuhuhuhu.......yeaaaaaaaaahhhhh.......gedebuk2, gedebak2.....!!!" dengan kuasa tuhan yang maha ESA, telingaku ini dapat menDETECT bahawa itu bunyi yang dikeluarkan oleh manusia..." ciss, berani sungguh mereka itu menganggu beta...tidak lain tidak bukan. sudah pasti angkara sangSEPET2 yang tidak berperikemanusian itu "...tepat sekali tekaan aku yang agak rambang itu. cuma disitu berlaku lagi suatu yang aneh...

sekumpulan sangSEPET berlari tanpa berbaju, tnpat berseluar, hanya ditemani sekeping BOXER. berlari2 kumpulan sangSEPET itu di kaki lima di depan bilik2 hostel ku ini. di kaki lima itu dipenuhi oleh tong2 sampah yang tidak bersampah, disebelah atasnya pula tergantung kain2, di depan bilik2 itu dapat kukecami bahawa sangSEPET lain berdiri sambil memerhatikan kumpulan sangSEPET itu berlari. nikmatNYA yang dianugerahkan kepada aku, sepasang mata yang sehat. dapat juga kukecami bahawa di tangan setiap sangSEPET yang berdiri memerhati itu terdapat sePEKET benda.

disaat kucuba mengecami apa yang dipegang oleh mereka itu, sekumpulan sangSEPET itu berlari ke arah mereka. tanpa dibuangnya masa, diseluknya tangan kedalam PEKET, dan terus membaling benda itu kearah kumpulan sangSEPET yg berlari itu..." itai, itai, itai...!! " ( sakit, sakit, sakit,,,!!!) ..terdengar rintihan sangSEPET yang berlari itu..." ya ALLAH. kacang rupanya !! "

akhinya dapat jua kukecami apa yang dipegang oleh sangSEPET yang memerhati dan menunggu itu...

mata ku terkelis ke arah tutor aku, OGAWA, seorang yang agak berpangkat dalam hostel aku ni, yang bakal jadi ketua hostel bermula bulan 4 ini..setelah mendapat penjelasan dari mulutnya , akhirnya dapat jua ku mengerti apa yang berlaku...

untuk disenangkan akan cerita kali ini, peristiwa yang berlaku tadi ialah " pesta PEKONG ( lontar ) kacang ". mangsa yang kena PEKONG itu tidak lain tidak bukan, junior tahun 1. mereka terkehendaki berlari ulang alik dari hujung kaki lima ke hujung kaki lima sebelah satu lagi. tanpa berbaju. di kaki lima itu terdapat banyak rintangan. setiba mereka dihadapan senior, senior mempunyai hak untuk membaling kacang sebanyak mana yang mampu, sekuat mana yang boleh...dan syarat yang paling penting, mereka tidak boleh melawan...

hendak ku cuba mengatakan, makin lama makin susah untuk diri ini memahami sangSEPET. junior menjadi bahan mainanan, makanan yang secara normalnya menjadi habuan mulut itu dijadikan bahan PEKONG, atau secara mudahnya, membuang makanan, membazirkan ia....

mereka tidak pernah cuba untuk memahami kepentingan makanan. dicabulnya kewibawaan makanan. apa yang ada pada hati hempedu mereka? apa yang ada.....




( gambar kat atas tu aku pow kt tenet. ada orang kat haiti terpaksa makan lumpur yg dicampur dgn garam, sayur. sbb xdak makanan...huhu~sedih )...

20 Comments
Riccaster Nice shots ... #3 is very good !!!
Riccaster · 2008-02-01: 09:30
mireia Great photos!
mireia · 2008-02-01: 09:34
zazadin 長かった一日お疲れ様でした。。。ヘヘヘ ;p
panjang giler ko naip... rajin tol. hehehe... semoga ko tak jadi mangse dibaling ngn kocang2 itu.. ehehehe..
zazadin · 2008-02-01: 21:17
zazadin eh mistypo. hahaha.. KACANG desu. =P
zazadin · 2008-02-01: 21:18
nasruddin どうも!!

aku xjadi mangsa kena baling kacang tuh. tp, depan blik aku penuh kacang. kohai2 tu xcuci betul2...
ee, nak kena lempang nih...hak2
nasruddin · 2008-02-01: 21:20
amalina 節分 3/2 kan?ktorg kat niihama pun dpt kacang gak...muahahahaha...
amalina · 2008-02-01: 22:30
nasruddin ek??..
nasruddin · 2008-02-01: 23:15
SangPelangi haaa.. kali ni bole plak kasi komen..
dulu tak bole..
ape name makanan lumpur tu dalam eigo? nk try carik.. nk try rasa.. hehe
SangPelangi · 2008-02-02: 06:42
nasruddin ntah la pelangi.. aku pon tidak tahu...lalala...hak2
nasruddin · 2008-02-02: 07:39
asylum666 syukur alhamdulillah...
aku masih mampu melahap J.Co Donut kegemaranku...
asylum666 · 2008-02-02: 11:46
nasruddin sekali lagi anda berjaya membuat saya tergerak hati utk balik !!!...arghh
nasruddin · 2008-02-02: 19:15
yukidaruma balik jgn x balik~~!!!!!!
sedap nya nasi kerabu...laksam...laksa...mmm.....
yukidaruma · 2008-02-02: 22:14
nasruddin kena nasik kabu ayam panggang kg chepa,laksam byT panji, roti chotek kedai bob, nasik kukus zakini, nasik air mak su nab, perrghhh!!...
nasruddin · 2008-02-03: 07:54
zazadin wah wah wah.... kempunan makanan mesia nampak. hehehe.. sile2 pulang ke mesia yang sangat2 la best itu. pastuh bawok balik utk aku sket ekk =P
zazadin · 2008-02-03: 23:03
nasruddin tidakkah anda terasa baik hati utk membelanja saya sekeping tiket balik?...
nasruddin · 2008-02-05: 07:03
zazadin hahaha... tidak la pulak saye rase sebegitu baik diri ini.. =P
zazadin · 2008-02-07: 16:28
asylum666 setelah mentelaah donut berjenama dunkin donut,aku meluaskan empayer ke big apple namun nafsu ku dikunci rapat oleh j.co donut....ahaha...mahu tiket penerbangan ke malaysia?sertai peraduan,Precious Hole...hantar HOLE ke 22997...ahahaha
asylum666 · 2008-02-15: 09:29
nasruddin aiii, berehi llajok kalo HOLE gak...
nasruddin · 2008-02-16: 04:56
asylum666 ambo pom............................
asylum666 · 2008-02-17: 10:18
nasruddin laaa, ambo oyat demo la tu
nasruddin · 2008-02-26: 09:15
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 406
 
pixel
« 2008.01.29
 
pixel
2008.02.06 »
pixel