pixel

sisaSISA

2008.02.21


kedengaran sayup akan suara meraung2 kegembiraan, aura kebebasan terpancar dari riak muka. setelah berhempas pulas mengharungi lebih kurang satu minggu yang agak meletihkan urat2 saraf serta otot, mahupon mental, akhirnya satu SUKAN yang amat dibenci oleh semua orang itu akhirnya melabuhkan tirainya...

yaa, ia adalah satu sukan yang membebankan otak, juga dikenali sebagai PEPERIKSAAN, exam , SHIKEN. banyak sekali nama yang boleh diberikan kepada sukan itu, tapi hakikatnya tetap satu. ia sangat membebankan. boleh membuat seseorang itu makan tidak lalu, mandi tidak basah, tidur tidak lena, malah mampu membuatkan akan masa itu dirasakan seperti kilat, sepantas petir yang berleluasa dikala cuaca tidak baik...

ia mempunyai satu kuasa yang sangat ajaib. ia mampu menggerakkan keinginan makhluk yang kebiasaan tidak sentuh buku untuk berasa akan nikmatnya menyentuh buku, kalam..mengHURUHARAkan hidup mereka2 itu.

adanya tiba masa bagi ia memunculkan diri, maka seperti yang keNORMALannya, terdapat bagi ia akan syarat. syarat yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk yang bakal menerimanya..

di sini, ingin jua hati ini untuk mempersembahkan apa syarat2 yang perlu ada pada ia..

1) ulung2nya, mesti ada jasad makhluk berserta otak yang waras. ingin diingatkan di sini bahawa makhluk berotak tapi tidak berOTAK tidak akan sama sekali diterima masuk ke medan

2) bersama jasad itu mesti jua ia disertakan dengan alatTULIS seperti pen, pensel dan sebagai..( xbagitau pon leh paham kan?..hak )

3) setelah mendapat kertas yang tertera diatasnya kuiz, maka faham2lah. mulalah untuk berhempas memulas kepala otak yang dibawa bersama jasad tadi, setelah mendapat klu dari otak itu, anda dinasihati menggerakkan tangan anda secepat mungkin. semua ini kerana klu itu mempunyai tarikh luput yang amat singkat..bersama2 kita beringat saling mengingati..

4) seperti yang dijanjikan oleh pakGUARD yang mempunyai mata yang agak peka akan keadaan sekeliling, anda dikehendaki menyerahkan kertas kuiz berserta lakaran2 yang telah anda buat itu. tidak kira ia suku siap, separuh siap mahupon sesiap2nya, anda mesti patuh segala arahan tersebut..

5) menunggu jawapan adalah suatu yang agak menggentarkan. namun, saat itu pasti akan tiba. tidak kira anda ada keyakinan mahupon terpaksa membuat MUKA - YAKIN bagi cover depan kawan2 anda yang sentiasa menganggap anda seorang makhluk berotak yang berOTAK..

6) setiap SUKAN ada keputusannya. kalah menang adalah adat perSUKANan. jika anda mendapat kembali kertas itu dan mendapati di situ ada tertulis angka yang hampir dengan 100, ataupun 100, itu bermakna anda telah menang. dan begitulah sebaliknya. namun begitu, jika diamati kembali akan uniknya SUKAN ini ialah, ia tidak akan memperolehi SERI. cakap secara senangnya, anda mungkin dikalahi atau memperkalahkan...



biar apa mereka cakap, pakMAD telah berjaya menghabiskan sisa2 SUKAN itu secara jayanya. tidakkan anda teringin untuk mengucapkan tahniah kepada? walaupon keputusan perlawanan masih dalam angin, kesabaran pakMAD adalah satu yang mengkagumkan. manakan tidak, menurut khabar2 angin, SUKAN yang paling ditakuti adalah SUKAN yang dilaksanakan dalam tahun ke4, dan dengan berakhirnya SUKAN tahun ke4 itu, maka berakhirlah ia. namun, tidak semudah yang disangka, tahun ke5 menanti dengan penuh misteri..

" masa cepat gila. sedar2 dah abis setahun...arrghh, bulan 4 ni dah jadi pelajar tahun 5..arghh...!!! " kedengaran suara garau pakMAD merungut2 akan nasibnya yang tidak siapa yang tahu dan tidak pernah akan diketahui itu. sambil2 mengunyah KARAMUCHOU, sejenis snek kegemarannya, pakMAD menggerakkan tangannya memetik JOYSTICK PS2. dilawannya budak2 yang mencabarnya dalam satu lagi sukan yang wujud dalam hidup pakMAD...WINNINGeleven...dihabiskan sisa2 yang ada dalam hidup seorang pelajar tahun4...



note : bagi anda yang beria2 nak mengucapkan tahniah kepada pakMAD dalam bahasaJEPON, gunalah " otsukare sama " ( orang yang letih )....hak2
13 Comments
zazadin otsukaressssss~!! huhu~ 5 nensei mo gambatte! =D
zazadin · 2008-02-21: 08:17
asylum666 hak²......sajo panah line gu lawam......otsukaresss etek eh.....hak²
asylum666 · 2008-02-23: 11:02
nasruddin hak2...line panas sokmo...jgn risau...haha
nasruddin · 2008-02-24: 09:18
Naimaster otsukaresamadeshita... insyaAllah jumpa bulan depan
Naimaster · 2008-02-25: 03:49
asylum666 line ku kepanasan pabila dipanaskan pemanas yg panas....lalalala....
asylum666 · 2008-02-26: 08:07
nasruddin lululu lololol
nasruddin · 2008-02-26: 09:12
asylum666 dop ccaro doh tret ni...timbok ngoti...!!!
asylum666 · 2008-02-29: 09:23
nasruddin sero bedebam mena dih...
nasruddin · 2008-03-03: 07:24
asylum666 wozik debam sari pat ni....takbir!!!!!!!
asylum666 · 2008-03-05: 05:52
nasruddin allahu akbar!!
nasruddin · 2008-03-05: 17:58
asylum666 tanah tumpah darah kita tetap jd milik kita din...alhamdulillah.......
asylum666 · 2008-03-08: 12:29
lutfan din, mu tahun 4 ko tahun 3 le nih? konpius aku
lutfan · 2008-03-19: 09:52
nasruddin bulan4 ni aku jadi tahun5....
nasruddin · 2008-03-19: 10:10
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 315
 
pixel
« 2008.02.18
 
pixel
2008.02.25 »
pixel