Quantcast
pixel

ter****

2008.03.11
sekadar gambar hiasan

siapa tidak kenal universitiTOKYO. tempat pengajian tersohor di negeri jepon. rankingnya tidak berganjak dari dulu sampai sekarang. 1st dalam jepon. 1st dalam asia. antara topTEN dunia. kat jepon ni, siap ada tadika, sekolah rendah, sekolah tengah, sekolah tinggi, malah tuisyen yang dibuat semata2 nak ajar bagaimana nak lulus exam masuk TOKYOuniversiti ni.

examnya memang susah tahap cipan lapan kaki. mati2 stadi pon belum tentu leh masuk. apakah faktor yang menyebabkan ramai orang nak masuk? mengikut apa yang aku dengar, barangsiapa yang dapat memasukinya, maka telah tersedia kerja yang hebat2 baginya. malah akan serta pasti mendapat tempat serta penghormatan dalam masyarakat jepon...

aku sendiri pon penah terpikir nak masuk. tu cerita masa belajar kat UTM ( persediaan belum datang sini ). masa tu xtau lagi rupa sebenarnya unversitiTOKYO ni.

bila datang sini, amek!!! bukan setakat nak masuk, nak tengok soklan exam untuk masuk dia pon xsanggup. susah sesusahnya. malah boleh dianggapkan sebagai MUSTAHIL bagi diriku yang malas ini...

ari ni, masa tengah masak, macam biasa sambil2 masak, layan TV. tapi, ari ni bukan macam TV biasa. biasanya aku bukak TV tu, dan biar TV tu tonton aku. xkuasa aku nk tonton TV. maklum la nak kosentret masak...huhu

rancangan ari ni mengenai sekumpulan pelawak2 jepon yang dilatih secara khas oleh chekgu2 yang power lagi tersohor selama 2tahun untuk amik exam masuk universitiTOKYO tu. macam kita kat malaysia, mana ada pelawak2 ataupon artis yang otak terer. kalo ada pon, jarang2 ja. satu dalam 18juta. macam tu la jugak kat jepon. senang cerita, group pelawak yang ber5 tu suma xterer lagi xgeliga. malah, ada yang dah kahwin, ada yang umurnya dah mencecah 40tahun...isk2, semangat betul pakcik2 ni...

TV tu tunjuk la bagaimana kelas yang pelawak2 tu belajar. ada chekgu yang ajar bahasa, ada yang ajar math...etc..kesian gak tengok pakcik tu. xbosan ka...tapi, aku kagum. semangat pakcik tu memang kuat...yuran kelas tu memang la staff rancangan tu bayar, tapi pakcik2 tu sanggup kuar duit sendiri untuk pengangkutan...

punya la sedih. ada yang putus asa tengah jalan, pastu ada la member2 sekolah lama datang beri sokongan, ada yang jumpa chekgu2 lama yang ajar dia masa sekolah rendah, ada pergi kubur makbapak minta restu...macam2 lagi laaa...xlarat aku nk tulis...

dipendekkan cerita, untuk exam peringkat pertama, dalam 5orang pakcik2 tu, ada sorang ja yang lulus..yang fail menangis2 kesedihan. yang lulus pon menangis jugak, tapi menangis sebab xsangka boleh lulus. orang yang tngok pon nangis, yang jadi MC pon nangis...suma nangis..air mata aku pon rasa nak kuar gak, sebab masa tu tengah potong bawang...hak2..xkuasa aku nk nangis untuk pelawak itu...lalala~

maka, yang lulus tu berseorangan. stadi untuk exam peringkat ke2. kalo lulus yang tu, baru boleh masuk universitiTOKYO. ...

tapi, malang jugak nasib yang sorang ni. xlulus jugak akhirnya. suma orang nangis lagik. yang sorang tu nangis sebab fail, yang lain2 nangis sebab terharu dengan usaha yang sorang itu telah berusaha sedaya upaya...nangis lagi dan terus menangis...




ni la jepon. mudah sangat nangis. sedih pon nangis. gembira pon nangis. apsal kita orang melayu ni susah nk nangis ek? masa doa ngadap tuhan tu bukan setakat x nangis, doa sambil gelak2, baca doa cepat2, siap leh bual2 lagi..( ni semua aku la, orang lain xtau )...ya allah, mudahkan la mata ini menangis. mudahlah ia menangis ditempat yang sesuai untuk menangis...amin

aa, satu lagi. dengan wat rancangan ni, bukan staff TV tu leh kaut duit, malah menjadi satu pelajaran yang berguna kepada masyarakat. budak2 sekolah tu konfem la. malah melatih masyarakat jepon yang dah terkenal dengan kerajinan ni menjadi lebih rajin, tabah, sabar, tekun, dan....dan.....etc

kalo nak banding ngan malaysia, uish jauh gila beza. xbanyak rancangan camni. kalo wat pon, wat rancangan membina camni pon xbest, sapa nak tengok. yang dapat sambutan, akademiFANTASIAL, melelehIDOL...etc..
1 Comment
asylum666 akur dengan metafora negara sendiri......huk³
asylum666 · 2008-04-10: 08:30
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 154
 
pixel
« 2008.03.09
 
pixel
2008.03.13 »
pixel