Quantcast
pixel

kenaLAGI

2008.03.13
santapan sejurus sebelum menjejaki peperiksaan tersebut.
( karya sulung sangNIKON dalam blog keji ini )



" kamu sesungguhnya kena belajar lagi " satu kata2 yang amat tidak pernah layak menjadi santapan petang telingaku di saat jiwa raga membara..manakan tidak, penungguan selepas mendaftarkan diri untuk dinilai selama 3jamsetengah, bukan sahaja boleh ku habiskan ia dengan menguli roti yang menjadi hobi terbaru, malah sudah cukup genap untuk tidur tengahari..tepat pukul1, aku mendaftarkan diri ke kaunter serta merta melayakkan aku menduduki ujian pemanduan bagi mendapatkan lesen. tunggu punya tunggu, malah hampir berpenunggu rasa hati ini. ku layan seorang warganegara brazil, seorang yang berkongsi nasib dengan aku, dipertunggukan. layanan itu berjaya menyejukkan hati ini sementara. dapat ku ketahui bahawa brazilian itu baru sampai kat jepon tahun lepas. bukan setakat berbicara bahasa jepon langsung tidak bisa ataupon senang cerita langsung tidak mampu menuturkan bahasa jepon, malah englishnya memang susah difahami. serendah2 tahap bahasa english aku ini pon, dapat ku kesan akan englishnya memang tersangat amat terteruk..!!..alhamdulillah, leh la layan. bole la faham2 sket...

lupakan brader negeri bola itu, akhirnya tiba lah masa ku untuk beraksi di depan pemeriksaan ujian, seorang polis yang muka baik.. " yess!! ada can leh lepas ni !!" taburan monolog keji termuncul..pusing kanan, pusing kiri, belok kiri, belok kanan, ku biarkan tangan ini menguasai stereng kereta itu...

sehabisnya kos yang perluku habiskan itu, arahan suara garau itu dipatuhi dan terus ku pergi parking kereta..." dengan dukacita saya memaklumkan kamu fail. sila cuba lain kali..!!"...arghh, terdengar suara yang tidak pernah aku ingin dengar..namun, dek keadaan terdesak, aku mendesak polis yang terdesak itu.." ermm, secara keseluruhannya, adakah anda dapat menyimpulkan bahawa pemanduan saya yang hina ini agak memberangsangkan?..." .." ermm, banyak silap yang kamu buat. namun, tidaklah terasa akan hati ini memkhabarkan pada mu..banyak lagi yang anda kena pelajari tentang undang2 jalanraya jepon ni.."..



aku fail untuk percubaan pertama tanpa mengetahui secara terperinci apakan silapku. salah satu contoh demokrasi yang tidak berdemokrasi.. percubaan peringkat ke2 akan berlangsung secara tidak secara langsung pada 27hb3 ini..kali ini, akan ku cuba pastikan agar mulutku berupaya untuk senyum pabila keluar dari tempat duduk kereta itu..!!







9 Comments
zazadin amik lesen jepon ker?? sugoi... huhu.. gambare!!
zazadin · 2008-03-19: 07:51
nasruddin wooo, tima kassseeehh!!!
nasruddin · 2008-03-19: 10:08
eyi demo kno g jupo pok tar
eyi · 2008-03-23: 22:36
nasruddin pak tar!!
nasruddin · 2008-03-23: 23:07
asylum666 siap dohko lesem?
asylum666 · 2008-03-25: 08:49
nasruddin 27hb3 ni test kali ke2
nasruddin · 2008-03-25: 10:10
asylum666 ssedak din...bulih bwk kawam ronda chiba....how i wish....uhuk³
asylum666 · 2008-03-26: 08:42
nasruddin beres sokmo..
nasruddin · 2008-03-26: 16:08
asylum666 naik keto gapo?move hok tiru kenari tu eh?uhuk³
asylum666 · 2008-04-10: 08:28
Bold Text
Italic Text
UnderLine Text
URL Link

Name
URL
Enter the code to the right below
Captcha

Views: 186
 
pixel
« 2008.03.11
 
pixel
2008.03.18 »
pixel