segalanya bermula pabila seorang kawanku bernama HORIKIRI atau " DIG and CUT " ( note : 堀 ( hori ) = gali, 切 ( kiri ) = kerat ), seorang pro snowboarder ( aku la yg ckp dia pro ) mengajakku yg sementah ikan maguro diatas sekeping nasi sushi ini utk menemaninya selama 2hari 1mlm ke ski area. manalah terdaya bg diriku yg baru blajar ini utk pergi main sama ngn seorang pro. puncanya, suma bdak klas aku mnggu lpas ada sekeping TOIEC ( test uji kehebatan bahasa inggeris ). maka, geng2 klas aku yg selalu pergi sama2 itu, tidak mempunyai ruang utk memenuhi nafsu seorang pro seperti dia. senang cerita, nafsu kePROan dia itu telah mmbuatnya pergi bermain setiap mnggu. disebabkan keterdesakan utk memuaskan nafsu seorang kawan yg bnyak menolong aku, maka aku terpaksalah menemaninya ke SUGADAIRA ski area, yg berlokasi nagano. seekor negeri yg penuh dngn ski area. xterbilang oleh tngan dan kakiku ini...wlopon dlm hatiku, terasa sedikit bertuah kerna dpat main dgn pro. " bole la aku mntak dia ajar "..snang crita, aku mndapat kelas bersnowboard free dr seorang pro yg diiktiraf oleh AKU...haha..
maka, kami memulakan perjalanan seawal jam 4 pagi. aku terpksa menahan sejuk yg terlampau amat sngat. pagi2 seorang pro itu menjemput aku dr hostel ngn kereta MOVEnya yg sebijik mcm KENARI...maka, pd saat itu aku terfikir utk menjadi sepertinya. memiliki seekor kereta. tp, kerna bkn masa yg seswai utk fkir psal kereta, tergesa2 aku menjejak kakiku yg hmpir beku keatas keretanya. dek kerna masa kesempitan, maka dgn lancar kami menghala ke stesen keretapi. lpas parking kereta, kami naik keretapi menuju ke tokyo.
sesampai shaja di tokyo, kami mencari bas. dek kerna kami mencari bas utk trip ke SUGADAIRA, maka baslah yg kami jmpa. kami beli mkanan sket, maka kami naik. tdor sket2, mkn sket2, lyan lagu sket2, sedar xsedar, bas yg dinaiki oleh kami itu berhenti rehat di suatu tmpat rehat. aku lupa nama tmpat tu. lpas rehat sket2, drebar itu mengumumkan sesuatu yg tidak pernah enak didengar, baik kami mahupon sesiapa shaja yg ada pada masa itu. " ari ni dijangka kita akan smpai di SUGADAIRA lwat 3 jam dari masa yg dijangka. semuanya angkara tanah yg runtuh kt lebuhraya yg menyebabkan ia ditutup utk dibaik pulih. harap dpat memahamii dngan spenuh ikhlas"...
" uwaaaa, rugi la cmni. ingat aku naik bas ni free ka. aku byar la. bak sini balik duit kau "..terdengar suara2 sumbang yg tidak pernah enak didngar. smbil menahan telinga, kami juga terpaksa menahan sabar dan nafsu halwa. nafsu utk smpai awal dan terus berluncur...luncur...luncur....yeeeehaaa.....tidakku sedari, lama2 aku tertidor. sedar2, kami dah smpai ke destinasi. angkut beg, hayun kakilah kamu utk mencari tempat penginapan yg dah booking itu. hmpir 15 minit mencari. rupanya ada udang di sebalik batu. tmpat penginapan itu didepan mata, tp kami terpksa memusing2kan mata dek kerna peta yg kami terima dari syarikat tour itu telah mengencing kami..." peta pon leh salah. pakai hanset nyer GPS lagi cpat" ujar kawanku yg seorang pro itu dlm hatinya...hebat dan power gila aku. siap leh baca hati jantung mmber. mmang sahabat sejati...hak2
check in, letak barang, smayang jama`, salin baju, pkai kasut, masuk tndas, maka kami terus menghalakan kaki kami ke ski area. dngan cuaca cerah, langit biru yg hampir2 membuatkan salji salju berwarna seakan kebiru2an, mmbuatkan nafsu kami membuak2 utk meluncur....
kami berlari2 mncari lift, naik utk ke puncak bukit. main luncur2 bagai xhengat donia. ..hendak dipertengahkan disini bahawasanya course yg pling best kt tmpat itu adalah course yg dlm hutan. berlengkuk2 bagai ular kena patuk, bnyak dinding2 yg menjadi mangsa board aku utk di pijak2. yaaa, kali ini aku mndpat sesuatu yg baru. dari seorang pro yg bertauliah, skill utk meluncur ke tepi dinding, pastu pusing2 atau lipat2 board utk nampak pro, telah ku pelajari. betapa malangnya dinding2 itu. maafkan aku. aku hnya seorang yg baru pelajar, kalau salah jgn jatuhkan aku wahai dinding2....
disebabkan sang lebuhraya yg malang ditmpa tanah runtuh yg tidak membenarkan bas kami melaluinya itu smpai awal seperti yg dijangkakan, kami hnya sempat meluncur selama 3jam shaja utk sesi siang. utk mkluman, mngikut apa yg telah tertulis atas kertas yg kami terima dari syrikat tour itu, kami sepatutnya dapat hampir 6jam utk sesi siang hari itu...dengan berat hatinya, kami terpaksa menamatkan sesi itu.
usung board balik hotel, rehat2, smayang jama` lagi, makan dan rehat. selepas fikir keadaan bdan yg agak keletihan, poket yg xbrapa tebal, x ingin aku meluncur utk sesi malam. seperti yg sedia maklum, nafsu sahabatku yg pro itu tiada sempadan, aku diajaknya lagi. dek kerna aku seorang yg baik berbudi pekerti, maka aku ikut sahaja. ..( kalo nak tau, mmber aku ni telah kumpul duit sebnyak lebih kurang tmbah tolak 200ribu yen = RM6 ribu utk memuaskan nafsu snowboardnya )..mmang nafsu yg tamak haloba...hak2...
sesi meluncur di waktu malam dikenali sebagai NAITA ( nighter ). maka, selepas mmbayar sbnyak RM60 utk mnjadi seorang nighter yg berwibawa, kami memulakan meNIGHTan kami itu. sesampai sahaja kami ketempat itu, kami dikejutkan oleh suatu yg menkjubkan. suatu yg mmbuat aku selalu terfikir psal org jpon suka bazir duit. tu psal hutang negara paling tinggi kat dunia, tu psal bnyak msalah psal duit cukai..etc. tetapi, mmang menakjubkan. pabila kami berjalan, kami diikuti oleh bayang2 kami sendiri yg telah menjadi 7 kaler. yaaa, kat situ ada bnyak set SPOTLAIT yg terdiri dngan 6kaler pada satu set...ek?..btul ka ayat aku ni...maka, dngan tiada kemaluannya, kami menjadi jakun, rusa masuk kampung, lori naik van. beraksi2 smbil diikuti oleh byang2 yg terBEST kt donia ini..hak2..lpas boring wat aksi, kami memulakan streching. pkai board, dan terus meluncur. dapat dirasakan salji itu agak keras atau senang cerita mngalami proses keAIRBATUan. mngkin dek kerna angkara embun malam...tp, main snowboard mmang best. keras sket2 takpa. asal leh luncur. jatuh pon, bkn org lain jatuh, aku jgak yg jatuh. lagipon jatuh tetap jatuh ke bawah...main selama 3jam. dek kerna lift itu hnya smpai pkul 10, maka dngan penuh angkurnya kami memulaikan perjalanan balik ke hotel. dngan bdan yang hmpir HANCUR HANCIR, jalan terhenkang henkong, baliklah kami ke hotel. mandi manda, makan minum sket2 tdor, wat report yg kena hntar 2hari lpas hari itu, borak sket2, baca doa tdor, kami melelapkan mata, menamatkan sesi utk hari pertama....
kami bagai dikejutkan oleh suatu yg misteri. hnya dngn set jam kat hanset, pagi itu kami diganggu oleh bunyi alarm. dgn mngtuk, rasa nak tarik selimut, tp ku gagahi diriku ini utk bgun. gosok kaki terus smayang. alhamdulillah, dpat juga diriku utk masih hidup utk menikmati nikmat ciptaan ALLAH yg maha ESA. tiada tuhan selainNYA. ..bagai telah diaturkan, sesudah aku mngaminkan doaku, terdngar suara yg keluar dari pembesar suara yg terletak dibucu dinding. " nak makan sila turun ke dewan makan. xnak mkan , xyah trun "..dngan segara tnpa melengahkan masa yg lebih berharga dari emas permata itu, kami turun mkn. lpas mkan, trus salin baju.pakai kasut, dan terus usung board ke ski area utk memulakan sesi utk hari ke2. hari terakhir pada trip kali ini....
langit tidak selalunya cerah. mmang tepat kata org tua2. mmang ari tu langit tidak secerah hari pertama. agak kelam. disulami awan2. tidak lagi memantulkan warna birunya ke salji itu. maka tidaklah aku nampak bhawasanya salji itu berwarna biru....
sekali lagi, malang bagi dinding2 kt ski area itu. semua mnjadi mangsa pijakan boardku, yg ku beli secondhand dari mmber aku itu..pijak sana, pijak sini, lompat sana, lompat sini, jatuh sana, jatuh bawah...smbil bersyukur kerna diberi peluang olehNYA terhadap aku utk mnikmati keseronokan permainan org negara salji ni, aku bermain dngn jiwa dan ragaku...
setelah main lebih kurang 3jam, kami mengambil masa utk berehat selama 1jam. makan tngahari, solat jama` ( terima sahabaku kerna memahami diriku. snggup tunggu aku. apakah engkau tidak terasa nak masuk ISLAM? sesungguhnya hidayah ALLAH tidak terbatas )...
mkn knyang2, mnum puas2. rehat bagi hilangkan ke` SEKOK`an perut yg main mmbesar tiap hari ini, kami menyambung sesi luncur. luncur....luncur lagi dan lagi....
lepas main lebih kurang 4jam, tibalah masa bagi kami utk mengucapkan selamat tinggal SUGADAIRA. balik hotel, packing barang, salin baju, pastu naik bas. tidoooooorrr. tertidor aku dlm bas. badan bagai hancur. letih sletih2nya....
smpai tokyo, naik keretapi, smpai stesen kt tmpat aku, naik keta, maka smpailah aku kt hostel. lpas ucap trima kasih, mmber aku balik. tinggal aku berseorangan dlm bilik smbil mngenangkan saat2 manis meluncur. inginku meluncur lagi, tp apakan dayaku. poket xberisi, bdan xkuat, xhensem, busuk xmandi..etc....
insya ALLAH, jika diberi peluang, kami akan meluncur lagi dan lagi. next trip mngkin lpas exam final. lg sbulan nk exam. lpas exam, seramai 15org mmberku snggup utk memenuhi nafsu xterbatas masing2...kalo ada nafsu blajar cmtu kan bagus. AMIN..