setelah bertapa sekian lama, aku mendengar khabar2 angin bahawa akhirnya pak mat membuat keputusan untuk meRELEASEkan satu benda. puasku tanya apakah benda itu? apa guna benda itu? bagaimana dunia akan jadi jika tidak wujudnya benda itu?...akhirnya, dengan berat hati, seberat mata yang memandang, pak mat membuka mulutnya..." sebenarnya, pada suatu hari yang tenang, sambil menghirup kopi cap kapal angkasa kegemaranku, aku membuat keputusan untuk menukarkan identitiku. ermm, maksud ku di sini, aku telah pergi ke jabatan pendaftaran, dan menukarkan nama ku menjadi pakMAD..." dengan air muka yang tenang, bak air yang memang tiada wujud di dalamnya akan buaya, pak mat menjawab...
"hahhahaha, kamu memang sudah gila pak mat. tidakkah kamu tau bahawasanya MAD itu binatang apa? biar aku yang bijaksana ini memberitahu akan maksudnya. MAD itu maksudnya "gila, stupid, bangang, bahalol, moron, idiot, retard dan sewaktu dengannya..apakah kamu disanggup menjadinya?..." dengan penuh tanda tanya aku bertanyakan pak mat...
" biar apa orang kata, aku tetap aku " ujarnya tanpa segan silu. bagai tiada kemaluan yang wujud keatas dirinya...
" ok, ok..aku akur dengan keputusanmu. akan tetapi, izinkan aku tahu apakah sebabnya kamu membuat keputusan yang agak tidak relevan itu.." kucuba mendapatkan maklumat yang lebih lanjut...
" .................................................................................,..,,........@;@;:.:lp:l@p./:./:];@;[]/\@p@l;90874390823:.\/;[@\//............................" terlalu laju ucapan pakMAD itu sehingga aku yang bijaksana ini pon tidak dapat meneka apa yang cuba diucapkan oleh pakMAD itu...
misteri semakin menjadi misteri. benda yang diRELEASEkan itu tetap tidak terungkap....namun, apa yang pasti, sejak saat ini, aku terpaksa menukar format mulutku untuk memanggil pak mat sebagai pakMAD...