KLIA Series

by Azhar73 September. 13, 2008 2820 views

Salam Ramadhan buat semua..

Rasanya dah 3 bulan aku tak update gambar kat sini. Koleksi memang banyak, tapi masih belum selesai edit sebab terlalu banyak. Antara koleksi yang akan aku letakan disini termasuklah koleksi perjalanan aku ke Medan Indonesia (yang ni aku pi berdua dengan adik ipar aku jer.. Tungguuu…), Cameron Highlands dengan family aku, dan KL Tower International Base Jump 2008 dan banyak lagi.

Untuk yang ni lebih banyak berkisar aktiviti aku kat KLIA. Sebenarnya aku tak rancang pun untuk ambil gambar ni tapi entah macam mana kebetulan aku buka posa kat rumah kakak ipar aku pada 13/9/2008. Dalam dok tunggu time buka posa, aku pun takder benda nak buat, aku angkat kamera terus drive ke highway LCCT dan aku sebelum ni pun memang dah mark laluan pendaratan pesawat. So takder masalah nak cari port untuk shot. Aku shot 2 hari, petang, malam dan pagi esoknya.

Yang paling menarik esoknya tu, aku dapat shot kat hujung runaway tapi cuak gak kat situ sebab boleh nampak KLIA control tower dan secara tak langsung, paham-paham jelah dah tentu control tower nampak aku punya. Aku rasa adalah dekat 3 kali kenderaan keselamatan MAB dan Polis lalu lalang dekat tempat aku shot tu. Aku buat tak tahu jelah, takkan nak lari pulakkan..

Sebelah malam tak menarik, gelap sangat so tak berapa nak menjadi dan aku takyah tunjuklah kat sini.

So itu jelah aktiviti aku bulan posa ni..

Salam semua..

Shot sebelah petang, sementara menunggu waktu berbuka.
Manual setting, ISO : 400, Shutter : 1/400, Apatur : f/9

ISO : 400, 1/400, f/8

ISO : 400, 1/400, f/7.1

ISO : 400, 1/400, f/7.1

ISO : 400, 1/400, f/7.1

ISO : 400, 1/500, f/11

Yang ni aku tunggu kat hujung runaway, memang best kat sini.
ISO : 200, 1/2000, f8

ISO : 200. 1/2000. f/8

ISO : 200, 1/2000, f/8

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com