ekSPEDisi Tabuh 2008 part 1

by Azhar73 November. 30, 2008 5181 views

Salam..

ekSPEDisi Tabuh 2008
30 November 2008

Bertempat di Surau Mardhiah Taman Melawati telah di adakan majlis pelancaran dan pelepasan peserta ekSPEDisi Tabuh 2008. Majlis ini disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Saari Sungib ADUN Hulu Kelang.

Lebih kurang 30 peserta dan 10 urusetia terlibat dalam program ini yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Komuniti Muda Hulu Kelang.

Selain itu program ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Hutan Daerah Gombak yang sudi menghantar 4 orang kakitangan dan seorang Pegawai Perhutanan.

Selepas pelepasan oleh YB Tuan Hj. Saari Sungib ADUN Hulu Kelang, para peserta di bawa ke kaki bukit untuk aktiviti memanaskan badan dan taklimat keselamatan pendakian oleh urusetia program.

Pendakian bermula jam 9.00 pagi dan mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba ke puncak Bukit Tabuh yang terletak dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Warisan. Pendakian dan laluan curam yang di kategorikan sebagai ‘Level 4 Difficulty’ tidak mematahkan semangat para peserta untuk tiba di puncak dan menikmatikan panorama indah sekitar Bukit Tabuh seperti kawasan tadahan air Empangan Hulu Kelang dan bandaraya Kuala Lumpur.

Selepas kira-kira 1 jam berada di puncak, para peserta mula menuruni Bukit Tabuh dan tiba di kawasan rehat Empangan Hulu Kelang pada jam 1 tengahari.

Acara di teruskan dengan aktiviti ringkas seperti sesi suai kenal, permainan dan makan tengahari. Keseluruhan program tamat pada jam 2.30 petang.

Sila klik link untuk melihat keseluruhan foto http://flickr.com/photos/azhar73/ [flickr.com]

********************************

Perhatian :

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan soft copy foto ini, harap dapat berhubung dengan urusetia program En. Zaharin Wahab.


Photographer :
Azhar Bin A. Rahim
019-264 2844
[email protected]

Majlis perasmian dan pelancaran ekSPEDisi Tabuh 2008 oleh
YB Tuan Hj. Saari Sungib ADUN Hulu Kelang bertempat di Surau Mardhiah Taman Melawati.

Ucapan dan kata-kata semangat oleh YB.

Sesi suai kenal dan beramah mesra dengan peserta dan urusetia program.

Taklimat dan pembahagian kumpulan oleh urusetia.

Para peserta terdiri dari remaja dan dewasa yang turut terlibat memeriahkan ekspedisi ini.

My old friend, Harun bin Md. Jali. Di belakang tu adalah Bukit Tabuh bahagian timur. Pada asalnya kami memang nak mendaki tapi Bukit Tabuh bahagian barat pada hari sabtu. Kebetulan aku mendapat panggilan dari seorang kawan lama juga, Zaharin yang mengajak untuk menyertai program ini. Maka ke sini lah kami hari ahad tu.

Berkumpul di kaki Bukit Tabuh untuk aktiviti memanaskan badan dan taklimat keselamatan oleh urusetia.

Kami dah naik dulu, aku, Harun dan Mizi (urusetia) untuk melihat keadaan laluan dan tali sokongan sedia ada dan gantikan dengan tali baru sekiranya perlu dan memastikan laluan yang selamat untuk peserta.

Zaharin letakkan aku dan Harun sebagai urusetia. Tapi di sebabkan aku ni tak berapa nak kurus dan tak setia dengan tugasan urusetia tu, maka aku pun duduk kat belakang. Kerja aku, merakam foto ekspedisi ni.

Beg aku punya lah berat, dengan kermantle 30 meter dan krab (standby), camera set yang berat dekat 5 kilo, mendaki kecuraman hampir 70 degre.. seksa woooo…

Tapi Alhamdulillah, semua selamat dan dapat cover shot yang aku nak.

  Be the first to like this post
Join the conversation
1
There is 1 comment, add yours!
Basir Seerat 12 years, 1 month ago

no 17 is as mach beautiful that i can't emagine it, very powerful work

12 years, 1 month ago Edited
Up
Copyright @Photoblog.com