Salam Aidul Adha 2008

by Azhar73 December. 08, 2008 3890 views

Salam Aidul Adha 2008
10 Zulhijjah 1429 Hijrah

Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak awal pagi, Surau SS5A Kelana Jaya tetap penuh dengan jemaahnya untuk menunaikan solat Aidul Adha.

Solat Aidul Adha pada pagi itu diimamkan oleh Tuan Haji Md. Shaari Abdullah, Penolong Kadi Hulu Langat.

Selesai solat pada jam 9.30 pagi, para jemaah di hidangkan dengan jamuan ringkas yang di sediakan oleh AJK surau dan selain itu tedapat juga hidangan yang di bawa oleh para jemaah sendiri.

Pada pukul 10 pagi, acara penyembelihan korban di teruskan dalam keadaan hujan renyai-renyai dan adakalanya sedikit lebat. Namun itu tidak mematahkan semangat para qariah untuk turut serta bergotong-royong dalam kerja-kerja penyembelihan.

Sebanyak 5 ekor lembu telah disediakan oleh beberapa penduduk untuk majlis korban di Surau SS5A. Dalam suasana hujan renyai-renyai, perasaan terasa begitu syahdu bila penyembelihan lembu berlangsung sambil takbir bergema memuji Allah.

Kerja-kerja penyembelihan selesai di laksanakan pada jam 12.00 tengahari dan pengurusan AJK surau yang cekap telah memastikan semua kerja-kerja melapah dan pembahagian daging korban tersusun dengan rapi. Para jemaah yang terlibat dengan gotong-royong juga di hidangkan dengan nasi lemak serta minuman panas oleh AJK Surau sebagai juadah tengahari.

Daging-daging korban hanya di serahkan kepada jemaah SS5A mulai jam 12.30 tengahari.

Sekian.

****************************************

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua AJK Surau SS5A dan jemaah yang banyak memberi kerjasama dalam sesi photoshot ni.

Terima kasih, Salam Aidul Adha 2008. 10 Zulhijjah 1429 H.

Foto oleh :

Azhar Bin A. Rahim
019-2642844
[email protected]

Sila klik SHOW MORE OPTIONS untuk senarai entry terdahulu.

Tuan Haji Md. Shaari Abdullah, mengimamkan solat dan membaca khutbah Aidul Adha pada pagi tu.

Jamuan ringan yang di sediakan oleh surau dan ada yang dibawa sendiri oleh qariah SS5A. Selalunya suasana begini hanya boleh kita lihat di surau-surau kampung sahaja tapi di sini SS5A begitu berbeza sekali. Suasana ini telah dipraktikkan sejak lama disini.

Mengikat lembu korban sebagai persediaan untuk penyembelihan. Sebanyak 5 ekor lembu di korbankan pada Aidul Adha tahun ini.

Lembu pertama yang di sembelih sambil di laungi dengan takbir memuji Allah dalam suasana hujan renyai-renyai.

Pakcik baju putih ni aku lupa tanya nama dia, tapi hampir semua kerja dia terlibat dari mengikat lembu, sembelih dan melapah.

Kerja-kerja melapah lembu yang pertama tadi.

Bahagian-bahagian lembu yang di lapah tadi di bawa ke dewan makan surau untuk kerja-kerja memotong dan pembungkusan.

Kerja-kerja pemotongan dan pembungkusan daging untuk di bahagi-bahagikan kepada seluruh qariah SS5A.

Daging-daging yang di bungkus tadi mula di edarkan bermula jam 12.30 tengahari.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com