Program Sunat'On Beramai-Ramai

by Azhar73 December. 14, 2008 7754 views

Program Sunat'on Beramai-ramai
Peringkat DUN Hulu Kelang

14 Disember 2008

Pelbagai aktiviti remaja telah dibuat bersempena dengan musim cuti sekolah kali ini.

Tidak terkecuali, DUN Hulu Kelang melalui Pusat Khidmat masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Zon AU2 telah mengatur satu program berkhatan beramai-ramai untuk kanak-kanak dan remaja sekitarnya.

Seramai 45 kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 15 tahun menyertai program yang julung-julung kali diadakan di DUN Hulu Kelang. Ada diantara kanak-kanak dan remaja yang menyertai program ini tiba seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Zon AU1.

Meskipun YB Tuan Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang tidak dapat hadir bagi merasmikan Program Sunat'on Beramai-Ramai ini, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Zon AU2 telah sudi menyampaikan sepatah dua kata dan merasmikan program sebagai mewakili YB.

Program ini mendapat kerjasama pakar perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang diwakili oleh 3 orang doktor dan para petugas perubatan.

Acara berkhatan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada awal petang.

AJK Program, En. Zaharin Wahab, berkata, ahli Unit Amal Hulu Kelang, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan Pusat Khidmat Masyarakat ZON AU2 gembira dapat membantu menjayakan program berkhatan ini selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk
disamping mengadakan aktiviti berfaedah kepada remaja.

Menurut beliau lagi, program berkhatan ini adalah antara beberapa program yang telah disusun sepanjang musim cuti sekolah untuk kanak-kanak dan remaja.

Sekian.

******************************************

Foto oleh :

Azhar Bin A. Rahim
019-2642844
[email protected]

Sila klik SHOW MORE OPTIONS untuk melihat entry terdahulu.

Kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 12 tahun ditemani oleh ibu bapa dan keluarga tiba seawal 7.30 pagi di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat AU1.

Sarapan pagi telah di sediakan oleh AJK program untuk kanak-kanak, remaja dan juga ibu bapa.

Pembacaan Doa oleh tuan imam surau AU1.

Taklimat mengenai berkhatan, prosedur dan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak dan remaja yang berkhatan oleh doktor dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salah seorang doktor HUKM sedang memberi taklimat kepada para petugas perubatan HUKM.

Peserta pertama, Adik Miqal Iskandar, 12 tahun.

Adik ni bagitau, dia menangis time injection tu, first sebab takut, second, sakit ler sikit pastu dah tak rasa apa-apa dah, tau-tau dah settle.

Semua kanak-kanak yang berkhatan di rehatkan dahulu sebelum dibenarkan pulang. Ini untuk memastikan tidak ada apa-apa yang berlaku seperti pendarahan dan sebagainya.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com