Program Smart Solat DUN Hulu Kelang ... part 1

by Azhar73 December. 21, 2008 6218 views

Program SMART Solat DUN Hulu Kelang

21 Disember 2008

Surau Al-Mardhiyah
Taman Melawati

Bertempat di Surau Al-Mardhiyah Taman Melawati telah berlangsung satu program SMART Solat untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Program SMART Solat anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Saari Sungib ADUN Hulu Kelang.

Seramai 134 kanak-kanak lelaki dan perempuan telah menyertai program ini yang bertujuan memberi tunjuk ajar serta panduan yang betul mengenai solat seawal usia 6 tahun. Program ini adalah lanjutan daripada beberapa program SMART Solat yang telah diadakan sebelum ini.

Program yang bermula jam 8.30 pagi di dahului dengan ucapan oleh tuan imam Surau Al-Mardhiyah dan diikuti oleh ucapan dan perasmian oleh YB.

Selepas itu para-ibu bapa meningalkkan anak-anak masing-masing dan program diteruskan dengan pembahagian kumpulan oleh para fasilitator dari Darul Quran Kuala Kubu iaitu sebuah kolej tahfiz tajaan JAKIM.

Aktiviti pembelajaran telah disampaikan oleh Uztaz Kamalulhisyam @ Farhan.

Program in iterbahagi kepada beberapa bab seperti wudhu, solat, gerak kerja berkumpulan yang dibantu oleh fasilitator dan praktikal solat.

Para peserta juga telah disediakan dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang dan pada akhir program, para peserta menerima sijil penyertaan dari penganjur.

Program berakhir jam 5.30 petang.

**************************************************

Foto Oleh:

Azhar Bin A. Rahim
019-2642844
emel : [email protected]

Sila klik SEE MORE OPTIONS untuk melihat entry terdahulu.

Ucapan dan kata-kata aluan oleh tuan imam surau Al-Mardhiyah, Taman Melawati Kuala Lumpur.

Salah seorang bapa yang turut menghantar anak-anak mereka pada program SMART Solat.

Ucapan dan perasmian oleh YB Tuan Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.

Antara ibu-bapa yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan berbual-bual dengan YB dan isterinya.

Pembahagian kumpulan oleh fasilitor yang turut membantu dalam program ini. Para fasilitator ini adalah penuntut tahfiz dari Darul Quran Kuala Kubu.

AJK program Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar.

Ustaz Kamalulhisyam atau lebih dikenali sebagai Ustaz Farhan.

Bertafakur sejenak, memejamkan mata sambil mendengar irama bunyi-bunyian sebelum pembelajaran bermula. Ini bagi memusatkan fokus kanak-kanak ini pada ilmu yang disampaikan.

Bab pertama, Wudhu.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com