Salam Ma'al Hijrah 1430

by Azhar73 December. 30, 2008 14602 views

Salam Ma'al Hijrah 1430

Hujung minggu lepas aku balik Seri Manjung, Lumut. Yelah!… Cuti panjangkan sampai 3 hari, Sabtu, Ahad dan Isnin yang juga Ma'al Hijrah. Aku kalau nak diikutkan tak berapa nak balik pun sebab aku baru baik demam.

Demam mengejut, tapi nasib baik bukan denggi takpun chikugunya. Dalam keadaan kepala yang tengah weng, aku redah jugaklah balik Manjung.

Aku bertolak dari KL hari Sabtu pukul 10.00 pagi. Aku macam biasalah ikut PLUS highway dari Sg. Buluh pastu keluar kat BEhrang ikut jalan lama ke Bidor. Cuaca pagi tu memang cantik, panas terik, awan biru, memang tak silaulah kalau driving cuaca macam ni, so aku pun susahlah sikit nak mengantuk.

Dari Bidor dah tentu ikut jalan lama ke Teluk Intan dan seterusnya ke Manjung. Aku sampai di Manjung pukul 1.30 petang. Tak banyak aktiviti aku petang tu, lepas makan aku membuta sampai pukul 6 petang. Letihlah beb driving tadi.

Malam tu, kak ipar aku kak Mai sambut besday anak dia Aki. Boleh di katakan semua balik cuma yang tak der Haji Isa sebab ada kejer dan Ashaari. Biras aku ni dia ada spesel kes, keta dia eksiden kat Sabak Bernam sebab kes b*b* berlanggar dengan perdana dia, so Kak Hana dan anak-anak jer yang sampai.

Esok pagi Ahad aku ingatkan demam aku dah ok, tapi ada cerita lain, badan aku tiba-tiba jer penuh ruam, kelam kabut aku pergi klinik pagi tu. Nasib baik takder apa-apa. Tengahari punya lah boring, semua orang kat rumah layan Astro tengok Mawi bersanding. Ceh!… takder cerita lain ker.. Aku pun sambar kamera terus pergi Teluk Batik, kot-kot ada story best.

Tapi sampai jer aku kat Telok Batik, mak oooii… Punya lah ramai orang kat sana, aku jalan-jalan ler kat tepi pantai, ramainya orang, diorang ni tengahari rembang pun sanggup mandi laut macam rumah takder air pulak.. Memang ramai… Aku pun rasa kepala macam nak meletup sebab panas, aku pun blah pergi ke pekan Lumut.. Kat pekan Lumut pun dahsyat jugak, kereta punyalah banyak, parking mana-mana pun penuh tapi orang tak ramai pun. Ni yang parking kebanyakkan pergi ke Pulau Pangkor.

Aku terpaksa parking kat Titi Panjang dan menapak sepanjang waterfront untuk ke pekan Lumut, terpaksa jalanlah, dah parking takder kan. Dah dapat shot, on dway menapak pergi kat kereta, Mas call suruh balik, nak kuar jalan-jalan jugak katanya. Elok aku sampai jer kat rumah, Ashaari pun sampai dari Sabak Bernam.

Petang tu aku pulak jalan-jalan bawak Mas dan Uzairizz. Pukul 7 baru balik rumah semula sebab malam aku ada family dinner kat Restoran Cheng Ho Manjung. Dinner kitorang dalam pukul 8.30 malam, okeh jugak makan kat situ, sedap. Lepas dinner ada gak plan nak lepak kat Lumut, tapi tak jadi sebab hujan renyai, jadi aktiviti malam kitorang tengok TV jerlah.

Isnin masih lagi cuti, Kak Mai dan Kak Hana balik KL awal pagi dalam pukul 10 dan aku masih lagi lepak-lepak kat rumah. Aku plan nak keluar lewat sikit sebab nak pergi ke pekan Lumut untuk beli buah tangan bawak balik KL. Dalam kul 12.00 kitorang keluar rumah, pastu pergi hospital Manjung sebab wife abang ipar aku Azma masuk hospital, aku tak pergi tengok pun sebab anak kecik, sedang dok lepak-lepak dalam kereta, hujan renyai-renyai plak tu, anak aku pun tertido.

Pastu pergi pekan Lumut, beli barang sikit, pastu pergi Titi Panjang, tapau laksa dengan nasi goreng untuk anak aku. Dalam kul 2 baru kitorang bertolak balik KL. Aku balik ikut Sabak Bernam, okeh lah jugak jalan dah elok, tapi aku macam tak berapa sukalah jalan Sabak Bernam - Kuala Selangor sebab kat sesetengah tempat banyak lampu isyarat lah pulak. Kadang-kadang tak boleh nak speeding pun sebab kawasan kampung walaupun jalan dah diperbesarkan.

Adalah jugak berenti beberapa kali, berehat. Aku sampai KL pukul 6.30 petang. Itulah serba sedikit perjalan cuti hujung minggu aku.

Sekian…

Sila klik SHOW MORE OPTIONS di bawah kalendar untuk melihat entry terdahulu.

***************************************

Foto oleh :

Azhar Bin A. Rahim
019-264 2844
[email protected]

Sabtu, 27hb Disember 2008. Gambar ni aku shot masa perjalanan ke Manjung. Berhenti kejap di Kg. Ulu Kayan untuk shot gambar ni. Di sepanjang jalan ini terbentang luas kawasan sawah padi. Luasnya seluas mata memandang. Memang cantik. Kg. Ulu Kayan ni terletak diantara perjalanan Telok Intan ke Setiawan Perak.

Ahad, 28 Disember 2008. Tengahari, tak tau nak buat apa kat rumah, so aku sorang-sorang drive ke Telok Batik.

Beginilah suasana di Telok Batik, Lumut Perak. Ini hanya sebahagian sahaja yang dapat aku shot. Keluasan pantai perkelahan ini lebih kurang 1 kilometer. Bayang kan hampir sepanjang kawasan bawah pokok ni dipenuhi manusia yang beristirehat. Memang ramai sungguh.

Ni lah first time aku jejak kaki kat pantai Telok Batik walaupun dah dekat 3 tahun Lumut ni dah jadi kampung aku. Panas woooo… Aku pun heran macam manalah dorang ni boleh mandi laut tengah panas terik ni. Gerenti rentung kulit tu… Kat dalam air pun ramai orang. Yang pastinya pantainya masih cantik..

Mulanya memang ada plan nak ajak Mas ngan anak aku datang sini, tapi nasib baik lah aku datang sorang. Apa taknya.. Dah lah ramai orang, panas pulak tu…

Punyalah ramai orang bawak keluarga datang berkelah kat sini. Kalau bentang tikar tu dah tahap macam parking kereta dah, selang satu pintu jer. Kalau makan pun boleh tinjau dan tau menu orang sebelah. Asal ada kawasan lapang mesti ada orang duduk.

Antara kedai menjual cenderamata, banyak kedai sebenarnya yang jual cenderamata kat sini. Dan ada juga kedai makan. Kalau setakat datang nak mandi tapi tak bawak baju memang tak jadi masalah. Kedai jual baju banyak, pilih jer mana yang berkenan.

Tandas pun dah banyak kat kawasan ni, dan cantik-cantik pulak tu. Tapi kalau dah ramai-ramai macam ni, paham-paham jer lah dia punya beratur nak masuk tandas, mengalahkan panggung wayang ada cerita boxoffice. Ramai woooo…

Sebahagian dari kawasan letak kereta yang sempat aku shot. Ini sikit jer ni. Jumlah kenderaan yang ada kat kawasan ni lebih kurang 6 kali ganda dari yang aku shot ni. Parking memang penuh, tapi kawasan ni besar, kawasan letak kereta dan laluan keluar masuk pun agak tersusun, so takder masalah. Jauh atau dekat dengan pantai jer..

Selepas agak lama kat Telok Batik, kepala pun dah panas, so aku pun cabut ke pekan Lumut pulak.

Di sini suasana pun agak sibuk, kereta banyak yang masuk dan mencari-cari kawasan letak kereta termasuklah aku. Parking memang susah, kena pulak cuti panjang macam ni.

Kebanyakkan yang datang kesini adalah meraka yang hendak melancong ke Pulau Pangkor. Sebab tu kalau kita pergi ke Lumut time cuti panjang macam ni, kita boleh tengok kereta banyak, parking semua penuh termasuk tepi jalan tapi orang takder. Maknanya ramai yang melancong ke Pulau Pangkor ler tu. Aku pun dah lama tak pergi Pulau Pangkor sebenarnya.

Bangunan yang kat belakang tu adalah medan letak kereta yang baru dibina. Tu pun penuh gak tu.

Aku sebenarnya parking kereta agak jauh dari kawasan ni. Aku lebih suka macam ni, dah tentu takder problem nak parking.

Sebelum tu pun dah round tapi takder kosong, kereta yang masuk pun bertali arus, so cara terbaik biarlah aku letak kereta jauh sikit dan jalan kaki. Senang…

Dah cantik pekan Lumut ni, tak lah besar sangat pun, kalau jerit pun aku rasa satu pekan ni boleh dengar. Tengoklah kereta kiri dan kanan jalan. Ada jer orang letak kereta.

Kebanyakkan kedai di sini menjual hasil laut seperti keropok, ikan bilis, sotong kering dan makanan segera hasil laut. Terdapat juga kedai cenderamata, bank, kedai alat sukan, salon dan kedai makan.

Kedai makanan segera cuma KFC kalau tak silap aku. Banyak kedai kat sini, makan pun takder problem.

Jalan pun dah cantik. Suasana jalan agak sibuk sebab berhampiran dengan Jeti Lumut.

Siar kaki bertutup ni baru dibina. Menghubungkan satu deretan kedai dengan deretan kedai yang lain. Dari sini kalau kita jalan terus ikut bawah siar kaki ni, kita akan di bawa ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor.

Beginilah sibuknya suasana di Jeti Lumut. Ratusan pelancong tempatan dan luar negara keluar masuk ke Pulau Pangkor dalam satu-satu masa. Punyalah panjang kena beratur.

Tapi feri Pulau Pangkor pun banyak, so takderlah tunggu lama pun, kawalan keselamatan pun agak tersusun kat sini.

Satu custom bike yang aku jumpa kat sini. Memang cun…

Sajer je gatal-gatal shot gambar ni. Dorang bukan sedar pun..

Lepas aku keluar shot sorang-sorang aku balik rumah kejap untuk jemput Mas dengan anak aku Muhammad Uzairizz.

Bawak jalan-jalan kat sekitar waterfront ni.

Aku dah selalu sangat shot gambar anak aku sampaikan dia pun dah tak heran. Lagi pun dia tengah buzy nak tengok macam-macam benda kat sini. Pantang lepas, puas aku nak kejar. Tu tengah tension ler tu sebab tak boleh lari.

Air pasang, ramai jugak yang memancing kat area ni. Lepak kat sini, memang syahdu. Angin punyalah best…

Isnin, 29 Disember 2008. Dalam perjalanan balik ke KL. Sekali lagi aku berenti kat Kg. Ulu Kayan. Aku bawak kereta aku masuk kat kawasan bendang ni semata-mana nak photoshot.

Hujan renyai-renyai tengah turun time, tak kira… Belasahhh jerrrr…

Macam ni lah anak aku Muhammad Uzairizz, apa orang makan, semua dia nak.

Muhammad Uzairizz bin Azhar, 19 bulan.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com