Ceramah Palestin dan Pelancaran Konvoi Gerak Kerja PRK Kuala Terengganu

by Azhar73 January. 09, 2009 5879 views

Ceramah Palestin dan Pelancaran Konvoi Gerak Kerja Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Jumaat, 9 Januari 2009,

Bertempat di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Barisan Alternatif Ulu Kelang telah berlangsung satu ceramah mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin dan juga Pelancaran Konvoi Gerak Kerja Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Penceramah terdiri daripada :

YB Tuan Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang
YB Tn Hj Khalid Samad, Ahli Parlimen S.Alam, YDP Pas S.Alam,
YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, YDP Pas Gombak
Cikgu Radhi, Timbalan YDP Pas Gombak.

Ceramah yang di jangka bermula jam 9.30 mlm terpaksa bermula agak lewat kerana kehadiran anggota polis yang mengawal di tapak program. Ini membuatkan orang ramai agak gusar untuk menghampiri premis MTD untuk mendengar ceramah berikutan jumlah anggota polis yang agak ramai.

Pihak penganjur telah berusaha untuk mendapatkan permit polis bagi menjalankan ceramah ini tapi malangnya telah di batalkan kerana dibuat di tempat awam dan telah diarahkan supaya diadakan di dewan. Pihak penganjur terpaksa meneruskan program di tempat asal memandangkan pihak berkuasa agak lewat memaklumkan mengenai pembatalan tersebut yang akhirnya ceramah diadakan didalam premis MTD.

Program di mulakan dengan ceramah oleh penceramah jemputan dan kemuncak acara adalah pembakaran bendera USA dan Israel oleh Tn. Haji Saari Sungib dan Tuan Haji Khalid Samad sebagai tanda protes terhadap Amerika dan Israel dalam konflik Palestin. Dalam ceramah ini telah dilancarkan program memboikot produk Amerika dan Israel.

Perjalan ceramah juga agak terganggu dengan kehadiran pihak FRU. Setelah perbincangan dengan pihak polis, ceramah tetap di teruskan dan semua hadirin hendaklah berada didalam premis MTD.

Disepanjang program ini berjalan, telah diadakan kutipan derma untuk tabung membantu rakyat Palestin dan terdapat sumbangan dari Surau Al-Mardhiyah.

Program berakhir jam 12.00 malam dengan pelepasan Konvoi Gerak Kerja PRK Kuala Terengganu. Konvoi dilepaskan oleh YB Tuan Hj. Saari Sungib. Sebanyak 6 buah kereta terdiri daripada 20 orang sukarelawan DUN Hulu Kelang dan Unit Amal Gombak yang di ketua oleh YB. Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap YDP Pas Gombak.

******************************

Foto oleh:

Azhar Bin A. Rahim
019-2642844
[email protected]

Ceramah di mulakan oleh Cikgu Radhi, Timbalan YDP Pas Gombak. Turut serta YB Tn. Hj. Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang, YB Tn Hj. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan merangkap YDP Pas Gombak.

Muslimat juga turut serta dalam ceramah ini.

Sebahagian hadirin yang memenuhi bahagian dalam premis MTD

Sebahagiannya berada diluar. Kebanyakkan hadirin lebih gemar memerhati dari jauh disebabkan anggota polis yang agak ramai mengawal di tapak ceramah.

Ceramah oleh YB Tuan Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.

Kutipan derma untuk membantu rakyat Palestin yang dilakukan oleh petugas Unit Amal Pas Gombak.

Hadirin yang semakin ramai memenuhi premis MTD untuk mendengar ceramah.

Ceramah oleh YB Tn. Haji Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

Para petugas Unit Amal Pas Gombak yang mengawal premis MTD setelah pihak polis dan FRU membuat provokasi untuk menghentikan ceramah.

Para hadirin yang memenuhi premis MTD setelah perbincangan dengan anggota polis.

Acara kemuncak program, persediaan untuk membakar bendera US dan Israel sebagai tanda protes kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dalam konflik semenanjung Gaza.

Pembakaran bendera oleh Tn. Hj. Saari Sungib dan Tn. hj. Khalid Samad.

Acara pelepasan Konvoi Gerak Kerja PRK Kuala Terengganu oleh YB Tn. Hj. Saari Sungib. Konvoi diketuai oleh YB Dr. Hatta Ramli. Sebanyak 6 buah kereta menyertai konvoi ini.

Akhirnya selesailah program tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

YB Tn. Hj. Saari Sungib mengadakan perbincangan dengan AJK konvoi mengenai perjalan program di Terengganu.

Perbincangan di kalangan Ahli Unit Amal Pas Gombak untuk pemasangan banner JOM BOIKOT produk Israel dan US.

Pemasangan banner di jalan utama Taman Permata Hulu Kelang.

My old friend Zaharin Abd. Wahab. Dah jadi orang kuat sekarang ni, sebab tu badan dia besar. Zaharin, ko bukan ke guna handphone Nokia?

Menjamu selera sebelum bertolak ke Kuala Terengganu. Esok kita kerja keras…. Aku kagum betul dengan korang semua di Pas Gombak dan Pas Hulu Kelang dan mana-mana juga ahli parti komponen Pakatan Rakyat yang turut serta dalam gerak kerja kempen PRK Kuala Terengganu. Kerja dengan penuh ikhlas.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com