Penggali Kubur...

by Azhar73 February. 14, 2009 19032 views

Penggali Kubur

Sabtu, 14 Februari 2009
Tanah Perkuburan Islam Karak,
Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

Tugasan ini adalah sebahagian daripada beberapa tugasan yang telah pun berada dalam senarai aku sebelum ni. Cuma masa sahaja tidak mengizinkan untuk aku teruskan tugasan ni.

Kebetulan Sabtu tu 14/2, aku sebenarnya nak buat buat tugasan lain kat Jalan Ipoh, tapi dah kesiangan lah pulak, dengan keadaan matahari dah tinggi, baru pukul 8.30 pagi masa tu, tapi dah terlewat pada aku dengan subjek utama pun dah tak ada kat tempat sepatutnya, impak dari matahari pun tak berapa menarik, jadi aku batalkan ajer.

Kat rumah masih terpikir, mesti ada tugasan yang aku kena buat. Maksud tugasan ni bukanlah aku diarahkan oleh sesiapa untuk buat photoshot ni, tapi aku anggap setiap sesi foto aku sebagai tugasan.

Jadi bunyinya lebih sedap kalau sebut tugasan, barulah macam photojournalist.. Heheheee.. Belum lagi.. Jauh lagi ni.. Setiap tugasan tu aku cipta sendiri supaya aku ada modul latihan aku sendiri untuk memahirkan seni foto ni.. Opsss… OOT lah pulak.. Ni nantilah aku cerita kalau aku buat slot Motivasi…

Tiba-tiba aku teringat tugasan Penggali Kubur yang aku nak buat tu, lepas je sarapan terus menapak pi kubur, dekat jer dengan rumah pun, jalan tak sampai 10 minit..

Selepas perbincangan dengan Haji Yusuf atau lebih dikenali dengan Pak Usop dan yang lain-lain, ada 4 orang semuanya. Semuanya menolak kecuali Wak (warga Indonesia), dapat shot beberapa keping jer sebab dia terpaksa balik sebab ada kenduri.. Subjek asal aku adalah Mohammad Mandres Abdul Rahman, kawan lama dan juga salah seorang peserta yang terpilih dalam Jemputan Umrah Astro Oasis. Tapi dah berhenti dan diganti dengan Wak.

Selepas termenung kejap, aku pun pelan-pelan shot saudara Amin yang menjadi subjek aku kali ni. Mulanya dia agak keberatan, tapi bila aku jelaskan sekali lagi maksud aku ni, barulah dia benarkan. Ni pun sebahagian dari training gak ni, belajar cara nak convince orang.

Adalah dalam 2 jam jugak sesi foto tu. Akhirnya, jadilah seperti hasil diatas tu.

Enjoy…

**************************************************

Foto oleh :

Azhar A. Rahim
019-264 2844
[email protected]

Kubur atau tanah perkuburan.. Pasti ada yang merasa gerun ataupun seram sejuk mengenangkan kawasan ini apatah lagi berkerja di sini sebagai penjaga kawasan perkuburan ataupun penggali kubur.

Tapi kita sebenarnya lupa, di sinilah destinasi terakhir kita di dunia.

Penggali kubur, satu pekerjaan yang paling tidak popular bagi sesetengah masyarakat baik bangsa Melayu ataupun bangsa lain di Malaysia mungkin juga di dunia. Pekerjaan ini lazimnya di kaitkan sebagai pekerjaan untuk golongan yang gagal dalam pelajaran, pekerjaan untuk mereka yang tidak ada masa depan atau yang seangkatan dengannya.

Pekerjaan ini juga tidak menjanjikan kemewahan, glamour dan sebagainya malah kehadiran mereka juga tidak diambil perhatian oleh masyarakat kecuali setelah ada kematian. Disitulah peranan mereka bermula.

Lokasi tanah perkuburan yang terletak di pinggir Kuala Lumpur ini adalah kawasan perkuburan Islam yang terbesar di Malaysia. Mempunyai dua pintu masuk iaitu melalui Taman Selasih, Gombak yang menghadap Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dan melalui Jalan Sentul - Batu Caves.

Menurut Amin bin Ramly, 33 tahun, kakitangan perindustrian di sebuah kilang berkata, kerja-kerja sebagai penggali kubur ini dilakukan sebagai sambilan sebagai mengisi masa hujung minggu sejak setahun lalu.

Selain itu menurutnya, kerja-kerja seperti ini dianggap sebagai senaman yang boleh menyihatkan badan.

Sungguhpun tidak memperolehi pendapatan lumayan dari kerja ini, namun beliau puas kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat.

Di Tanah Perkuburan Islam Karak, Kuala Lumpur ini, hanya Haji Yusof dan seorang lagi rakannya sahaja yang bekerja tetap disini manakala beliau dan Wak hanyalah sambilan. Upah beliau di bayar mengikut jumlah lubang yang telah disiap di gali.

Menurut Amin, tugas beliau dan rakan-rakan yang lain hanya menggali lubang asas sahaja dengan keluasan dan kedalaman 6 darab 4 kaki sahaja. Manakala liang lahad akan diuruskan oleh Haji Yusof setelah mendapat pengesahan adanya kematian pada hari tersebut.

Sehingga hari ini, jumlah pengkebumian yang paling tinggi pernah dilakukan oleh rakan-rakan beliau adalah melibatkan 4 kematian dalam sehari.

Secara tak langsung keadaan ini membuatkan Amin dan rakan-rakannya sentiasa melakukan kerja-kerja penggalian secara berteruskan.

Kawasan perkuburan ini menerima kematian yang kariahnya terdiri dari penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gombak.

Selain dari kerja-kerja penggalian, beliau dan rakan-rakan juga bertanggungjawab membersihkan sekitar kawasan perkuburan dan memastikan kawasan ini bebas dari gejala-gejala yang tidak bermoral.

Amin bin Ramly, 33 tahun, Batu Caves, Selangor, Malaysia

  Be the first to like this post
Join the conversation
4
There are 4 comments , add yours!
Azhar73 12 years, 4 months ago

Thanks for enjoying my photos...

12 years, 4 months ago Edited
Michael Sakowicz 12 years, 5 months ago

I swear I thought #4 was coming out of my monitor at me. Awesome shot and set.

12 years, 5 months ago Edited
Azhar73 12 years, 5 months ago

Thank you..

12 years, 5 months ago Edited
Xabolcs 12 years, 5 months ago

You have superb photos!

12 years, 5 months ago Edited
Up
Copyright @Photoblog.com