Sulaman Hajah Rosma, Sumatera Barat..

Sulaman Hajah Rosma

Baso, Daerah Bukit Tinggi,
Sumatera Barat,
24 Februari 2009

Berita bakal menyusul..

**************************************************************

Foto oleh :

Azhar A. Rahim
019-264 2844
azhar73@gmail.com

Gunung Merapi, Sumatera Barat. Hari ini masuk hari kedua percutian aku di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh pemandu pelancong kami dari Saffira Tour iaitu Pak Edi adalah melancong ke pusat latihan sulaman milik Hajah Rosma.

Hajah Rosma, umur lewat 80an. Pemilik dan pengajar di pusat sulaman ini.

Menurut Hajah Rosma, pada hari ini beliau memiliki seramai 28 orang pekerja yang juga pelajar di pusat latihan sulaman tersebut. Pusat sulaman ini mula di buka sejak tahun 70an dan membuka peluang pekerjaan dan belajar sulaman kepada anak-anak tempatan dari sekitar Baso, Bukit Tinggi dan juga penduduk setempat.

Pada hari ini, pusat sulaman ini cukup terkenal di sekitar Sumatera, Pulau Jawa dan Malaysia. Pada hari kedatangan kami ke sini,terdapat seorang pelajar yang datang dari Kelantan. Hajah Rosma telah melatih begitu ramai anak-anak tempatan dan juga dari luar Sumatera dan sekarang ini ramai diantara mereka telah membuka pusat sulaman mereka sendiri.

Setiap pelajar yang berminat di kehendaki menyediakan yuran sebanyak Rph 15,000.00 atau bersamaan RM5000 dan kursus ini berlangsung selama 6 bulan. Disini Hajah Rosma menerapkan konsep bekerja sambil belajar.

Pada awal kedatangan pelajar-pelajar ini, ada diantara mereka yang tidak tahu langsung menggunakan mesin jahit dan kebanyakkan corak adalah rekaan dari Hajah Rosma sendiri. Dari pelajaran asas menggunakan mesin jahit, mereka dilatih sehinggalah mereka mampu membuat corak jahitan mereka sendiri.

Kemahiran kakitangan dan juga pelajar Hajah Rosma menggunakan mesin jahit dan membuat corak amat mengagumkan sesiapa sahaja yang melihat.

Dari membuat sulaman yang ringkas pada pakaian hinggalah ke ukuran yang lebih besar seperti sarung bantal, alas meja dan juga cadar.

Para pekerja dan pelajar disini mendapat seliaan dan tunjuk ajar sepenunya dari Hajah Rosma. Ini bagi memastikan hasil kerja mereka mempunyai kualiti yang baik.

Selain dari menjahit, para pelajar juga diajar selok-belok berniaga. Hasil-hasil jahitan para pelajarnya Hajah Rosma juga dijual dan ini bergantung kepada kualiti dan saiz sulaman tersebut dan hasil jualan tersebut akan kembali kepada para pelajar dan pekerjanya.. Ada diantara harga dari puluhan ringgit hinggalah ribuan ringgit.

Datuk Mangiang, anak Hajah Rosma yang juga pengurus kedai sulaman ini.

Wife aku, Mas dan anak aku, Muhammad Uzairizz yang dah kepenatan.

    Login or Signup using following options to comment Login or Signup below to comment
    Login Sign up

    There is 1 comment, add yours!

    Back to top