Kejohanan Trek Kebangsaan Sirkit 1/09 Pelapis

by Azhar73 April. 12, 2009 7735 views

Kejohanan Trek Kebangsaan Sirkit 1/09 Pelapis

9-12 April 2009
Velodrom Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.

Kejohanan trek pelapis ini adalah idea John Beasly, jurulatih trek kebangsaan yang berjaya mengilap bintang trek negara di peringkat antarabangsa iaitu Azizulhasni dan Rizal Tisin.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini bertujuan memastikan negara tidak ketandusan bakat dalam acara trek berbasikal.

Namun kelancaran kejohanan ini sering tergendala berikutan cuaca yang tidak mengizinkan sepanjang 4 hari kejohanan namun berjalan dengan sempurna hasil kerjasama pelbagai agensi.

Kejohanan pada hari terakhir juga tamat lebih awal disebabkan hujan pada tengahari tadi dan beberapa acara kegemaran peminat seperti acara keirin juga tidak dapat dijalankan.

***************************************************
Pada kejohanan ini aku sekali lagi bertemu dengan Uncle Thinna (S.Thinnakaran), sahabat baik parent aku, kawan rapat arwah abah sejak mereka masih bujang. S.Thinnakaran juga adalah bekas pelumba basikal Kedah, walaupun bukan orang kuat dalam MNCF, tapi dia cukup dikenali dikalangan pelumba veteran.

Banyak melibatkan diri dalam semua program MNCF, LTDL hari tu pun aku jumpa dia kat Medan Tuanku sama-sama shoot kat situ. Kebetulan, lagipun dah lama sangat aku tak jumpa, last kat Istana ALam Shah 2005, dia mintak tolong aku shoot masa majlis penyampaian pingat hari keputeraan DYMM Sultan Selangor, shoot VIP jer.

Dan hari ni jumpa lagi kat velodrom pulak, bersembang panjang aku dengan dia. Dia ni dah macam bapak angkat aku, layan kitorang adik-beradik macam anak-anak dia.

***************************************************

Hari ni juga, aku sempat berkenalan dengan seorang press photographer yang selama ni aku tengok hasil kerjanya dalam blog sahaja. Kebetulan gak ni, Aizuddin Saad [aizuddinsaad.wordpres.com], NSTP. Aku pernah bagitau dia nak tag-along kalau ada peluang dan hari ni aku jumpa dia.

Pagi tu ada seorang lagi dari Star (nama dia aku lupa) dan dari Utusan, Am kot kalau tak silap.

Yang bestnya, Am dan Aizuddin bagi aku soalan bonus, macam mana nak shoot basikal trek dan angle yang best. Hahahaha, aku manalah tau, tapi pada aku dorang tak susah sebab bawak telephoto zoom, mana-mana pun boleh, dan aku cuma Tokina 28-70mm 2.8 ajer, kena duduk dekat-dekat dengan line dan track.. Sadisnya..

Aku cuma dapat bagitau berkaitan taktikal race ajer, at least dapat ler bersedia untuk shoot finishing.

Aku melibatkan diri dalam cycling sejak dari 1991, lepas habis sekolah, tapi tak bagus mana pun, tapi minat dalam cycling tak pernah padam walaupun dah lama tak kayuh. Aku lebih minat dalam roadrace, tapi nak shoot road race susah contohnya LTDL haritu ler, kecuali kita dapat full acces untuk follow race tu, kalau tak tunggu tepi jalan jer lah. Walaupun dah bergiat dalam cycling sejak sekian lama, tapi nilah kali pertama aku masuk velodrom untuk tengok trck race.. Hahaha Malangnya… selebihnya tengok kat tv…

Tapi yang best hari ni, aku dapat jumpa Uncle Thinna, Aizuddin-NSTP dan Am-Utusan.

Aku harap dapat jumpa dorang lagi selepas ni dan shoot sama-sama.

*********************************************************

Foto oleh :

Azhar A Rahim
+6019 264 2844
[email protected]

Junaidi Nasir (NSC) dan Mohd Edrus Yunos dalam saingan peringkat separuh akhir. Kedua-dua pelumba ini berada dibawah bimbingan John Beasley disamping Azizul Hasni, Rizal Tisin dan Josiah Ng.

Mohd Edrus Yunos (Perak) menewaskan Junaidi Nasir (NSC) untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Mohd Hafiz Sufian (NSC) menjuarai acara sprint dengan menewaskan Mohd Edrus Yunos (PRK).

Jurulatih skuad trek Johor, Daud Ibrahim mengarahkan sesuatu kepada anak didiknya.

Juara kategori Sprint, Mohd Hafiz Sufian (23-NSC) dan Fatehah Mustafa (20-NSC).

S.Thinnakaran, jurufoto MNCF, Allsport dan jurufoto rasmi DYMM Sultan Selangor.

Hujan, keadaan yang memaksa kejohanan ini terpaksa dihentikan lebih awal sekalipun terdapat beberapa acara akhir belum dijalankan.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com