Weekly Theme "Prime Lens" | Relaunch (Announcement), Help, Feedback.

Pancing Tilapia

UNTUK MAKLUMAN.

Salam, saya ada menerima banyak pertanyaan melalui SMS, email dan telefon berkaitan jaring tilapia tersebut. Untuk makluman, saya tidak menjual jaring tersebut dan mengenali En Radzi hanya secara kebetulan. Saya seorang jurufoto yang singgah ditempat tersebut kerana terlihat keunikan cara pancingan tilapia menggunakan jaring. Saya juga tidak menyimpan no telefon beliau.

Sekian, terima kasih.

Pancing Tilapia

Ahad, 19 April 2009
Taman Tasik Kelana Jaya
Selangor, Malaysia

Radzi Abdullah, 46 tahun, bapa kepada 3 orang anak ini menjadikan aktiviti memancing di Tasik Kelana Jaya sebagai aktiviti hujung minggu bersama anak-anaknya. Pemilik syarikat penghantaran ini pernah memperolehi sehingga 50 kilogram ikan tilapia dari tasik ini pada satu-satu masa. Menurut beliau, aktiviti memancing di Tasik Kelana Jaya ini hanya dibenarkan pada hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad sahaja dan dan kepada yang berminat perlu mendapatkan lesen yang boleh diperolehi dari kelab sukan MPPJ dengan bayaran RM15 untuk tempoh satu bulan. Hasil yang diperolehi beliau akan dijual dipasar-pasar tertentu dan juga untuk kegunaan sendiri bergantung kepada jumlah tangkapan.

Menurut En. Radzi, yang menariknya memancing di Tasik Kelana Jaya ini adalah para pemancing tidak memerlukan mata kail dan umpan sebagaimana lazimnya kita memancing ikan. Cukup sekadar satu set pancing dan jala kecil sepanjang 5 kaki yang diperbuat daripada tali tangsi dan dipasang pada tali pancing. Jala ini akan menebar apabila berada didalam air. Menurut En. Radzi lagi, ikan tilapia gemar menyodok-nyodok pasir dan apabila jala tersebut berada didalam air, jala dari tali tangsi ini akan bersinar seakan-akan pasir dan menarik perhatian ikan-ikan tilapia untuk menyodok ke arah jala tersebut lalu tersangkut pada jala.

**************************************************

Foto oleh :

Azhar A Rahim
+6019 264 2844
[email protected]

En. Radzi Abdullah, 46 tahun.

Seorang pengusaha perniagaan perkongsian dalam bidang penghantaran yang menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi yang menguntungkan.

Teknik memancing menggunakan jaring kecil yang berjaya menaikkan ikan tilapia. Teknik ini hanya baru sahaja digunakan oleh pemancing-pemancing di Tasik Kelana Jaya sejak dua tahun lepas dan amat berkesan berbanding mata kail dan umpan.

Ini disebabkan tabiat ikan tilapia yang gemar menyodok pasir.

Ikan tilapia yang berjaya dipancing.

Sekumpulan pemuda berketurunan India yang turut sama memancing di Tasik Kelana Jaya. Mereka juga seperti En. Radzi yang menjadikan memancing di sini sebagai aktiviti hujung minggu.

Hasil yang diperolehi, kadang kala 2 ekor ikan tilapia tersangkut di jaring sekali gus dalam satu-satu masa.

Para pemuda ini hanya memancing sekadar untuk mendapatkan lauk untuk santapan tengahari mereka.

Inilah jaring yang digunakan oleh pemancing-pemancing di sini.

Izzat bin Radzi, salah seorang anak En. Radzi Abdullah yang kerap mengikuti beliau memancing di sini bersama hasil tangkapan selama dua jam memancing disini.

Selain dari memancing, En. Radzi juga bertindak membekal jaring untuk para pemancing disini. Menurut beliau, asalnya pemancing disini menggunakan jaring yang agak pendek sepanjang 3 kaki. Tapi beliau berjaya mememui pembuat jaring yang dapat membuat jaring yang lebih besar sepanjang 5 kaki dan jaring inilah yang dibekalkan kepada pemancing lain.

Aktiviti memancing En. Radzi tidak sahaja terhad di tasik ini, tapi beliau juga aktif memancing di laut dan memiliki beberapa buah bot untuk tujuan tersebut.

Join the conversation!
    Login or Signup using following options to comment Login or Signup below to comment
    Login Sign up

    Be the first one to comment on this post!