Recce Kemensah - Janda Baik, 1

by Azhar73 May. 16, 2009 25322 views

Recce Kemensah - Janda Baik, 1

PROGRAM REECE MERENTAS KEMENSAH, HULU KELANG KE JANDA BAIK, PAHANG
16 - 17 MEI 2009


Sepasukan anggota UKJ HK telah berjaya melaksanakan satu XPDC Reece Kemensah - Janda BaikPahang. Perjalanan yang bermula dari Perkampungan Orang Asli Kemensah, Hulu Kelang dan berakhir di Kampung Cheringin, Janda Baik, Pahang yang mengambil masa dua hari satu malam.

Kontingen UKJ yang diketuai sendiri oleh Ketua UKJ, Sdr Habib bersama empat lagi ahli UKJHulu Kelang,sdr Zaharin, Sdr Muslim, Sdr Azhar dan Sdr Hashim. Ianya juga disertai oleh AJK DPP Kawasan Gombak, sdr Taufik.

Untuk memandu arah, XPDC ini di bantu oleh Tok Batin Orang asli Kemensah, Tok Ibak dan anaknya sdr Wahid

Kronologi Perjalanan
16 Mei 2009 - sabtu
9am - berkumpul di MTD Hulu Kelang, sesi sarapan, taklimat dan pengagihan barang bekalan
930am - tiba di Perkampungan Orang Asli Kemensah
10am - mula bergerak memasuki kawasan hutan simpan Kemensah
1230pm - tiba di Check Point 1, Lubuk Tedung: berhenti makan tengah hari dan solat
2pm - mula meneruskan perjalanan
5pm - Tiba di Check Point 2, Kem Hujan: persiapan utk bermalam

17 Mei 2009 - ahad
9am - mula bergerak meninggalkan Kem Hujan
12pm - tiba di kawasan sempadan Selangor - Pahang
1pm - tiba di Check Point 3, kem Air Pahang: makan t/hari dan solat
4pm - sampai di Last Point, pemebersihan diri dan persiapan utk pulang
5pm - Van sampai, mula bergerak pulang ke MTD HK
6pm - tiba di MTD HK, bersurai

Recce atau survey ini diadakan bagi program kembara yang akan dijalankan pada Julai 2009 anjuran Pej. ADUN Hulu Kelang.

****************************************************

Maaf di atas kelewatan entry, letih lerr.. A magnificent comeback from me after 6 year I'm hanging my rucksack.
Very tough trail but very-very enjoy the nature.

********************************************************

Foto oleh :

Azhar A Rahim
+6019 264 2844
[email protected]

Bacaan doa oleh AJK DPP Kawasan Gombak, Saudara Taufik.

Sedikit perbincangan dan taklimat sebelum memulakan perjalanan.

Sdr. Zaharin (baju hitam) dan Sdr. Habib, gandingan lama dan baru, kali terakhir Zaharin melalui trek tersebut kira-kira 11 tahun lalu, 1998.

Stop yang pertama, baru 30 minit perjalanan, kami gelarkan tempat ni sebagai Bukit Babi Kurus, tak tinggi lebih kurang 15 meter jer tetapi mencanak.

Salah seorang kawan lama aku dari team yang sama Mesra Alam Trekker selain Zaharin, Sdr Hashim, kami semua dah lama slow down, 6 tahun gantung beg, tapi hari ni kami join balik trip ni.

Dah makin kurang penggiat-penggiat aktiviti rekreasi luar yang menjalan aktiviti perkhemahan dikawasan ini, laluan ini kini lebih popular dikalangan peminat sukan motorcross.

Tinggi tu, Bukit Prima, Zaharin tengah psycho aku, beg berat giler ler, kamera lagi..

Perhentian pertama, kem Lubuk Tedung dan kami berhenti disini kira-kira jam 12.30 tengahari, kami berhenti untuk memasak juadah tengahari dan solat. Sdr Muslim sedang membantu kerja-kerja memasak.

Zaharin dengan dapurnya, sedang masak nasi.

Tok Batin Ibak @ Arshad (topi oren) dan anaknya Wahid, selaku jurupandu arah kami. Sangat peramah orangnya dan mempunyai pengalaman luas dikawasan ini.

Sdr Muslin, sedang masak sayur, dia ni macam mana pun kena paksa jugak supaya buat tugasan masak-memasak ni, sebab kuat makan, tengok ler badannya.

Tapi kalau dia makan nasi, selalunya satu pinggan tak habis. Pelikkan.. Yelah, nasinya tentulah habis, pinggan memanglah tak habis, takkan nak makan pinggan pulak.

Selepas, hampir setengah jam memasak, sesi menjamu selera pulak. Best betul, dah lama tak buat kerja macam ni.

Aku ni kalau dah masak dengan badan pulak penat, selera memang out ler.. Ni jelah kerja aku..

Jam 2.30 petang, kami meneruskan perjalanan meninggalkan kem Lubuk Tedung. Kami akan meneruskan perjalan sebelum berhenti jam 5.30 petang. Perhentian untuk bermalam belum ditentukan lagi. Cukup masa kami berhenti.

Hutan-hutan dikawasan ini masih cantik dan belum terusik oleh pembangunan disebabkan telah digazetkan sebagai hutan simpan kekal derah Hulu Langat dan menjadi kawasan tadahan air Empangan Hulu Kelang.

Disepanjang perjalanan, masih boleh ditemui pokok-pokok balak yang amat besar.

Aku ingatkan kat Taman Negara Pahang jer ada pokok saiz macam ni.

Laluan yang cantik dan bersih, macam Taman Negara. Meskipun laluan Kemensah-Janda Baik ini tidak berapa jauh dari pusat Bandar Kuala Lumpur, tapi laluan ini tidak berapa popular dikalangan penggiat rekreasi luar.

Penggiat rekreasi luar kebanyakkannya lebih berminat untuk mendaki gunung-gunung yang tinggi-tinggi sahaja mungkin disebabkan faktor suasana atau permandangan yang menarik berbanding laluan Kemensah - Janda Baik.

Tapi bagi aku, tinggi atau rendah, mencabar atau tidak, hutan adalah tempat yang cukup indah dan mendamaikan. Aku tetap enjoy walau kemanapun aku pergi.

Laluan ini banyak memaksa kami melintas sungai, jadi lupakan jelah kalau asyik nak bukak dan pakai kasut bila jumpa sungai, redah jerlah..

Kem Hujan, bukan nama rasmi, tapi kami bina kawasan perkhemahan ini dalam hujan lebat dan kebetulan jam dah menunjukkan pukul 5 petang, awal 30 minit dari perancangan asal. Tapi memandangkan ramai antara kami yang dah penat, keadaan pun gelap, jadi kami berhenti disini untuk perjalanan hari pertama.

Untuk menyiapkan kawasan perkhemahan memang tiada masalah sebab laluan kami kebanyakkan menyusuri tepi sungai, jadi di mana dirasakan sesuai, disitulah tempat perkhemahan.

Aku tak dapatlah nak ambik gambar masa menyiapkan tapak khemah ni sebab hujan lebat sangat, tak boleh nak shoot.

Sedang menyediakan juadah makan malam, baru jam 6.30 petang tapi macam dah 7.30 malam, gelap. Kira awal ler ni makan malam sebab dah berhenti perjalanan awal.

Bersepah sikit kat dalam khemah ni, kira cukup ler pada aku untuk buat kerja masak-masak ni dan untuk makan malam, asal boleh berteduh dari hujan kira okeh ler tu. Nak tidur nanti baru pasang ground sheet yang cantik sikit.

Tapi best, flysheet untuk 20 orang hanya dihuni oleh 6 orang, luas giler. Tok Ibak dan Wahid buat pondok sendiri, cun giler. Tidur nanti tinggal 4 orang jer sebab aku ngan Hashim plan nak gantung hammock (buaian) double decker. Best nyer..

Habib dan Zaharin sedang goreng tempe dan kami pulak tukang perabih tempe sebelum sempat makan malam. Hehehe…Lapar ler…

Zaharin dan Hashim sedang masak Gulai Ikan Masin dan Nenas Masak Lemak. Langsung tak pedas, jangan marah, dah korang bagi aku set menu, so cili-cili takder ler.. Aku phobia sikit cili-cili ni kalau pergi outing takut sakit perut.

Sajer shoot scene ni dengan available light. Slow shutter. Mula-mula shoot safety photo dengan flash macam kat atas tu untuk rekodkan gambar dorang, pastu baru aku main-main macam ni.

Kalau orang yang paham dengan gambar yang macam ni takper ler.. Kalau tak susah, nanti rosakkan gambar orang pulak.

Cukup sekadar ISO 800 jer, itu jer yang termampu oleh EOS 10D, lebih-lebih nanti, noise tinggi sangat.

Dah pagi, tengah sarapan.. Jam kira-kira pukul 9.00 pagi, hari kedua.

Habib dan Muslim sedang lipat ground sheet dan membersihkan kawasan perkhemahan.

Inilah rupa pondok sehari Tok Batin Ibak dan Wahid, memang cantik, kagum betul aku dengan dorang. Untuk makluman, bukan kitorang tak ajak join flysheet yang lebih selesa tu, tapi mereka lebih suka bagini sebab boleh berunggun api.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com