Recce Kemensah - Janda Baik, 2

by Azhar73 May. 17, 2009 12064 views

Recce Kemensah - Janda Baik, 2

16 & 17 May 2009
Kg. Kemensah, Selangor ke Janda Baik, Pahang.
2 hari 1 malam.

Berita penuh bakal menyusul.

Recce atau survey ini diadakan bagi program kembara yang akan dijalankan pada Julai 2009 anjuran Pej. ADUN Hulu Kelang.

8 orang telah terlibat termasuk 2 orang jurupandu arah orang asli yang di ketuai oleh Tok Batin Ibak @ Arshad dan anak buahnya Wahid manakala kami dari UKJ Hulu Kelang terdiri dari Sdr Habib, Sdr Muslim, Sdr Zaharin, Sdr Hashim, Sdr Taufik dan aku.

Maaf di atas kelewatan entry, letih lerr.. A magnificent comeback from me after 6 year I'm hanging my rucksack.
Very tough trail but very-very enjoy the nature.

********************************************************

Foto oleh :

Azhar A Rahim
+6019 264 2844
[email protected]

Berkemas dan bersedia untuk memulakan perjalanan hari kedua.

Antara pokok balak bersaiz mega yang ditemui, besar betul pangkal pokok balak ni.

Jam 11.00 pagi, perhentian laluan landai sebelum mendaki ke permatang Kereta Kuda. Ini adalah pendakian yang paling sukar sebelum tiba di permatang sempadan Selangor-Pahang.

Mendaki ke permatang kereta kuda. Sukarnya mendaki seperti mendaki gunung Nuang laluan antara Istana Pacat ke Puncak Senyum @ Kasih. Memang mencabar. Pada anggaran aku ketinggian laluan ini cuma 200 meter sahaja.

Di penghujung rintis ini adalah kawasan rimbunan buluh yang agak luas. Inilah kawasan paling sukar untuk ditempuhi. Kawasan yang penuh dengan daun buluh kering dan tanah yang licin. Sekiranya tiada tempat berpaut, dah tentu akan mengelongsor ke bawah semula. Daun buluh kering kalau dah terlalu banyak juga sangat licin dan ditambah pula dalam keadaan basah.

Kami paling banyak buat masa di kawasan ini. Di puncak rimbunan inilah terletak permatang kereta kuda.

Menurut Tok Ibak, permatang tersebut diberi nama dengan permatang kereta kuda disebabkan laluan yang rata seolah-olah laluan kenderaan yang dipercayai kereta kuda kira-kira ratusan tahun dahulu.

Menyusuri permatang kereta kuda, tak berapa nampak sebab semak tebal tetapi melalui rintis ini cukup melegakan sebab laluannya yang landai. Dari sini cuma setengah jam sahaja untuk tiba di sempadan Selangor-Pahang.

Akhir jam 12.30 tengahari, kami tiba di sempadan Selangor-Pahang. Untuk tiba disini, kami hanya melalui satu laluan landai dan pendakian kecil kira-kira 10 minit dari permatang kereta kuda.

Penanda kawasan hutan simpan kekal Janda Baik yang telah reput dan terjatuh.

Batu sempadan Selangor-Pahang.

Dari batu sempadan tersebut, perjalanan turun ke kampung Ceringging Janda Baik amatlah mudah kerana kami hanya perlu menyusuri laluan kenderaan pacuan empat roda. Laluan tersebut telah lama ditinggalkan dan agak bersemak. Dijangkakan perjalanan turun ini mengambil masa 4 jam.

Berhenti makan tengahari dan bersolat di kem Air Pahang.

Menyusuri kawasan kebun sayur yang telah ditinggalkan.

Tok Batin Ibak @ Arshad.

Meskipun telah turun ke kawasan daerah Janda Baik, tetapi masih banyak laluan yang memaksa kami melintas sungai.

Sememangnya ekspedisi ini memang kaya dan murah dengan air, sepanjang perjalanan dari Kemensah ke Janda Baik, kami lebih banyak melalui tepi sungai. Dari sungai besar hinggalah ke aliran air kecil dipuncak gunung dan kembali menemui jeram dan air terjun di Janda Baik. Paling lama perjalanan kami tidak menemui air adalah kira-kira 1 jam sahaja.

Jam 4.30 petang, akhirnya kami tiba di penghujung rintis perjalanan Kemensah - Janda Baik iaitu sebuah kolam ikan di satu tanah milik persendirian Kg. Ceringging, Janda Baik, Pahang.

Selepas 10 tahun, telah ada pembangunan di kawasan ini. Menurut Zaharin, 10 tahun dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah kebun sayur, tapi kini adalah tanah milik persendirian yang terdiri dari kebun buah-buahan dan rumah rehat.

Perkara pertama yang kami buat, letak beg, tanggal kasut dan baring kat sini. Nikmatnya… Best..

Hashim dan Wahid, dalam perjalanan keluar dari kawasan rumah rehat milik persendirian ini untuk menuju ke van yang telah menunggu kami.

Salah seorang jemaah UKJ yang sudi menjemput kami di Kg. Ceringging, Janda Baik, Pahang. Best betul, keluar jer hutan dah ada orang tunggu.

Perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Satu ekspedisi yang cukup mencabar bagi aku, walaupun satu ketika dulu, laluan seperti ini adalah sesuatu yang biasa. Secara peribadi, laluan ini tidaklah sesukar mana, tapi bagi aku yang telah 6 tahun gantung beg, langsung tak pernah bersukan selama 6 tahun itu, dan berat pun dah naik, memang menyeksakan tapi cukup-cukup enjoy.

I'm back… Mission accomplish.. Standby next mission on July.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com