Selamat Hari Lahir Muhammad Uzairizz, 2 tahun..

by Azhar73 May. 24, 2009 4833 views

Selamat Hari Lahir Muhammad Uzairizz Azhar, 2 tahun..

9 May 2009, Sabtu..
Taman Batu Muda, Batu Caves,
Selangor, Malaysia.

Pada tarikh 9 May 2009, anak aku, Muhammad Uzairizz telah menyambut hari lahirnya yang ke 2 tahun. Kami tak buat majlis apa-apa pun, cukup sekadar beli kek untuk Muhammad Uzairizz dan kami sambut sekadar kami sekeluarga sahaja.

Muhammad Uzairizz pun dah makin cerdik dan lasak, biasalah, budak lelaki. Seronok aku tengok dia layan kek hari lahirnya, dia dah tahu apa nak buat dengan kek tu.

Asalnya nak sambut malam Ahad tu dan kebetulan pulak Dik Ja datang, kami pun pergi beli pizza kat Domino dan kek kat King Confectionary di Giant Batu Caves. Entah macam mana tengah order pizza dan aku pulak time tu tengah dukung Uzairizz yang dah gelisah macam boring pun ada dan mengantuk pun yer jugak. Sudahnya, Uzairizz tido dalam dakapan aku.

Tidor ler Uzairizz sampai rumah dan tak jadi ler potong kek malam tu. Tapi kami potong jugak sebab nak bagi kat Adam, dik Ja tak tidor Batu Muda hari tu.

Jadi, esoknya hari Ahad tu, kami jerlah anak-beranak, mak dan dik Lon dan juga Rani yang sambut. Potong kek jer lah.

Soriler, lama jugak aku simpan gambar ni dari hari tu. Gambar banyak yang okeh, nak pilih masuk dalam blog ni yang sikit pening tu, tapi gambar lebih kurang sama jer.

So, enjoyler.. Selamat Hari Lahir Muhammad Uzairizz Azhar yang ke 2 tahun dari Papa dan Mama.. Love you so much.

******************************************************

Foto oleh :

Azhar A Rahim
+6019 264 2844
[email protected]

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com