Selangor FC Road Tour, 1

by Azhar73 July. 11, 2009 5748 views

Selangor FC Road Tour, 1

11, Julai 2009
Padang MPAJ AU2,
Taman Sri Keramat, Hulu Kelang,
Selangor, Malaysia.

Sejajar usaha menarik lebih sokongan Selangor melaksanakan pendekatan baru dengan mendekati peminat mereka di seluruh negeri sambil mengadakan majlis ramah mesra bersama pemain.

Menerusi pendekatan itu, pengurusan Merah Kuning membawa skuad menjelajah ke seluruh daerah dan kawasan Parlimen negeri itu bagi memperkenalkan barisan pemain sambil mengadakan aktiviti yang boleh memupuk minat dan kecintaan terhadap pasukan itu.

Usaha mendekati peminat bukan saja dilihat sebagai langkah berkesan untuk menarik kehadiran penonton menyaksikan perlawanan skuad Merah Kuning tetapi yang lebih penting ialah tanda penghargaan terhadap sokongan mereka kepada skuad itu.

Biarpun sibuk dengan jadual latihan dan perlawanan yang ketat, skuad merah kuning tetap berusaha untuk menemui peminat di seluruh negeri. Langkah ini bukan saja menunjukkan penghargaan kepada mereka atas sokongan yang diberikan tetapi juga diharap mampu menarik lebih ramai ke stadium memberi sokongan setiap kali Selangor beraksi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, YB Tuan Haji Saari Sungib, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dato, Abdul Mokhtar Ahmad, Pengurus Pasukan, Zakaria Abdul Rahim, Ketua Jurulatih, K. Devan dan pemain skuad Merah Kuning.

Sempena kunjungan itu pengurusan skuad Selangor juga menghadiahkan tiket percuma kepada YB Adun Hulu Kelang, Tn. Hj. Saari Sungib untuk menyaksikan perlawanan antara Selangor menentang Persib Bandung dari Indonesia di Stadium Shah Alam pada 31 Julai 2009.

Dalam kunjungan ke Hulu Kelang, turut diadakan klinik bolasepak untuk kanak-kanak sekolah dan remaja di bawah bimbingan K. Devan dan para pemain.

Keseluruhan foto di : Page 1 [photoblog.com], Page 2 [photoblog.com]

*******************************

Foto oleh :

Azhar A Rahim
+6019 264 2844
[email protected]

Feel free to visit my Fotofolio at : http://azhararahim.wordpress.com [azhararahim.wordpress.com]

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com