Cuti-cuti Perth, Australia 17-22 Mar 2018

by Mohdshafie Muhamad March. 27, 2018 17027 views
KLIA2

KLIA2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekian lama tak update blog dan selama itu lah juga kamera tersimpan dalam beg. Namun, kalini aku gagahkan jugak nak update trip percutian aku ke Perth, Australia pada 17-22hb March yang lalu.

Trip ni dirancang oleh bini aku kononnya untuk hadiah surprise sempena sambutan hari lahir pada tahun lepas. Agak teruja tapi dalam masa yang sama risau jugak status pelepasan ke luar negara memandangkan aku ada kaitan dengan PTPTN :)

Bagi korang yang memang pinjam duit PTPTN tu, rajin-rajinlaa semak nama korang kat web PTPTN. Aku hari-hari semak sampailaa masa setengah jam sebelum masuk kawasan balai berlepas pun aku masih buat semakan. Alhamdulillah, lepasssss.

Peta Dunia kami..untuk tanda mana negara yang nak kami lawati

Peta Dunia kami..untuk tanda mana negara yang nak kami lawati

Persiapan demi persiapan dimulakan dengan memperbaharui passport kami sekeluarga pada Dec 2017. Ini diikuti oleh bacaan dari blog berkenaan dengan trip ke Perth. Ini adalah kali pertama kami akan terbang keluar Malaysia jadi persiapan rapi amat penting dalam segala hal.

Untuk trip ini, kami menggunakan khidmat Agen Perlancongan Ayden Averroes Travel sebagai agen di Malaysia sementara Valentino Holidays adalah agen yang menguruskan trip ke tempat-tempat menarik di Perth. Bagusnya kita guna trip bersama Ayden Averroes Travel ni kita boleh plan trip kita dan bayar deposit dahulu. Kemudian kita boleh bayar bulanan sehinggalah selesai segala kos trip kita tu. Tapi pastikan sebulan sebelum tarikh penerbangan kita sudah selesaikan semua pembayaran! Kalau tidak, terlepaslaa trip :)

Antara persiapan yang kami buat adalah dari segi pemakanan. Kami sedia maklum Perth secara khusunya adalah bukan kawasan mesra Muslim. Namun, tidak bermakna kita tidak boleh mengembara ke sana. Kami memilih untuk membawa bekalan makanan secukupnya untuk ke Perth. Antaranya produk makanan segera seperti Brahim's, Roti Gardenia, Sardin, dan juga mee segera untuk bekalan selama 5 hari. Bukan sahaja berkenaan makanan halal, bahkan ia juga bersangkutan dengan nilai matawang antara kedua negara. Ketika kami di sana, nilai matawang RM1 = AUD3.12, jadi haruslah berjimat cermat :)

Cuma anda boleh bertenang kerana terdapat kedai Muslim terutama masakan Malaysia di sana!

kad deklarasi sebelum mendarat di Perth

kad deklarasi sebelum mendarat di Perth

Pastikan segala makanan serta ubatan yang kita bawa diisytihar sebelum mendarat. Sebagai persiapan, kami membuat siap segala pergrakan trip, nama agensi perlancongan, nama ketua trip di dalam plan perjalanan kami. Ini termasuklah senarai bahan makanan dan ubatan yang kita bawa. Buat dalam satu kertas kerja/initiary plan dan print out siap-siap. Aku lebih suka buat begini walaupun bercuti menggunakan agensi perlancongan. Sekurang-kurangnya kita dah belajar dahulu apa yang kita akan lakukan di sana nanti.

Korang boleh rujuk DI SINI untuk senarai barangan yang dibenar/diharamkan untuk masuk ke Australia.

Sebelum mendarat, pramugari akan memberikan kita kad deklarasi kemasukan yang akan kita isi. Jika tidak pasti tentang barangan yang kita bawa dibenarkan ataupun tidak, tandakan sahaja pada YES dan kita akan di bawa ke seksyen tertentu untuk pemeriksaan termasuklah bahagian makanan, polis dan juga kastam. Harap bertenang kerana pegawai mereka sangat mesra dan jika kita menerangkan dengan jelas, mereka akan lepaskan kita untuk keluar dari lapangan terbang.

Dalam penerbangan kami, ada 2 orang ahli kumpulan telah di tahan oleh pihak keselamatan dan disoal siasat. Ini adalah prosedur normal bagi pihak keselamatan Australia untuk memanggil secara rawak setiap penumpang penerbangan. Ini juga untuk memastikan tidak ada yang akan bekerja secara haram di Australia nanti. Jika korang terkena, jawab dengan tenang tujuan lawatan, siapa agen perlancongan Malaysia dan Australia untuk trip itu, siapa ketua kumpulan (tour guide) dsb. Sebabtu penting printed initiary untuk memudahkan kita yang tak berapa fasih cakap omputih...

Jadi, setelah segala persiapan dibuat, pada 17hb Mar kami bertolakah ke KLIA2 untuk berkumpul dengan ahli kumpulan dan pernerbangan bermula pada jam 1230 tgh malam

Sekian dulu untuk kali ini..akan disambung pada entry seterusnya..

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com