Cuti-cuti Perth, Australia 17-22 Mac 2018 Bhg2

by Mohdshafie Muhamad March. 28, 2018 3712 views

Kami bertolak dari Johor ke KLIA2 pada lebih kurang jam 1200hrs dan tiba di sana pada jam 1830hrs. Syukur sebab trafik agak lancar walaupun hujan lebat setibanya kami ni kawasan Nilai. Takut jugak jalan sesak terutama waktu cuti sekolah dah bermula.

Kami parking di KLIA2 bahagian B dan menuju di tempat perkumpulan yang dijanjikan iaitu pada 2000hrs berhadapan pintu masuk balai berlepas. Jam 2100hrs, wakil agen dari Ayden Averroes menguruskan kemasukan bagasi kami dan seterusnya kami hanya menunggu waktu penerbangan jam 0005hrs.

Penerbangan ke Perth memakan masa selama lebih kurang 5 jam dengan Air Asia X. Kami tiba di Perth pada lebih kurang jam 0512hrs dengan suhu sekitar 12 darjah celcius. Memang sejuk sekali dan sangat nyamannnnn :)

Setelah melepasi pemeriksaan keselamatan lapangan terbang Perth, kami disambut oleh wakil dari pihak syarikat travel untuk membawa kami ke tempat penginapan sepanjang trip ini.

Untuk makluman, pemandu kami sepanjang kami berada di Perth ialah Andy, local guide selaku pemandu dari i.

Suasana mengantuk tapi teruja di dalam bas..

Suasana mengantuk tapi teruja di dalam bas..

Seperti yang diceritakan pada entry lepas berkenaan pemeriksaan keselamatan oleh pihak Australia, aku harap korang dapat paham serba sedikit berkenaan undang-undang di sana. Patuhi segala arahan dan beri kerjasama sepenuhnya. Korang boleh tunjukkan slip deklarasi barangan yang korang buat sendiri tu kepada pegawai pemeriksa.

Pemeriksaan terakhir sebelum check-out airport adalah melalui unit anjing pengesan. Korang akan disusun dalam satu barisan dan akan ada anjing pengesan yang akan berjalan mengelilingi barisan. Tujuannya adalah untuk mengesan sebarang bahan terlarang di dalam bagasi korang.

Dalam trip kami, ada satu keluarga terpaksa membuka beg disebabkan anjing pengesan menghidu bau makanan yang telah siap dimasak di dalam bagasi. Mereka dilepaskan setelah penjelasan penuh diberi kepada pegawai bertugas. Puncanya adalah hanya membawa makanan flight di dalam bagasi disebabkan anak mereka tak sempat habiskan makanan akibat mengantuk.

pemandangan tasik swan

pemandangan tasik swan

Dalam ahli rombongan kami, terdapat 2 orang telah ditahan buat sementara oleh pihak keselamatan. Oleh kerana pemandu bas kami tidak boleh menunggu lebih lama lagi, kami dibawa terus ke apartment kami di Hay Street. Hanya wakil agen sahaja yang tinggal untuk menunggu siasatan 2 orang ahli tadi selesai.

Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan sekitar tasik swan. Kelihatan warga Perth tak kira tua atau muda melakukan aktiviti riadah dan bersenam di sepanjang tasik ini.

Kami tiba dengan selamat di Starwest Apartment Alderney on Hay

Kami tiba dengan selamat di Starwest Apartment Alderney on Hay

Dalam setengah jam, lebih kurang 0730hrs kami tiba di pintu masuk apartment kami Starwest Apartment Alderney on Hay beralamat di 193, Hay street, East Perth. Malangnya, pintu lobi masih belom dibuka kerana waktu urusan hanya bermula pada jam 0800hrs.

Di situ kami terpaksa menunggu sehingga pintu dibuka untuk menyimpan bagasi kami sementara menunggu waktu check in pada 14oohrs. Alamak..lama lagi tuu nak menunggu.

Apa yang kami buat sementara menunggu tu? Tunggu episod seterusnya..Wassalam

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com