Cuti-cuti Perth, Australia Bhg 3

by Mohdshafie Muhamad March. 31, 2018 4390 views
Pemandangan menuju ke tempat menunggu bas. Depan tu ada juga kedai makan halal

Pemandangan menuju ke tempat menunggu bas. Depan tu ada juga kedai makan halal

Setelah pintu lobi dibuka, kami pun masuk ke dalam disebabkan keadaan sejuk di luar. Masing-masing masih rasa mengantuk dan kepenatan. Kami mencari sudut yang sesuai untuk melepaskan kepenatan sementara menunggu semua ahli sudah lengkap.

2 ahli yang tertinggal di airport tadi tiba tak lama selepas itu. Kemudian wakil agen bertemu dengan pengurus apartment untuk menguruskan penyimpanan sementara bagasi kami yang sarat dengan barang itu di stor simpanan.

Kemudian, kami dicadangkan agar bergerak menuju ke satu restoran Malaysia untuk bersarapan sementara menunggu waktu untuk check in apartment.

setiap jalan di Perth ada stesen kecil seperti ini dengan kekerapan 5-10 minit ketibaan bas

setiap jalan di Perth ada stesen kecil seperti ini dengan kekerapan 5-10 minit ketibaan bas

Kami ditunjukkan cara bagaimana untuk bergerak dengan menggunakan pengangkutan awam di Perth ataupun lebih dikenali sebagai CAT Bus. Perkhidmatan CAT ini adalah percuma untuk kegunaan perjalanan di sekitar Perth mengikut laluan tertentu.

CAT Bus ini ada 4 warna mengikut laluan yang berlainan. Ada juga stesen yang selari untuk pengguna menukar laluan. 4 warna tersebut adalah Red CAT, Yellow/Orange CAT, Blue CAT dan Green CAT. Paling menarik adalah semua perkhidmatan ini adalah percuma!!. Paling bagus jika korang ambil map bus ni kat apartment/hotel korang menetap sebelum memulakan perjalanan.

Pengamatan aku sepanjang kat Perth ni adalah sistem pengangkutan awam yang sangat efficien. Lebih-lebih lagi ianya PERCUMA untk semua pengguna tak kira korang local citizen ataupun bukan. Ia memang memudahkan pergerakan kerana setiap perhentian mini jaraknya adalah lebih kurang 100-150 meter sahaja. Kalau tertinggal bas sekalipun, masih ada bas yang lain untuk dinaiki.

suasana di dalam Insan's cafe yang dimiliki oleh anak Malaysia. Mengantuk wehh

suasana di dalam Insan's cafe yang dimiliki oleh anak Malaysia. Mengantuk wehh

Kami menaiki RED CAT Bus menuju ke kawasan pusat perniagaan yang masih lagi ditutup. Kebanyakan premis kat Perth ni di buka pada jam 1030hrs dan ditutup sekitar 2100hrs. Wakil agen membawa kami ke sebuah restoran Malaysia yang beroperasi di situ.

Rupa-rupanya wakil agen itu yang dikenali sebagai Pali adalah pengusaha restoran tersebut! Beliau sanggup membuka pintu restorannya untuk kami walaupun waktu perniagaan belum bermula. Insan's Cafe adalah salah satu restoran halal yang aku survey sebelum flight ke Perth.

Kami order sepinggan nasi goreng kampung (kampung lebih??) dan juga mee goreng mamak. Insan's cafe ini menawarkan masakan ala Malaysia sepenuhnya termasuklaa western jugak.

Boleh juga duduk di luar menikmati susasana jalanan di Perth. Memang agak lengang dengan kenderaan jadi kuranglah pencemaran asap kenderaan kat sini.

nasi goreng kampung ala Perth..orang yang memang kena makan nasi wajib pergi kedai nih :)

nasi goreng kampung ala Perth..orang yang memang kena makan nasi wajib pergi kedai nih :)

Rasa masih sedap tapi janganlah korang sibuk nak bandingkan dengan rasa nasik goreng yang mak korang masak. Memanglah tak sama. Tapi memang kami hargailah Pali punya usaha nak puaskan hati kami semua. Dia masak sendiri tu kat dapur sambil dibantu oleh tukang masak bertugas.

Satu perkara yang kami perlu buat masa awal ketibaan adalah untuk membeli SIM card di Perth. Masa tiba kat airport tu kami dah pergi ke kedai Vodafone untuk membeli SIM card yang berharga AUD15 untuk kegunaan internet sewaktu di Perth. Pali cadangkan kami beli di bandar saja sebab kekangan masa bahkan harganya sama dan memang kami akan berada di kawasan bandar juga nanti.

Seni bangunan yang unik..korang boleh tanya staff kat kaunter informasi event yang ada kat kawasan sekitar Perth

Seni bangunan yang unik..korang boleh tanya staff kat kaunter informasi event yang ada kat kawasan sekitar Perth

Selesai sarapan, kami menuju ke kawasan sekitar untuk berjalan-jalan sehingga jam 1330hrs sebelum berkumpul semula di Insan's cafe. Untuk pengetahuan korang, Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan sebelum bergerak ke Perth. Kami adalah kumpulan 1 yang bergerak awal (flight awal pagi) dengan Air Asia manakala kumpulan kedua bergerak pada jam 0700hrs dengan SCOOT dan transit di Changi Airport sebelum dijangka tiba 2230hrs malam nanti. Tour Guide kami, Raziff juga berada dalam kumpulan kedua. Jadi, untuk kumpulan kami, Pali adalah wakil yang melayani kami sementara kami menunggu keseluruhan ahli bersatu malam ini.

Disebabkan masa masih panjang, inilah waktu lapang (free and easy) untuk kita explore bandar Perth. Bagi yang suka jalan kaki memang tak ada masalah..korang jelajahlaa setiap pelusuk bangunan untuk tengok keunikan Perth. Bagi yang sakit kaki atau jenis yang suka memerhati keindahan sekitar, banyak tempat duduk yang disediakan untuk korang berehat sambil menikmati udara pagi yang bertiup sejuk dan nyaman

Kat sepanjang jalan ni ada pesta makanan sedang berlangsung. Ada booth jualan jus, roti, makanan lain dan hasil kraftangan tempatan. Jus buah-buahan dia memang terbaik dan sedap. Memandangkan waktu kami sampai masih awal, banyak booth yang masih belom beroperasi dan peniaga baru sahaja tiba untuk menyiapkan bahan.

Kami ambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar kawasan sambil melihat jika ada premis yang telah dibuka selain menuju ke kedai telekomunikasi untuk membeli SIM card.

Vodafone SIM kad berharga AUD10 dan mempunyai data sebangak 1GB

Vodafone SIM kad berharga AUD10 dan mempunyai data sebangak 1GB

Mana-mana premis yang dah bukak pintu kami terjah. Antaranya Target mall yang menjual pakaian dan juga kelengkapan rumah. Saja cuci mata memandangkan niat kami nak ke Perth bukanlah untuk shopping sakan. Cuci mata melihat harga yang boleh dikatakan agak murah dan kualiti tinggi.

Selesai berjalan ke kawasan sekitar, kami berteduh dari pancaran matahari yang agak terang tapi masih sejuk. Memang nyaman sambil melihat aktiviti orang-orang di sekitar kami. Melihat pada kedai Vodafone telah dibuka, kami masuk dan beli SIM card. Cuma kami tak dapat pakej AUD15 bersama 2.5GB data macam kat airport tu. Kami beli AUD10 dan dapat 1GB data. Untuk reload, boleh melalui webpage Vodafone sendiri.

Ada dua syarikat telco yang aku survey masa sebelum flight berpandukan blog mereka yang dah ke Perth. Dua major Telco adalah Vodafone dan Optus. Kami memilih Vodafone sebab premis yang awal beroperasi berbanding Optus yang hanya berdekatan saja. Liputan juga memang bagus (cuma di kawasan terpencil seperti di Pinnacles data internet lemah)

Saja cuba untuk test data Vodafone ni..memang sangat menakjubkan!. Kelajuan data menjejaki 52Mbps yang tak pernah aku dapat masa kat Malaysia. Paling mengejutkan, Vodafone hanya 4G sahaja berbanding telco di Malaysia yang menyediakan LTE tetapi hanya 2Mbps sahaja untuk kelajuan data internet :( Ini adalah sesuatu yang agak mengecewakan bila perkhidmatan di Malaysia belum mencapai standard kelajuan yang tinggi walaupun dengan jumlah data yang banyak dan bil yang tinggi. Hakikatnya, sepanjang kami kat Perth, data kami walaupun kecil, kelajuan memang pantas dan data hanya sedikit sahaja yang luak (sampai Malaysia pun masih ada baki data).

Korang boleh jugak sewa wifi portable dari Malaysia untuk kegunaan di Perth. Kebanyakannya terdapat di KLIA2. Kalau mampu, boleh juga guna khidmat roaming dengan telco korang yang sedia ada.

persembahan tarian etnik di dataran utama

persembahan tarian etnik di dataran utama

Selepas berehat menikmati keindahan alam, kami berjalan semula ke dataran ini untuk melihat persembahan kesenian yang berlangsung sempena food festival tersebut. Ahli dari group kami ramai yang berpecah membuat aktiviti sendiri. Ada yang berjalan-jalan cuci mata, ada yang duduk berehat, ada yang mula shopping sakan. Tetapi kami akan bertemu semula nanti di Insan Cafe untuk kembali ke apartment dan check in bilik.

Foto ruang hadapan Insan's Cafe

Foto ruang hadapan Insan's Cafe

Sampai di Insan's cafe, kami masuk dan berehat sambil menikmati air teh lemon sejuk dan juga spring water (macam mineral water) yang agak segar rasanya berbanding air mineral/coway/bioaura dsb. Lauk pauk juga untuk makanan tengah hari juga dah siap terhidang antaranya kari kambing..aduhhhhh

Kami menunggu ahli lain yang sibuk shopping minyak wangi murah di kedai bersebelahan Insan's cafe. Memang menjadi tumpuan kedai tersebut malahan ada yang membeli untuk kiriman teman-teman di kampung.

Selesai berkumpul, kami mula bergerak kembali dan juga sama seperti kami datang, menggunakan RED Cat Bus untuk kembali ke apartment. Sampai di lobi, kami berehat sebentar sambil menunggu pengagihan bilik untuk kesemua ahli.

Kami berkongsi apartment dengan tour guide, Raziff yang masih belum tiba. Jadi agak mudah sebab sehingga malam kami ada masa nak berkemas, masak, berehat dsb. Untuk trip ni, kami berkongsi rumah. Setiap rumah ada 2 bilik dan kemudahan yang lengkap seperti fridge, microwave, induction cooker, water heater, washing & dryer machine serta alatan memasak. Sangat bagus kemudahan yang disediakan!

Kami memasak hidangan makan malam dengan bahan yang kami bawa dari Malaysia. Ada ahli yang keluar semula berjalan-jalan sebab nak jelajah lagi kawasan Perth. Untuk makluman korang, perkhidmatan bas awam akan dihentikan pada jam 1800hrs dan akan bermula pada 0830hrs esoknya. Jadi, jika terlepas pada waktu itu, korang kenalah tempah perkhidmatan berbayar spt teksi ataupun UBER. Kalau korang larat, bolehlaa jalan kaki sampai apartment :)

Ruang tamu yang sangat selesa..

Ruang tamu yang sangat selesa..

Kami duduk di tingkat 3. Bersebelahan kami juga adalah orang Melayu. Untuk makluman, Starwest apartment Alderney on hay ini bukan sahaja dihuni oleh pelancong, bahkan juga rakyat tempatan yang bekerja di bandar Perth.

Rasa agak takjub (jakun weh..) jika melihat jenis-jenis kenderaan yang lalu lalang sepanjang kami berada kat sini. Setakat Mustang GT tu sudah agak biasa. Ada juga kereta bersaiz proton perdana (enjin kapasiti 2.0 mungkin) tetapi hanya 2 seat sahaja seperti proton Arena. Memang cantik dan mengujakan.

Cuma ada satu benda lebih penting untuk korang tahu. Persiapkan diri korang dengan botol air atau wet tissue jika ke negara yang bukan mesra Muslim. Pasti korang akan hadapi masalah untuk membuang air di tandas awam mereka. Namun, memang aku puji keadaan tandas awam Perth yang sememangnya bersih dan tak berbau busuk macam kat....:). Lebih baik jika botol yang ada tutup jenis penyedut tu. Jimat masa nak beristinja'. Bawalah botol ke mana sahaja jika korang keluar rumah sebagai persediaan.

Kat bawah apartment kami ada convenient store yang menjual makanan dan juga bahan untuk memasak. Dijaga oleh wanita genit keturunan Filipina yang sangat mesra pelanggan. Aku suka singgah untuk membeli sparkling water berperisa di kedai ini. Selain itu, kedai ini jugak ada jual ready mix coffee yang sedap sesuai dengan suasana di Perth. Kedai ni jugak ada jual sabun pencuci baju dan jugak ayam halal untuk kita masak. Terbaik kan servisnya.

Terdapat juga convenient store yang buka 25jam tetapi haruslah berjalan kaki sambil menikmati alam di Perth.

Bersambung di episod 3 nanti...Wassalam

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com