Cuti-cuti Perth, Australia Bhg 4

by Mohdshafie Muhamad April. 01, 2018 3003 views
Hari kedua..pemandangan Hay street dari balkoni apartment kami..walaupun memancar terang tetapi masih sejuk udaranya

Hari kedua..pemandangan Hay street dari balkoni apartment kami..walaupun memancar terang tetapi masih sejuk udaranya

Bersambung lagi pasal Perth. Memang banyak cerita nak share maka banyaklaa pecahan bahagian dia. Bertabah jelaa korang baca ye.

Kumpulan ke-2 sampai pada malam 18hb Mac lebih kurang jam 2100hrs. Agak awal dari yang dijangkakan. Itupun masa nak sambut diorang, aku turun dengan tak pakai sweater dan berselipar jepun saja. Sekali kena angin sejuk..pehh menggigil.

Sempatlah berborak dengan kawan-kawan Pali yang turut sama datang menyambut kedatangan grup kedua ni. Gaji minimum kat Australia ni adalah AUD1000 dan ia dibayar secara mingguan. Harga kereta adalah tersangat murah walaupun setelah convert pada nilai matawang kita. Jadi, memang tak mustahil kalau ramai rakyat kita yang mula masuk ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah epal, oren, anggur ataupun limau kerana faktor ini. Berbelanja barangan dapur juga tak jadi masalah kerana harga barangan adalah agak murah.

Caversham Wildlife Park..teman pemeliharaan binatang seperti Kanggaroo, Wombats, Bettongs, Quokka dsb

Caversham Wildlife Park..teman pemeliharaan binatang seperti Kanggaroo, Wombats, Bettongs, Quokka dsb

Hari kedua, 19 Mar 2018

Caversham Wildlife Park

Awal pagi kami dah bangun untuk memulakan trip sebagai satu kumpulan yang lengkap. Harini plan pertama untuk pergi ke taman hidupan liar Caversham Wildlife Park. Taman ini dijaga oleh sukarelawan yang menerima dan menguruskan haiwan liar di Australia terutamanya Kanggaroo sebagai haiwan ikonik di sini.

Jam 0800hrs, kami bergerak ke Caversham Wildlife Park menyusuri kawasan industri Perth yang menyaksikan banyak kedai-kedai kereta, trak dan juga pejabat syarikat galian dan perlombongan. Paling menarik adalah korang boleh jumpa trak jenama Mack yang memang banyak disini. Mack adalah satu jenama lori pengangkut yang menjadi Optimus Prime dalam siri Transformers dan ia juga menjadi salah satu koleksi DYMM Sultan Johor.

Melepasi kawasan industri, kami melewati kawasan tanah lapang yang merupakan kawasan perlindungan seperti taman negara yang mana pembangunan adalah terhad. Ini untuk menjaga ekosistem di kawasan tersebut dan memelihara habitat semulajadi haiwan liar seperti Kanggaroo. Terdapat juga kelihatan ladang-ladang anggur menyubur di kawasan ini.

kami disambut oleh pemandu pengunjung taman, Britt

kami disambut oleh pemandu pengunjung taman, Britt

Sesampainya kami di Caversham Wildlife Park, kami disambut oleh Britt, tour guide kami sepanjang di dalam taman ini. Beliau banyak memberi info berkenaan taman dan jenis hidupan yang berada di dalam taman ini. Korang boleh tanya apa-apa soalan..broken english pun takda masalah. Nak tanya berapa hantaran pun okay kot.. :)

Untuk tiket masuk, korang akan dikenakan bayaran sebanyak AUD28 untuk dewasa dan AUD13 untuk kanak-kanak. Biasanya, tour leader dah collect siap-siap masa kita berkumpul sebelum bergerak. Tipping untuk driver juga akan dikenakan lebih kurang AUD5 per pax. Untuk trip kami, entrance fee ( Caversham Wildlife Park &Pinnicles) adalah AUD35+AUD5 (drivers tip) = AUD40 per pax/adults. Untuk kanak-kanak AUD20+AUD5=AUD25

Kangaroo yang mula-mula menyambut kami pagi itu..

Kangaroo yang mula-mula menyambut kami pagi itu..

Masuk saja dalam taman, Britt bawak kami masuk ke kawasn Kanggaroo. Memang banyak sekali dalam kawasan ni. Jinak pulak tu. Britt suruh kami ambil dedak makanan kat dalam tong yang disediakan. Arahannya adalah mudah..biar Kanggaroo makan pallet yang ada pada tangan kita sahaja. Kamggaroo yang ada anak dalam kantung juga dilarang sama sekali untuk disentuh ditakuti si ibu akan bertindak aggressif. Kang tak pasal kena tinju.

Anak kanggaroo disini yang beumur bawah setahun dipanggil Joey. Ada diantara Kanggaroo di sini dihantar atau diambil setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Memang terdapat kes di mana Ibu bapa kanggaroo ini mati dilanggar kenderaan tetapi anak dalam kantung didapati masih selamat. Ia kemudian dihantar ke taman ini untuk dipelihara sehingga dewasa.

aktiviti utama memberi makan kanggaroo yang tengah lapar di awal pagi..

aktiviti utama memberi makan kanggaroo yang tengah lapar di awal pagi..

Kanggaroo yang berwarna putih macam kat gambar tu adalah Albino. Tapi sama je melantak dedak kat tangan aku. Mula-mula takut jugak kena gigit. Tapi sebenarnya tak pun. Rasa seronok plak siap 2 kali pergi amik supply makanan.

Sebelum korang bagi makan kanggaroo ni, korang wajib sapukan hand sanitizer dulu pada tangan. Kot ada pemindahan virus berbahaya nanti, dah susah.

Quokka..spesis marsupial jugak

Quokka..spesis marsupial jugak

Seterusnya, Britt bawak kamu menyelusuri laluan taman sambil melihat binatang-binatang lain seperti Quokka, Galah, pelbagai spesis burung, Penguins (yang ni tak sempat catat nama..spesisi penguins terkecil di dunia)

Kami agak terkejar-kejar masa sebab pada jam 1000hrs, akan ada persembahan 'the farm shows'. Jadi, Brit membawa kami untuk sesi bergambar dengan satu lagi haiwan ikonik di Australia, iaitu Koala. Macam biasa, korang kena beratur dan gunakan hand sanitizer yang disediakan untuk pastikan tangan korang bersih dari sebarang kuman. Enjoy dan bergaya sakanlah korang bergambar denga koala yang comel dan berbulu macam karpet mahal tuh. Cara nak pegang/belai koala adalah dengan gunakan bahagian belakang tangan.

Kahidupan Koala adalah tidur 20jam sehari..pehhh

Kahidupan Koala adalah tidur 20jam sehari..pehhh

Selepas kami bergambar sakan dengan koala sebenar dan koala palsu (ada patung besar kat sana), Britt membawa kami terus ke teater mini untuk pertunjukkan ladang. Persembahan dimulakan dengan pengenalan kepada kuda yang bertindak sebagai kenderaan ladang. Ini disusuli dengan pengenalan anjing penjaga biri-biri yang sangat tangkas menjaga ternakan.

Pasrah sekali kambing tu kena togel bulu

Pasrah sekali kambing tu kena togel bulu

Kemudian kami dipertunjukkan pulak dengan cara bagaimana kambing biri-biri ini dipanggil masuk ke dalam kandang. Segalanya dengan bantuan anjing gembala yang sangat patuh pada arahan. Kemudian mereka menunjukkan cara bagaimana untuk memotong bulu kambing biri-biri dengan menggunakan mesin khas. Sangat cepat dan efficien sekali. Mereka juga menunjukkan bagaimana untuk mengenalpasti kualiti bulu biri-biri yang terbaik mengikut kawasan tubuh kambing.

aktiviti untuk kanak-kanak juga ada disediakan

aktiviti untuk kanak-kanak juga ada disediakan

Tidak terlupa kepada kanak-kanak. Mereka anjurkan acara memberi susu kepada anak-anak kambing. Ramai yag berminat untuk menyertai sesi ini tetapi hanya 6 orang sahaja yang dipilih. Untuk dewasa, ada aktiviti memusing minyak dalam baldi dan juga cara penggunaan cemeti yang betul. Sangat menarik.

Persembahan diakhiri dengan acara untuk memerah susu lembu dan penonton berpeluang untuk mencuba aktiviti ini sambil bergambar mesra :)

Ingin bergambar dengan Wombats, Ular, Burung hantu dsb..disinal tempatnya

Ingin bergambar dengan Wombats, Ular, Burung hantu dsb..disinal tempatnya

Setelah itu, kami dibawa ke bahagian wombats untuk sesi bergambar. Ada stesen tertentu yang korang kena beratur untuk bergambar bersama dengan haiwan eksotik ini. Korang hanya perlu bertenang kerana pekerja taman akan membantu korang mengambil foto kenangan.

Setelah lengkap bergambar semua, kami mengakhiri lawatan kami denganbergambar bersama Britt dan seterusnya menuju ke kedai cenderahati betul-betul di pintu keluar taman ini. Kami memilih untuk membeli syiling emas Caversham sebaga kenangan.

Kami berkumpul semula di parking bas dan kemudian bergerak untuk ke suatu tempat yang lebih menarik..nantikan update akan datang!!

Wassalam

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com