Cuti-cuti Perth, Australia Bahagian 5

by Mohdshafie Muhamad April. 04, 2018 3988 views
masani menang terik tapi tak bahang..

masani menang terik tapi tak bahang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan dari kisah yang lepas, baru harini dapat semangat untuk menulis balik 😁. Okay, selepas kami bergerak keluar dari Caversham Wildlife Park tu, kami dibawa ke satu tempat yang berdekatan lebih kurang dalam 15-20 minit perjalanan iaitu kilang coklat Whistlers. πŸ˜‹

turun bas je dah nampak anggur..

turun bas je dah nampak anggur..

Sepanjang harini, cuaca terang dan agak terik. Jadi agak hampalah nak merasa cuaca sejuk kat Perth. Kalau ikutkan ramalan, masa sebelom pergi tu patutnya dah masuk autumn season. Bezanya kita tak terasa bahang dan berpeluh macam kat kampung. 😜

Macam yang aku cerita pada entry yang lepas, sepanjang perjalanan kami pada pagi itu disajikan dengan pemandangan ladang anggur yang subur. Pemandu kami, Andy membawa kami ke kilang coklat Whistlers Chocolate Company yang menghasilkan serta menjual pelbagai produk berasaskan coklat. Senang cerita, inilah syurga shopping coklat bagi peminat tegar coklat seantero dunia. Walau tak dapat pergi ke Switzerland sekalipun, korang masih ada peluang shopping sakan kat sini. πŸ˜€

siap sedia untuk menborong coklat untuk dibawa pulang

siap sedia untuk menborong coklat untuk dibawa pulang

Turun saja dari bas, kitorang dah macam kanak-kanak Ribena sebab kilang coklat tu terletak pulak bersebelahan dengan ladang anggur. Maka, berbondong-bondonglah rakyat jelata mengerumuni pepohon anggur untuk menikmati anggur segar dari ladang secara percuma. 😍

Tak payah nak rasa malu dah..ngapkan saja dalam mulut.. πŸ˜‹

salah satu yang berjaya dibawak pulang dan masuk dalam perut..

salah satu yang berjaya dibawak pulang dan masuk dalam perut..

Kami diperuntukkan lebih kurang sejam saja kat sini sebab nak mengejar masa ke Fremantle selain untuk makan tengah hari. Perut pun memang dah berkeroncong ni sebab pagi belum sarapan.

Kami tinggalkan sekejap dunia khayalan bersama anggur tu dan masuk mengeroyok dalam kedai coklat yang menggiurkan tu. Kat dalam sudah siap sedia dengan coklat percuma untuk ujian rasa kesedapan. Sangat sedap dan memang enak tak terkatalah. Cuma seloklah poket, kiraalaa bajet yang korang ada..πŸ˜„

packaging yang cantik..

packaging yang cantik..

Kat dalam tu, ada Chocolate Bar yang korang boleh masuk dan lepak-lepak bersama kengkawan dan ada jugak jualan ice cream home made.

Produk Whistlers ni ada macam-macam jenis dan perisa. Korang boleh pilih dari dark chocolate, pretzels coated, almond choc eh macam -macam lagilaa kalau nak sebut. Packaging dia pun memang cantik dan menarik. Memang sesuai kalau nak buat hadiah, cenderahati atau ole-ole bila balik Malaysia nanti.

yang dalam botol ni memang mencabar nafsu..

yang dalam botol ni memang mencabar nafsu..

Ada gak satu kejadian lawak bila aku secara tak sengaja boleh plak termasuk dalam kawasan cashier kedai ni..aduhhh punyalaa asyik amik gambar pakai monopod sampai aku tak perasan dah masuk stesen kerja diorang πŸ˜…

antara yang kitorang beli buat ole-ole

antara yang kitorang beli buat ole-ole

Setelah puas shopping, kami pun siap-siaplaa nak naik bas untuk menuju ke Fremantle plak. Kira penutup jelajah pada hari ini.

Tips dari Andy, pemandu kami selaku tour guide Valentino Holidays untuk kekalkan keadaan coklat tu sampailaa kita balik Malaysia adalah dengan biarkan saja ia pada suhu bilik. Bermakna, korang tak payahlaa sibuk-sibuk nak masukkan coklat dalam fridge bila balik apartment nanti.

Sebarang perubahan suhu mendadak akan membuatkan coklat lebih mudah cair. Hey! tips tu memang berguna weh..sampai balik Malaysia pun memang masih kekal bentuknya. Cuma pantang sekali kalau packaging atau wrapping tu dah terbuka..memang cairlaa jawapnya 😩

sebelum balik melantak dulu anggur segar

sebelum balik melantak dulu anggur segar

Sebelum kitorang naik bas, sempatla bergambar sakan kat pokok anggur sambil makan mewah anggur manis yang comel tuh. Sempatlaa sauk setangkai bawak masuk dalam beg πŸ˜‹

Anggur jenis ni mulanya aku ingat masam, tapi bila masuk mulut memang manis yang amat...naik gula dalam darah :) Ikut info dari Andy, anggur jenis ini biasanya akan diproses untuk dihadikan wain. Tapi, korang jangan risaulaa..selagi fresh kat pokok mestilah masih halal..lainlaa kalau dah masok dalam tong penapaian..πŸ€“

jelly yang budak-budak suka

jelly yang budak-budak suka

Jadi, kami bergerak ke Fremantle yang mana kat sana ada kedai-kedai souvenir dan bangunan-bangunan bersejarah dan kami makan tengah hari ala omputih kat Kailis Fish & Chips yang sangat sedap tuh πŸ˜‹

Berjumpa lagi pada entry seterusnya..

Wassalam

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com