Cuti-cuti Perth, Australia Bhg 6

by Mohdshafie Muhamad April. 05, 2018 3908 views

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wow, dah bahagian 6 rupanya..banyak lagi nak upload cerita pasal perjalanan kat Perth ni rupanya. Bagi yang ikut penulisan aku ni bersabar jelahh yek. Kadang-kadang amik masa sebab nak imbau balik setiap detik perjalanan tu yang tak terakam dalam lensa

pemandangan di Kailis Fish & Chips

pemandangan di Kailis Fish & Chips

Selepas shopping coklat di Whistlers, kami semua bergerak menuju ke tempat makan tengah hari yang memang jadik tumpuan pelancong kat Fremantle. Dalam survey aku sebelum flight pun ada tunjuk Kailis Fish and Chips ni akan jadi salah satu tempat wajib untuk dikunjungi

Dari blogger yang pernh sampai kat sni memang rekemen tempat ni wajib pergi disebabkan makanan dia yang sangat sedap dan berbaloi.

Perjalanan dari Whistlers ke Kailis Waterfront ni ambil masa lebih kurang sejam. Kami menyelusuri kawasan tepi laut Hindi yang membiru. Kawasan Fremantle ni boleh dikatakan adalah hub pelabuhan terpenting di Perth. Sepanjang tepi pantai korang akan dapat tengok seni Arca yang unik dan menarik hasil rekaan artis dari seluruh dunia.

Apa yang istimewa sangat kat Kailis Fish & Chips ni? Kat sini korang boleh order fillet ikan goreng ataupun himpunan makanan laut goreng bersama dengan kentang jejari. Kat sini jugak korang boleh order BBQ makanan laut spt ketam, lobster, ikan, kupang dsb. Ada jugak salad sbg appertizer korang. Nasik goreng kampung? tak payah order..gi balik Malaysia jelah. Nama pun kembara ke negara omputih, haruslaa kita rasa makanan rakyat setempat kan..

traditional fish & chips and squid & chips with crab stick jadik menu tengah hari

traditional fish & chips and squid & chips with crab stick jadik menu tengah hari

Harga bagi setiap hidangan adalah minimum AUD18 dan ke atas. Tapi, korang janganlaa sibuk convert pada nilai Ringgit. Memang tak makanlaa gamaknya. Anggap sajalah nilai dia lebih kurang RM18 macam tu. Tapi aku jamin, korang puas hati.

Boleh pilih nak makan kat luar

Boleh pilih nak makan kat luar

Kami pilih untuk makan traditional fish & chips dan juga squid and chips tambah 1 crab finger. Portion dia memang banyak. Makan bertiga pun tak habis. Fish fillet dia tebal dan berjus. 3 keping dia bagi. Sotong pun sangat lembut tak macam sotong goreng tepung kat Malaysia yang adakalanya liat macam getah.

pemandangan jeti nelayan

pemandangan jeti nelayan

Uniknya cara order kat sini, lepas pesanan korang buat, lepas bayar je korang akan diberi alat macam pager yang akan vibrate kalau makanan korang dah siap. Memang best stail macamni. Tapi janganlaa tak pulang plak pager tu..

Biasanya pesanan kat sini siap dalam lebih kurang 10-15 minit bergantunglaa apa yang korang order. Nak order sambal belacan segala memang tak dapatlaahhhh

pemandangan dalam premis

pemandangan dalam premis

Korang boleh pilih nak duduk dalam atau duduk di luar. Ada pro & kontra dia. Kat dalam korang cuma akan rasa makan kat restoran biasa tapi kalau kat luar korang boleh menikmati bayu laut Fremantle sambil melihat kapal-kapal nelayan berlabuh.

Yang tak bestnya duk luar ni bila korang akan diganggu oleh burung camar laut yang sentiasa menanti makanan yang korang order tu. Bagi korang yang tak selesa dengan situasi macam tu, baik duduk jelaa kat dalam. Itu belom lagi korang yang memamg alergik dengan spesis burung ataupun orang yang obses dengan kebersihan..

yang ni memang terbaik..seluklaa poket anda dulu

yang ni memang terbaik..seluklaa poket anda dulu

Tapi korang tenang aja. Akan ada staff yang siap siaga kat luar ni yang akan elakkan burung-burung tu dari kacau korang melahap. Tapi korang pun kena bantulaa lepas makan, segala sampah sarap kasi buang terus dalam tong sampah

selok kocek dan berhuhu jelahhhh

selok kocek dan berhuhu jelahhhh

Kat Kailis Fish & Chips ni ada seksyen untuk BBQ/Grilled seafood. Korang boleh pilih seafood yang korang nak kat display rack diorang dan order. Kocek tebal yess silakan. Aku teruja betul nak makan lobster tu..hmmm apakan daya selok kocek dan berhuhu jelaaa

banyak pilihan seafood platter

banyak pilihan seafood platter

Memang banyak pilihan, dan rasanya sedap..isi ikan yang tebal dan masih berjus..salutan yang tipis tapi rangup. Diorang memang pandai buat coating fillet ni..memang kenyang sekali.

Baik, secara keseluruhan memang tak rugi kami ke Kailis Fish & Chips tu. Korang pun akan berpuas hati dengan makanannya. LAgipun kami dapat tawaran diskaun dari restoran tu sebanyak 10%. Tapi, ada caranya..memang patutlaa berbaloi baloi wehhhhh

Jadi, lepasni kami akan ke tengah bandar Fremantle nak tengok apa pulak yang ada kat sana..

Jumpa lagi next entry..

Wassalam

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com