Cuti-cuti Perth, Australia Bhg 7

by Mohdshafie Muhamad April. 08, 2018 2410 views
Pemandangan lautan Hindi

Pemandangan lautan Hindi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selepas kami kekenyangan makan tengah hari dan bergambar sakan dekat Kailis Fish & Chips Cafe tu, kami mula bergerak ke pusat bandar Fremantle untuk melihat keadaan bandar.

Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat di kawasan pantai ada pesta diadakan untuk pengunjung di samping arca-arca yang cantik dan menarik untuk kita bergambar. Kami tak singgah di kawasan tepian pantai kerana kekangan masa dan terus ke pusat bandar.

Kalau lihat keadaan rumah kat kawasan ini, lebih seperti kehidupan tepian pantai di Miami. Corak senibina rumah mewah ala Miami memang mendominasi setiap kawasan. Menurut Andy, kawasan ini didiami oleh orang-orang berketurunan Eropah berbanding penduduk Australia sendiri. Ini disebabkan oleh kesatuan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan penduduk berketurunan Eropah yang membolehkan mereka memiliki dan membina hartanah di kawasan ini.

pelabuhan Fremantle

pelabuhan Fremantle

Sesampainya kat pusat kawasan pusat bandar, kami dapat lihat pelbagai bangunan lama yang masih utuh dan megah. Dapat juga melihat Pelabuhan Fremantle yang sedang beroperasi secara live.

Kat tengah bandar Fremantle ni ada Round House, Universiti of Notre Dam, Shipwreck Museum, Fremantle Prison dan yang paling penting adalah E-Shed market syurga membeli belah souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia.

salah satu menara jam kat Fremantle

salah satu menara jam kat Fremantle

Aku tertarik dengan senibina bangunan kat sini yang sangat unik. Paling utama, bangunan-bangunan lama ini sebenarnya agak menonjol berbanding bangunan-bangunan yang baru dibina disekelilingnya. Boleh dikatakan agak mustahil pencakar langit dibina di kawasan seperti ini.

seretan kedai dengan senibina klasik

seretan kedai dengan senibina klasik

Agak malang bagi kami sebab E-Shed Market hanya dibuka pada hari Jumaat. Makanya, Andy membawa kami ke kedai cenderahati lain di kawasan deretan kedai di tengah bandar ini. Mereka juga menawarkan harga yang berpatutan dan boleh berbahasa Melayu jugak!

Kami diberikan masa dalam 2 jam untuk membeli belah barangan dan berjalan-jalan di kawasan sekitar.

pemandangan sekitar sambil duduk di bangku bawah pepohon rimbun..

pemandangan sekitar sambil duduk di bangku bawah pepohon rimbun..

Sambil menantikan gang shopping berurusan, aku memilih untuk berehat di bawah sebatang pohon rimbun sambil menikmati pemandangan kawasan sekitar.

Kalau korang nak manaiki tram pun ada disediakan disini. Tram ni akan bawak korang menjelajah sekitar bandar Fremantle dan melalui bangunan ikonik kat sini. Kalau korang suka jalan kaki bolehlaa explore dengan lebih baik. Cuaca agak terik pada harini tu yang menyebabkan aku agak letih dan malas nak jalan jauh-jauh lagi.

Tembok Seni Grafiti

Tembok Seni Grafiti

Sempatlaa jugak aku bergambar dengan salah satu tembok graffiti kat sini. Nampak berseni dan sangat menarik. Ingat nak jalan jauh lagi, tapi rasanya masa agak terhad dan kami perlu pulang ke bandar Perth secepat mungkin untuk mengelakkan terlibat dalam kesesakan laluintas

Fremantle old prison

Fremantle old prison

Kat sini, ada bangunan penjara lama. Fremantle prison ini juga adalah salah satu bangunan lama yang menjadi ikon di sini. Penjara ini sedang dalam proses baik pulih untuk dijadikan muzium

Monumen peringatan bagi mereka yang gugur di medan perang Dunia 1

Monumen peringatan bagi mereka yang gugur di medan perang Dunia 1

Selepas semua berkumpul, kami di bawa ke satu bukit yang ada sebuah tugu peringatan. Tempat tu dipanggil Fremantle War Memorial.

Tugu ini dibina sebagai tanda peringatan kepada tentera dan pelayar yang telah terkorban sewaktu perang Dunia pertama WWW1. Kat sebelah monumen ini ada diletakkan torpedo sebenar (jangan risau dah tak aktif) sebagai tanda peperangan telah menyebabkan kehancuran serta kehilangan nyawa.

Pemandangan Bandar Femantle dari atas bukit

Pemandangan Bandar Femantle dari atas bukit

Kitorang amik peluang ni untuk bergambar kenangan. Kena pulak kawasan sekitar monumen ni dikelilingi rumput hijau yang macam karpet tu.

Apalagi, kasi baring-baringlah atas rumput tu sambil melihat kawasan Fremantle dari atas bukit. Kena pulak angin bertiup lembut walaupun matahari masih terik memancar.

Bas yang menbawa kami berjalan-jalan di Perth

Bas yang menbawa kami berjalan-jalan di Perth

Walaupun masa agak singkat kat sini, kami terpaksa teruskan perjalanan kembali ke bandar Perth untuk pulang ke apartment dan berehat.

Secara keseluruhan, untuk melawat dan meneroka bandar Fremantle ni memang perlu memakan masa seharian. Banyak tempat dan bangunan menarik yang kita boleh jumpa. Selain tu, kat sini memang syurga membeli belah barangan cenderahati, kosmetik dan jugak barangan kesihatan. Setakat dua tiga jam memang tak cukup untuk pusing satu bandar dan shopping (pada yang kaki shoppinglaa)

Okay, perlu bersambung di lain entry

Tamat Hari Kedua

Wassalam.

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com