Cuti-cuti Perth, Australia Bhg 8

by Mohdshafie Muhamad April. 09, 2018 3016 views

Hari ke 3 (King's Park & Botanic Garden, Blue House, Moore River, Sand Dunes & Pinnacles Park)

Pemandangan King's Park waktu pagi

Pemandangan King's Park waktu pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sambung lagi kisah di Perth. Macam lambat je nak habiskan cerita. Baiklah, untuk trip hari ke-3, kami telah diingatkan agar bersiap awal untuk bergerak ke destinasi yang lebih jauh dan sebenarnya yang paling jauh dalam trip ini. Keseluruhan trip akan memakan masa selama 3-4 jam perjalanan jadi kami perlu bertolak seawal mungkin.

Monumen peringatan bagi mereka yang gugur di medan perang dunia ke 2

Monumen peringatan bagi mereka yang gugur di medan perang dunia ke 2

Kami diminta berkumpul seawal jam 0700hrs untuk menaiki bas menuju ke King's Park dan Botanic Garden. Untuk trip hari ini, kitorang dinasihatkan membawa bekalan makanan kerana perjalanan yang agak jauh dan juga kami tidak akan sempat untuk singgah di mana-mana restoran sepanjang perjalanan nanti.

Sedikit info pasal King's Park ni adalah ia merupakan satu taman khusus dibina untuk memperingati perajurit yang gugur di medan perang dunia ke 2. Satu monumen khas di bina untuk mereka yang terkorban ini dan didalamnya tercatat nama-nama mereka yang terkorban serta lokasi perkhidmatan mereka. Paling mengejutkan, ada salah seorang dari mereka ini pernah berkhidmat di Tanah Melayu (Malaya) pada sekitar 1950-1960.

Pemandangan bandar Perth dari King's Park

Pemandangan bandar Perth dari King's Park

Terdapat jugak satu kolam yang kat tengahnya obor menyala tanda memperingati peperangan yang telah berlaku di seluruh dunia termasuklah Malaya.

Tempat ni memang sangat cantik dengan rumput menghijau dan udara yang nyaman. Memang pasti korang teruja nak amik gambar sambil guling-guling kat sini. Memandangkan kitorang bergerak awal dari apartment, cuaca terang tapi masih lagi nyaman jadi suasana nak berfoto sakan tu amatlah baik.

Botanic Gardens

Botanic Gardens

Taman Botani Perth ni sebenarnya terletak pada tempat yang sama dengan King's Park ni. Kat dalam tu ada pelbagai pokok bunga dan pelbagai tanaman lain yang siap dengan tanda nama untuk informasi pengunjung. Banyak spesis pokok sebenarnya kat sini kalau korang memang peminat bunga.

Selain itu, taman ini dijadikan tempat riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Konsert juga sering di adakan dikawasan taman ini. Kami sempat melalui tapak konsert yang sedang dalam proses persiapan untuk persembahan.

Selesai sejam kami habiskan masa, kami bergerak ke satu lagi tempat ikonik untuk bergambar kalau di Perth!

The Blue Boat House

The Blue Boat House

Kami bergerak ke Blue Boat House yang terletak tak jauh dari King's Park. Andy meletakkan bas di kawasan perumahan dan kami berjalan menuruni bukit dan perlu melintas jalan untuk ke Blue Boat House ni.

Memang susah nak melintas di kawasan ni sebab ia terletak bukan di kawasan perhentian pelancong. Jadi, korang pandai-pandailaa melintas. Kat Australia ni bukan macam kat Malaysia ye makcik dan pakcik bawang sekalian. Kalau kat kampung bolehlaa guna kuasa tangan. Kat sini kenalah ikut peraturan.

Apa yang best kat Blue Boat House ni? Ia hanya sebagai bukti korang memang kat Perth ni. Kalau takda gambar kat Blue Boat House ni maka tak lengkaplah perjalanan korang. Tapi korang kenalah datang awal. Lambat sikit memang beraturlaa panjang sambil membawang gossip semasa.

Moore River. Lihatlah air laut dan sungai hampir bertembung. Kuasa Tuhan mengatasi segalanya

Moore River. Lihatlah air laut dan sungai hampir bertembung. Kuasa Tuhan mengatasi segalanya

Seterusnya, kami bergerak ke Moore River. Perjalanan ni ambil masa lebih kurang dua jam. Kami bergerak ke arah utara Perth meninggalkan kawasan bandar kepada kawasan lapang dan adakalanya seperti gurun pasir. Ada juga kawasan ladang ternakan lembu serta biri-biri terdapat di sini.

Korang jugak akan disajikan dengan tumbuhan pelik seakan pohon kelapa tapi berdaun lalang yang lebat. Tak tau apa namanya. Ada jugak padang ragut yang terhampar luas dan ditengahnya ada pohon rimbun yang besar untuk berteduh. Memang cantiklah pemandangannya.

Bahagian air sungai

Bahagian air sungai

Apa yang ada kat Moore River ni? Korang akan lihat antara ciptaan Tuhan yang terbaik. Kat sini berlakunya pertembungan antara air sungai dan laut. Kalau korang tengok gambar kat atas tu kedua-duanya (sungai Moore dan Lautan Hindi) dipisahkan hanya dengan beting pasir.

Antara aktiviti yang korang boleh buat kat Moore River ni adalah berkayak, Camping ala Caravan, Mandi laut, Memancing (perlukan permit) dan semetinya bergambar. Masa kitorang sampai pun, ada sekumpulan kanak-kanak sekolah Australia sedang buat aktiviti riadah kat tepi pantai.

Kalau mengikut info, Moore River Region ni adalah kawasan penangkapan lobster yang utama. Hasil Lobster terbaik adalah datangnya dari kawasan ini. Tapi kat area sungai ni tak jumpa plak caravan atau gerai jual lobster. Hmmmmm

Andy memberi taklimat keselamatan untuk bermain sand boarding

Andy memberi taklimat keselamatan untuk bermain sand boarding

Seusai jalan-jalan di Moore River, kami bergerak ke satu lagi destinasi untuk melakukan aktiviti sand boarding iaitu Lancelin Sand Dunes.

Sebelum itu, kami singgah sebentar di pekan Lancelin untuk megambil papan luncur dan juga makan tengah hari serta solat di kawasan piknik tepian pantai. Kat sini kami semua ambil masa untuk makan tengah hari ala piknik dengan bekal yang kami bawak dari apartment. Kemudian kami solat jamak Zuhur serta Asar. Kawasan ni tak ada masjid, tapi takda masalah untuk kita tunaikan solat kat sini. Kena plak dengan angin pantai di bawah pohon rendang memang asyik wehh

Lupa untuk aku cerita pasal bekalan makanan. Korang boleh pilih untuk makan bekal yang korang bawak (Brahim's Instant food/Maggi/Roti/Sardin) ataupun korang tempah dengan local food provider macam Insan's Cafe. Terpulang bagi korang yang ada bajet dan tak nak penat masak segala (walaupun panaskan dalam microwave). Ini bergantung kepada pilihan masing-masing. Bagi aku, cukuplah makanan yang kami dah bawak dan kalau tak cukup bolehlaa merasa makanan local Australia plak kan?

Gaya seorang peluncur professional

Gaya seorang peluncur professional

Selesai makan tengah hari dan bersolat, kami bergerak ke Lancelin Sand Dunes untuk aktiviti meuncur pasir. Cerita pasal papan luncur ni, harga sewaan adalah AUD10 setiap papan untuk 2 jam. Jadi, disarankan adalah lebih baik kalau korang kongsi je papan tu dengan ahli rombongan dalam 2-3 orang sepapan.

Sebab apa, lepas dua tiga kali korang turun naik bukit, memang korang pancit teruklahhh. Lagi orang yang berpenyakit macam aku ni. Cukuplah dapat merasa meluncur bukit pasir halus yang seksa nak naik tu. Kena plak cuaca memang panas terik tentulah jadi cepat letih. Sebelum turun dari bas, kami disarankan untuk berkaki ayam saja bila turun dari bas.

Sebelum kami meluncur, Andy memberikan kami taklimat keselamatan perihal permainan luncur pasir ni. Yelah, seronok-seronok jugak, ketawa-ketawa jugak. Kemalangan boleh terjadik kalu kita abaikannya. Pastikan korang ada beli insurans travel sebelum fly okay!

Maka, bermainlah kami dengan penuh gelak ketawa. Gelak sebab tengok gelagat orang meluncur tertonggeng makan pasir. Pasir kat sini sangat halus. Macam kat tepi pantai walhal ia dah nampak lebih kepada kawasan gurun. Sekali kena pada kulit pasti rasa melekit. Angin pulak memang kuat jadi nak tak nak memang baju korang akan kenalah pasir-pasir halus berterbangan. Aku nasihatkan jugak bawak face mask dan spek mata siap-siap untuk aktiviti ini.

Ikut info dari Andy, bukit pasir ni sebenarnya adalah dasar lautan sejak jutaan tahun yang lampau. Bermakna, kawasan sand dunes ini sebenarnya adalah dasar lautan hindi pada zaman dinosour dulu kala. Sebabtulaa pasir kat kawasan ni sangat halus dan berbeza dengan pasir yang ada di jalanan.

Selain Sand Boarding, ada jugak aktiviti 4x4 boleh dibuat kat sini. Andy pun ada bagi info biasanya setiap hujung minggu, akan ada aktiviti mempelajari teknik pemanduan 4x4 kat kawasan lancelin yang berpasir ni. Jadi, mereka yang ada trak pikap ataupun SUV mereka akan berkumpul untuk belajar teknik pengawalan 4WD diorang. Yelah, beli mahal-mahal takkan nak bawak kat bandar je kan..

The Pinnacles

The Pinnacles

Setelah habis bergelak sakan dan keletihan, kami bergerak ke destinasi terakhir kami iaitu The Pinnacles. Sebelum ke sana, kami singgah sebentar di tempat kami piknik makan tengah hari tadi untuk membersihkan diri. Memang ramai turun amik masa nak bilas muka, tangan dan kaki yang terpalit dengan pasir halus. Rasa tak selesa lebih lagi cuaca panas terik kat kawasan ini.

Tak lama lepastu, kami bergerak ke The Pinnacles yang jugak berada dalam kawasan taman negara. Maksudnya akan ada bayaran masuk akan dikenakan. Bagi trip Ayden Averroes ni, tour leader dah kutip siap-siap masa kita check in apartment haritu. Tenang aja deh..

Sampai saja kat The Pinnacles ni, ramai yang dah keletihan akibat dari aktiviti luncur pasir tu. Yelah, cuaca panas terik jadi mudahlaa rasa letih dan mengantuk bila masuk semula dalam bas yang sejuk.

Pinnacle ni sebenarnya adalah tiang batu kapur yang terbentuk hasil dari hakisan. Uniknya, batuan ini terbentuk seperti tiang atau cerucuk yang muncul dari bawah tanah yang berpasir kuning. Macam gurun pun ada.

Kedatangan kami disambut oleh sang lalat yang menyerang kami tak henti-henti. Memang susah nak amik gambar kat kawasan ni. Dengan cuaca panas terik, tambah lalat lagilaa ramai yang rasa tak selesa. Kena pulak dari kawasan parking bas, kami kena jalan lebih kurang 150 meter baru dapat jumpa Pinnacles ni sambil diserang lalat. Sebabtulahh Andy sarankan kitorang lebihkan masa kat Sand Dunes berbanding kat Pinnacles. Lalatlah antara sebab utama.

Seusai bergambar lebih kurang, kami bergerak pulang ke bandar Perth menempuhi perjalanan selama 3 jam. Jadi, peluang untuk lelapkan mata sebelum sampai ke apaerment.

Hari ini adalah hari terakhir Andy akan jadi pemandu kami sebab esoknya adalah hari untuk kami berjalan menggunakan pengangkutan awam iaitu CAT Bus. Kalau nak diikutkan, ada ahli group yang cadangkan untuk buat aktiviti melawat ladang epal. Andy pun turut cadangkan aktiviti menaiki cruise di Mandurah untuk melihat ikan lumba-lumba. Kami sepakat untuk setuju dengan tambahan bayaran tapi malangnya aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan saat akhir sebab masa yag tidak sesuai dengan kami terutama group 1 yang akan terbang pulang awal pagi lusa.

Kami tiba di apartment lebih kurang jam 0630hrs dan kami berehat untuk trip terakhir esok hari..

Tamat hari ke-3

Wasalam

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com