Cuti-cuti Perth, Australia Bhg 9

by Mohdshafie Muhamad April. 09, 2018 2550 views

Hari Ke 4 City Tour

Untuk harini, kami bermula aktiviti agak lambat lebih kurang jam 1000hrs disebabkan keletihan aktiviti semalam. Cuma harini agak santai sebab kami akan hanya berjalan-jalan di sekitar bandar Perth sambil shopping last minute terutama pada group 1 yang akan balik awal esok pagi.

The Bell tower

The Bell tower

Harini, sasaran utama adalah Bell Tower, salah satu bangunan unik yang tersergam indah ditengah-tengah bandar Perth. Ia terletak berdekatan dengan dermaga Feri yang membawa pelancong menyusuri tasik Swan.

Antara aktiviti kat sini adalah kalau korang dapat bunyikan loceng kat atas bangunan tu, korang akan diberikan sijil penghargaan. Korang boleh buat mende ni dengan bayaran sebanyak AUD18 sahaja.

love lock di jambatan mini menuju Bell Tower

love lock di jambatan mini menuju Bell Tower

Selain itu, korang boleh beli love lock untuk manggakan 'cinta' korang tu pada rantai dekat jambatan mini. Aku tak beli pun..baik kumpul syiling emas tanda kenangan korang kat Bell Tower ni. Baru AUD2 setiap satu.

Ada kaunter tiket cruise kat sini. Sebelahnya ada cafe

Ada kaunter tiket cruise kat sini. Sebelahnya ada cafe

Di sekeliling Bell tower ni adalah jeti feri untuk pelancong yang nak buat aktiviti menyusuri tasik swan yang luas. Ada deretan cafe untuk lepak santai. Ada juga pakej berjalan sekeliling kawasan dengan unta..yaaa Unta bukan saja di padang pasirrr..di tengah bandar Perth juga adalahhhhhh

pemandangan sekitar bandar

pemandangan sekitar bandar

Tak banyak aktiviti yang aku buat untuk hari terakhirni. Lebih pada santai rilek-rilek sambil melihat sekeliling. Paling best bila dapat lepak di bawah redup matahari kat Taman Sterling.

Aku sekeluarga terpisah dengan group yang dah pun bergerak ke kawasan lain kat bandar. Kami buat keputusan untuk lepak saja di taman untuk mengambil angin.

Mulanya aku sekeluarga bercadang nak ke Charcoal Chicken Express sebab nak rasa keenakkan rusuk kambing dan beryani seperti yang di war-warkan. Tapi, malangya Uber Apps gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

Kami akhirnya ikut group semula setelah bertemu di stesen bas menuju ke premis terakhir iaitu di Watertown Brand Oulet untuk shopping buat kali terakhir. Tempat ni kira macam premium outlet yang menjual barangan berjenama pada harga diskaun. Kami beli jugalah baju, sweater sebagai kenang kenangan kat sini

Jam 1730hrs, kami pulang ke apartment dan berehat sebentar. Niat nak ke Charcoal Chicken Express tu terpaksa di batalkan sebab bimbang public transport tak beroperasi selepas jam 1800 memandangkan tempat tu dah terkeluar dari laluan CAT Bus. InsyaaAllah kalau ada kelapangan masa yang lain nanti.

Kami akhiri jelajah dengan makan malam di kedai kebab Halal berdekatan apartment. Keroz Kebab seperti yang pernah aku survey sebelum sampai Perth haritu. Portion dia memang banyak, rasanya boleh kongsi untuk 2 orang. Sekali sekala makan makanan Turki kan. Lepastu, kami pulang ke apartment dan berkemas sebelum masuk tidur awal sebab kami akan bergerak ke airport pada jan 0330hrs esoknya.

n

menuju ke lapanganterbang meninggalkan seribu kenangan di Perth

menuju ke lapanganterbang meninggalkan seribu kenangan di Perth

Jam 0300hrs, kami berkumpul di depan lobi apartment untuk serahkan kunci dan juga membuang segala sampah sarap yang ada di apartment. Jam 0330hrs, kami bergerak ke aiport dengan bantuan Andy, pemandu terbaik kami sepanjang di Perth.

Alhamdulillah, segala urusan untuk masuk ke balai berlepas berjalan lancar walaupun kami ditahan sementara untuk pengesanan bom (mentang2 Muslim) dan juga imbasan bagasi serta tubuh. Mujur semua kakitangan keselamatan Australia amat mesra dan ramah.

Kalau ikutkan, jam 0530 sepatutnya kami sudah berlepas, tapi nampaknya flight delay sehingga 0630hrs. Pun begitu, syukur pada Tuhan kami selamat sampat pada jam 1230hrs sejam awal dari yang dijangkakan. Sempat juga menikmati makan tengah hari di KLIA2 sebelum bergerak pulang..tapi bukan pulang ke rumah..ke mana ye? tunggu next entry.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, trip bersama Ayden Averroes ni adalah terbaik. Tour Leader yang sangat mesra alam. Dengan pakej mampu melancong yang memang memudahkan. Rasanya cukup berbaloi dengan apa yang kita bayar. Ya, walaupun ada di antara tempat yang kami sekeluarga tak dapat pergi masa free and easy tu, kami tak kecewa malah kami makin bersemangat untuk kembali ke Perth suatu masa nanti.

p/s: memang terkilan pasal tak dapat makan lamb ribs kat Chicken Charcoal Express tu dengan Udang Kara kat Lobster Shack..InsyaaAllah, We'll be back

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com