marzella sigai

by Seven Diamonds May. 29, 2018 656 views

Nama: Marzella Sigai

Umur: 25 tahun

Bangsa: Iban

Asal: Kuching

Hobi: Berenang dan mendengar lagu

Kerjaya: Bekerja sambilan selepas tamat pengajian di universiti

Tinggi/berat: 163cm/47kg

Cita-cita: Ahli perniagaan

Soalan: Apa kejayaan yang pernah anda capai dalam bidang peragaan?

Marzella: Sebelum menjadi model, saya terlebih dahulu menyertai pertandingan ratu cantik Miss Global International Sarawak 2015. Ini ialah pertandingan pertama saya sertai.

Saya berjaya memperoleh hadiah sampingan, Miss Glamorous, Miss Mozo dan model rasmi untuk Merdeka Autoshow 2015 bersama tiga model lain. Dari situ saya dipilih mewakili Sarawak ke Miss Global International Malaysia 2015 di Miri bersama empat peserta lain. Selepas tamat pertandingan, saya mulai mendapat banyak tawaran dalam bidang modelling, terutamanya untuk fotografi.

Kemudian pada 2017, saya mencuba nasib dalam pertandingan Miss Sarawak Earth 2017 dan berjaya memenangi gelaran Miss Sarawak Earth Fire 2017 dan mewakili Sarawak ke Perak untuk Miss Malaysia Earth 2017. Saya berjaya membawa pulang beberapa gelaran sampingan iaitu Miss Tropical Beauty MME 2017, Most Glamorous Face (tempat ketiga) dan Best in Evening Gown (tempat ketiga).

Selain itu, saya turut menyertai Ain’t Just Model yang diadakan di Vivacity dan dianugerahkan Most Commercial Face.

Soalan: Bagaimana anda melihat dunia peragaan?

Marzella: Dunia peragaan pada pandangan saya merupakan sebuah pengalaman yang mengajar saya bahawa untuk mencapai sesuatu itu tidak mudah tanpa usaha dan kesabaran. Terutama jika tiada yang mengenali anda dalam industri peragaan dan pengalaman secukupnya. Saya bermula dari bawah, belajar dari rakan model lain dan pengalaman setiap sesi fotografi, saya mendapat tunjuk ajar.

Penting untuk tidak mudah putus asa, menerima setiap kritikan dengan baik dan paling penting, saya seronok melakukan peragaan kerana minat. Saya ingin menasihati gadis-gadis masih baharu dalam dunia peragaan untuk berhati-hati kerana ada sesetengah mungkin hanya ingin mengambil kesempatan. Mesti pandai membawa diri dalam apa jua bidang dilakukan kerana imej ditunjukkan adalah cerminan kepada personaliti kita.

Soalan: Jika anda mempunyai tawaran berlakon, adakah anda akan menerimanya? Mengapa?

Marzella: Ya, saya berbesar hati menerima jika ada tawaran untuk berlakon. Ia bukan untuk publisiti semata-mata tetapi kerana untuk menambah pengalaman dan sejujurnya untuk melihat potensi diri sendiri dan melangkah keluar dari zon selesa saya. Dalam hidup ini kita sentiasa akan belajar sesuatu yang baharu dan saya melihat itu sebagai peluang untuk menjadikan diri saya lebih baik.

Soalan: Adakah anda memiliki haiwan peliharaan? Apa?

Marzella: Tidak, saya tidak mempunyai haiwan peliharaan sekarang. Pernah ada ketika masih di sekolah rendah iaitu kucing. Saya namakan kucing peliharaan saya, Memek. Setelah kehilangan Memek kerana sakit, saya tidak pernah memelihara apa-apa haiwan peliharaan hingga sekarang.

Soalan: Jenis perniagaan apa yang anda ingin ceburi?

Marzella: Berdasarkan penglibatan saya selama ini yang lebih fokus kepada ratu cantik dan peragaan, tidak mustahil jika bidang perniagaan yang akan saya pilih menjurus kepada bidang kecantikan dan fesyen. Dalam bidang kecantikan dan fesyen, tiada halangan bagi mana-mana jantina pada masa kini.

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com