Medan-Danau Toba 2013

by Sydeen Din June. 20, 2017 1580 views
Group foto dari sebelah menara pandang berlatar belakang Tasik Danau Toba yang amat luas

Group foto dari sebelah menara pandang berlatar belakang Tasik Danau Toba yang amat luas

Posting asal dari fotopages pada 6 November 2013. Berpindah ke sini kerana sudah lama tiada update di fotopages telah menjadi berat untuk loading.

Sudah menjadi trend rakyat Malaysia melancong ke luar negara terutamanya ke Indonesia, Vietnam, Kemboja, Thailand dan beberapa negara jiran yang lain. Bagi yang lebih berani dan mencabar diri menggunakan kaedah backpackers iaitu hanya menginap di hotel bajet atau rumah tumpangan. Aku pulak baru pertama kali ke luar negara, semestinya pengalaman yang luarbiasa.

Setelah beberapa kali bermesyuarat, kami berlima berlepas dari KLIA2 (LCCT) ke airport Kuala Namu(Polonia) pada 7.40 pagi. Di sana kami disambut oleh pak Nano yang diuruskan oleh Shaharin, selaku jurupandu kami selama berada di Medan dan Danau Toba. Dari pandangan dan tutur kata Pak Nano, beliau seorang pemandu yang cekap dan berpengalaman di sana.

Setelah lebih 4 jam dalam van Avanza melalui Tebing Tinggi serta kampung-kampung, kami sampai di pekan Parapat. Asalnya kami menempah bilik dari kenalan Shaharin di sana tapi kami dipelawa menginap di homestay beliau dengan harga agak murah. Bagi kami yang baru pertama kali sampai di sana hanya menurut perintah je la. Malam tu kami dijamu makan malam ikan kaloi masak kicap, sayur dan telur goreng. Suhu waktu malam agak dingin iaitu sekitar 18 darjah manakala siang hari 23 darjah selsius.

Keesokkan harinya selepas sarapan kami berpandukan pak Nano menyusuri jalan kecil di tebing tasik untuk mendapatkan gambar-gambar yang luar biasa bagi kami. Cuaca pun tidak begitu baik kerana berawan tebal menutupi langit biru yaang menjadi idaman setiap jurugambar landskap.

Oleh kerana masa telah dijadualkan, kami terpaksa bergegas ke bandar Medan dan bermalam di sana kerana keesokan harinya kami akan pulang ke tanah air. Rasanya kami hanya sempat 1/10 dari tepian tasik Danau Toba kerana saiznya yang amat luas iaitu 100km panjang, 30km lebar. InsyaAllah ada peluang kami datang lagi.

Sebelum pulang, kami sempat meronda-ronda sekitar bandar Medan untuk dapatkan ole-ole kek Zulaikha Bika Ambon yang agak terkenal di sana. Boleh tahan sedapnya.

Kenderaan ini umpama bas mini yang biasa dilihat di bandar Medan

Kenderaan ini umpama bas mini yang biasa dilihat di bandar Medan

Kedai menjual barangan runcit dan kad sim telefon di pekan Parapat

Kedai menjual barangan runcit dan kad sim telefon di pekan Parapat

Jeti bot di pekan Parapat untuk kegunaan pelancong ke pulau Samosir

Jeti bot di pekan Parapat untuk kegunaan pelancong ke pulau Samosir

Permandangan yang sangat indah dari tanah tinggi Menara Pandang di persisir tasik Danau Toba

Permandangan yang sangat indah dari tanah tinggi Menara Pandang di persisir tasik Danau Toba

Air terjun Sipiso piso di desa Tongging setinggi 120 meter manakala 1300 meter dari aras laut menjadi tarikan utama pelancong ke sini

Air terjun Sipiso piso di desa Tongging setinggi 120 meter manakala 1300 meter dari aras laut menjadi tarikan utama pelancong ke sini

Sangkar ternakan ikan air tawar yang menjadi sumber protin utama penduduk di sekitar tasik Danau Toba

Sangkar ternakan ikan air tawar yang menjadi sumber protin utama penduduk di sekitar tasik Danau Toba

Permandangan perkampungan nelayan tasik Danau Toba dari puncak bukit berdekatan

Permandangan perkampungan nelayan tasik Danau Toba dari puncak bukit berdekatan

Permandangan sekitar tasik dari kedudukan yang lebih tinggi dan luas

Permandangan sekitar tasik dari kedudukan yang lebih tinggi dan luas

Banyak kampung-kampung kecil berhampiran tebing tasik. Kebanyakkan sumber pendapatan mereka ini adalah dari tasik Danau Toba

Banyak kampung-kampung kecil berhampiran tebing tasik. Kebanyakkan sumber pendapatan mereka ini adalah dari tasik Danau Toba

  Be the first to like this post
Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com