Semporna 2012

by Sydeen Din June. 20, 2017 1198 views
Group photo kami di puncak bukit(pulau) Bohey Dulang dengan ketinggian 287 meter dari aras laut

Group photo kami di puncak bukit(pulau) Bohey Dulang dengan ketinggian 287 meter dari aras laut

Posting asal dari fotopages pada 16 Julai 2012. Berpindah ke sini kerana sudah lama tiada update di fotopages telah menjadi berat untuk loading.

Setelah berpencen dari menjadi jurugambar perkahwinan pada akhir 2009, aku tumpukan sepenuhnya kepada hobi fotografi sambil cuba menjual gambar-gambar secara online. Sekurang-kurangnya dapat la jugak menampung kos ke sana ke mari dengan hobi yang mahal ini.

Bila bersama mereka yang sehobi banyak perkara yang terancang secara tidak sengaja. Setelah terjebak dengan stock photo, bila ada kawan-kawan ajak outing jauh sikit maka peluang begini tidak harus dilepaskan. Kali ini agak jauh iaitu ke Semporna Sabah.

Penerbangan kami seawal 7.00 pagi pada 28 Jun 20012. Kami tujuh orang iaitu Manz, Azlan, Aku, AFaizal, Nahar, Jamal dan tiba di airport Tawau dua jam kemudian. Bagi aku yang pertama kali ke sana amat teruja untuk mendapatkan gambar-gambar yang terbaik kerana sebelumnya sudah banyak melihat gambar-gambar cantik di sana. Aku pun berazam mahukan gambar yang cantik, malah lebih cantik dari mereka yang telah ke sana.

Berdekatan dengan airport Tawau kami dibawa bersarapan pagi oleh jurupandu kami iaitu Julamdi di sebuah gerai. Katanya sup payau (rusa) popular di sini dan kami tak lepaskan peluang untuk mencubanya. Dagingnya sedap cuma cara penyediaannya berbeza dengan kebiasaan yang kita makan.

Selepas sarapan, kami bergerak ke pekan Semporna menggunakan van dengan sembilan orang menempuh perjalanan sejauh 110km. Mungkin terasa dekat jika melalui lebuh raya plus tapi bila melalui jalan biasa dan kampung dengan pelbagai halangan, perjalanan kami lebih 6 jam. Kebas sana sini.

Kami tidak menginap di mana-mana hotel tetapi terus menaiki bot ke destinasi iaitu menjelajah pulau-pulau dan penempatan asli bajau laut. Apa yang kami lihat itu lah yang kami rakam. Nampaknya cuaca tidak menyebelahi kami kerana asap jerubu di Indonesia boleh sampai di sini. Jadi gambar agak kurang menyerlah kerana langit biru dilindungi jerubu putih.

Malam pertama kami bermalam di pelantar bajau laut berbumbungkan langit. Pukul 3 pagi hujan dan kami berteduh di rumah bajau laut. Malam kedua dan ketiga kami bermalam di chelet di pulau Mabul. Pulau yang cukup cantik dan bebas dari pencemaran dan pembangunan pesat. Suasana tradisi bajau masih kekal.

Kami juga sempat mengunjungi pulau terapung Kapalai yang terkenal dengan formasi resort di tengah laut berdekatan dengan kepulauan Sipadan. Memang cantik dan kawasan ini dijaga oleh pihak tentera 24 jam kerana kawasan ini juga terkenal dengan lanun dari Filipina.

Pondok-pondok kecil di air cetek dan jernih yang menjadi kediaman bajau laut sejak turun temurun

Pondok-pondok kecil di air cetek dan jernih yang menjadi kediaman bajau laut sejak turun temurun

Kehidupan mereka kelihatan serba kekurangan tapi anak-anak mereka tiada yang kekurangan makanan

Kehidupan mereka kelihatan serba kekurangan tapi anak-anak mereka tiada yang kekurangan makanan

Asap dari kebakaran hutan di Kalimantan yang menjadikan suasana berjerubu dan melindungi langit biru

Asap dari kebakaran hutan di Kalimantan yang menjadikan suasana berjerubu dan melindungi langit biru

Suasana selepas subuh yang kelihatan tenang. Asap jerubu semakin kurang

Suasana selepas subuh yang kelihatan tenang. Asap jerubu semakin kurang

Permandangan biasa salah satu rumah bajau laut berdekatan pulau Gaya.

Permandangan biasa salah satu rumah bajau laut berdekatan pulau Gaya.

Resort terapung Kapalai. Suasana nyaman dan jauh dari permandangan kota

Resort terapung Kapalai. Suasana nyaman dan jauh dari permandangan kota

Perkampungan ini berada lebih kurang 5km dari pekan Semporna

Perkampungan ini berada lebih kurang 5km dari pekan Semporna

Kebanyakkan bajau laut tiada pengenalan diri

Kebanyakkan bajau laut tiada pengenalan diri

Permandangan yang mengujakan dari puncak pulau Bohey Dulang

Permandangan yang mengujakan dari puncak pulau Bohey Dulang

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com