Bali photo trip 2015

by Sydeen Din June. 22, 2017 830 views

Bersama group MKI Tuahlensa dan seorang rakan stockphoto ke pulau Bali pada 16 hingga 19 Sep 2015. Kebanyakkan mereka ini adalah otai landskap yang mensasarkan air terjun dan batuan berlumut sebagai subjek utama sedangkan kami saya berdua adalah gunung dan suasana kampung di sana.

Jadi gambar-gambar saya di pantai agak berkurangan melainkan sekitar Tanah Lot sahaja. Oleh kerana trip ini hanya 4 hari sahaja dan agak banyak lokasi yang perlu dijelajahi, maka hanya serba sedikit gambar yang sempat dirakam. Selain Tanah Lot, kami juga sempat ke tasik Tamblingan, tasik dan gunung Batur, pantai Karang, Pinggan Hill, salt farmer Pura Goa Lawah, Tegenungan water fall, Tukat Unda, dan Ulun Danun Temple Beratan.

Tamblingan Lake. Perahu yang diperbuat dari batang kayu besar ini masih digunakan oleh nelayan tradisional tasik berkenaan.

Tanah Lot yang menjadi ikon utama pulau Bali yang menjadi lokasi wajib bagi pengunjung

Pinggan hill merupakan tanah tinggi yang menjadi lokasi peminat sunrise dan juga boleh melihat perkampungan Pinggan dari atas

Tegenungan water fall dari sungai Tykad Petanu yang berada sekitar 30km dari bandar Denpasar berketinggian 15meter

Tasik Ulun Danun Temple Beratan yang berada di hadapan kuil hindu juga menjadi sebahagian tarikan pengunjung

Salt Farmer Pura Goa Lawah. Proses mencurah air laut di atas pasir untuk mengumpul air garam

Selepas mencurah air garam, pasir yang masih lembab dengan air laut dikumpul untuk proses seterusnya

Pasir dari simbahan air laut di alirkan sekali lagi dengan air laut untuk mendapatkan air yang mengandungi garam yang lebih tinggi. Air berkenaan ditakungkan dalam batang kelapa untuk mendapatkan mendapan garam

Join the conversation
0
Be the first one to comment on this post!
Up
Copyright @Photoblog.com