Surabaya - Bromo 2014

by Sydeen Din June. 21, 2017 2076 views
Permandangan dari bukit penanjakan. Lokasi popular untuk pengunjung merakam keindahan gunung Bromo yang telah dilitupi kabus tebal manakala yang kelihatan puncak tertinggi gunung Semeru

Permandangan dari bukit penanjakan. Lokasi popular untuk pengunjung merakam keindahan gunung Bromo yang telah dilitupi kabus tebal manakala yang kelihatan puncak tertinggi gunung Semeru

Posting asal di fotopages bertarikh 20 May 2014.

Antara gunung yang cukup popular dikalangan pengunjung dan pendaki kerana ia boleh didaki oleh sesiapa saja kerana hanya perlu menaiki 250 anak tangga sahaja dan boleh sampai dalam masa 20-30 minit di puncak. Walaupun gunung ini masih aktif namun ia tetap dikunjungi.

Kali ini kami bersama rombongan Luarbiasa dari Kuantan yang diketuai oleh drAli (Ali Shamsul Bahar). Trip ini termasuk dalam jadual semasa kami ke Kawah Ijen. Perjalanan kami dari sana memakan masa 6-7 jam jika keadaan jalanraya biasa(tidak jem) menggunakan van atau bas kecil. Jadi ia adalah bonus bagi mereka yang belum sampai ke Bromo termasuklah saya sendiri.

Di perkampungan Tengger, kami singgah dan berehat di homestay sementara menunggu untuk ke penanjakan pada pukul 3 pagi. Masa yang ada kami berpeluang untuk bersihkan badan, melihat kawasan perkampungan tidur seketika. Cuaca disiang hari nyaman dengan suhu sekitar 17 darjah selsius.

Untuk ke penanjakan, kami menaiki jeep sekitar 20 minit melalui padang pasir berbisik dan jalan yang curam hingga ke puncak. Walaupun masih awal pagi, ramai pengunjung telah tiba menunggu sunrise.

Kami kurang bernasib baik kerana keadaan angin agak kencang dan kabus tebal menghalang permandangan indah ini. Kami hanya sempat merakam beberapa gambar sahaja untuk kenangan. Kami tidak mahu membuang banyak masa menunggu, jadi kami bergerak ke bawah melalui savanna dan padang pasir putih untuk ke perkampungan tertinggi di sana iaitu Ranu Pane.

Permandangan sungguh cantik dan luarbiasa bila kabus tebal semakin berlalu maka kelihatan langit membiru. InsyaAllah kami datang lagi untuk dapatkan gambar yang dihajati

Group photo ketika berlindung dari tiupan angin sejuk dan kabus tebal. Tak banyak gambar boleh dirakam kerana suasana berkabus agak lama.

Group photo ketika berlindung dari tiupan angin sejuk dan kabus tebal. Tak banyak gambar boleh dirakam kerana suasana berkabus agak lama.

Kami bergerak ke kampung Ranu Pane melalui 'savana field grass' dan bebukit teletubbies dimana padang seluas 10km persegi yang ditumbuhi rumput hijau terutama dimusim hujan

Kami bergerak ke kampung Ranu Pane melalui 'savana field grass' dan bebukit teletubbies dimana padang seluas 10km persegi yang ditumbuhi rumput hijau terutama dimusim hujan

Lereng gunung Bromo. Ada antara pengunjung yang cuba mendaki ke puncak Bromo tanpa melalui tangga yang disediakan

Lereng gunung Bromo. Ada antara pengunjung yang cuba mendaki ke puncak Bromo tanpa melalui tangga yang disediakan

Permandangan kebun bawang yang tidak kurang menarik ini jarang dirakam pengunjung bila berada di Tengger Bromo.

Permandangan kebun bawang yang tidak kurang menarik ini jarang dirakam pengunjung bila berada di Tengger Bromo.

Kawah gunung Bromo(kiri) sebelum dilitupi kabus tebal berlatar belakang puncak Semeru ketika waktu pagi

Kawah gunung Bromo(kiri) sebelum dilitupi kabus tebal berlatar belakang puncak Semeru ketika waktu pagi

Selain berjalan kaki dari tempat parking jeep ke kaki gunung Bromo sejauh 400 meter, pengunjung juga boleh mencuba menunggang kuda yang disediakan penduduk tempatan dengan bayaran sekitar IDR50 ribu

Selain berjalan kaki dari tempat parking jeep ke kaki gunung Bromo sejauh 400 meter, pengunjung juga boleh mencuba menunggang kuda yang disediakan penduduk tempatan dengan bayaran sekitar IDR50 ribu

Penunggang beca di pasar Pabean sedang berehat sambil menunggu pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya

Penunggang beca di pasar Pabean sedang berehat sambil menunggu pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya

Peniaga bawang di pasar basah Pabean, Surabaya

Peniaga bawang di pasar basah Pabean, Surabaya

Peniaga rempah ratus di pasar basah Pabean, Surabaya

Peniaga rempah ratus di pasar basah Pabean, Surabaya

Join the conversation
5
There are 5 comments , add yours!
Robert Taylor 2 years, 2 months ago

The colors in your photographs are brilliant,, really nice work

2 years, 2 months ago Edited
Sydeen Din Replied to Robert Taylor 2 years, 2 months ago

Thanks bro

2 years, 2 months ago Edited
Ram Ya 2 years, 2 months ago

#1 What a stunning view from this location. I like the fact that you included the human elements.
#6 Stunning landscape!
#5 Beautiful colors and composition.

Thank you for sharing this beautiful photo story.

2 years, 2 months ago Edited
Sydeen Din Replied to Ram Ya 2 years, 2 months ago

#1 this location at bromo mount center java indonesia
#6 photo taken during early morning with cloud via penanjakan bromo
#5 onion farm and traditional house at tengger village near bromo mount
Tqwm bro for viewing for my simple posting

2 years, 2 months ago Edited
Ram Ya Replied to Sydeen Din 2 years, 2 months ago

Wow, thanks for the details, Sydeen. 
I enjoy the post even though I couldn't understand the language. Your photos are enough to tell the story!
Thanks for sharing them with us.

2 years, 2 months ago Edited
Up
Copyright @Photoblog.com