Gunung Prau 2016

by Sydeen Din July. 01, 2017 761 views

Sudah agak lama seorang rakan mengajak saya mendaki gunung tapi 'hidayah' belum tiba sehingga Geng Mara Hikers akan membuat satu trip ke gunung Rinjani september ini. Akitiviti mendaki gunung memang memenatkan tapi kerana sekeping gambar saya sanggup lakukannya.

Sebelum ini saya cuma mendaki bukit untuk tujuan kesihatan namun setelah merasai nikmat kesihatan dan stamina semakin baik, maka saya teruskan. Bila ada rakan dari Kuantan offer untuk mengikuti trip ke gunung Prau pada 12 hingga 16 March 2016, saya terus sahut kerana sudah yakin dapat mendakinya dengan stamina yang ada sekarang.

Pada 2009 saya teringin mengikuti group Luarbiasa untuk ke gunung Rinjani namun dinasihatkan supaya tangguh dahulu kerana tiada latihan. Jadi sejak awal tahun 2014 saya mula berlatih di bukit Beruang setiap minggu sebagai persediaan ke gunung Ijen dan Bromo.

Gunung Prau yang berketinggian 2565 meter dari aras laut terletak di daerah Wonosobo, Jawa Tengah tanah tinggi Daeng bukan gunung berapi maka tiada risiko gunung. Pendakiannya agak santai kerana ada antara group kami yang berumur hampir 60 tahun mampu mendaki hingga ke puncak. Kepenatan agak kurang terasa bila disepanjang pendakiannya kita boleh melihat permandangan gunung yang sungguh indah dengan padang rumput yang luas.

Dari puncak, kita boleh melihat hampir 360 darjah permandangan yang sangat indah termasuk sunrise yang berlatar belakang gunung Sumbing dan Sindoro.

Saat menunggu sunrise. Lokasi wajib bagi pengunjung samada dari peminat fotografi atau alam semulajadi

Saat menunggu sunrise. Lokasi wajib bagi pengunjung samada dari peminat fotografi atau alam semulajadi

Trek mendaki yang beralaskan akar pokok pine. Trek berubah-ubah mengikut keadaan tanah

Trek mendaki yang beralaskan akar pokok pine. Trek berubah-ubah mengikut keadaan tanah

Tapak perkhemahan malam pertama kami

Tapak perkhemahan malam pertama kami

Menikmati cuaca dingin sambil bergambar atas buaian hammock

Menikmati cuaca dingin sambil bergambar atas buaian hammock

Group kami amat bertuah kerana ketika ini ia telah ditutup kepada pengunjung, namun diberi pelepasan kerana kami datang dari jauh

Group kami amat bertuah kerana ketika ini ia telah ditutup kepada pengunjung, namun diberi pelepasan kerana kami datang dari jauh

Permandangan yang tak jemu mata memandang berlatar belakang gunung sumbing dan sindoro

Permandangan yang tak jemu mata memandang berlatar belakang gunung sumbing dan sindoro

Tapak perkhemahan yang biasanya dipenuhi ribuan para pengunjung dari seluruh dunia

Tapak perkhemahan yang biasanya dipenuhi ribuan para pengunjung dari seluruh dunia

Pandangan dari sebelah kanan, ia kelihatan perkampungan dan pekan Dieng

Pandangan dari sebelah kanan, ia kelihatan perkampungan dan pekan Dieng

Mercu tanda pekan Dieng

Mercu tanda pekan Dieng

Antara pendaki dari group kami yang berusia hampir 60 tahun, iaitu uncle Arman (kiri sekali)

Antara pendaki dari group kami yang berusia hampir 60 tahun, iaitu uncle Arman (kiri sekali)

Join the conversation
2
There are 2 comments , add yours!
Ram Ya 3 years, 11 months ago

Cool, it seems very interesting

3 years, 11 months ago Edited
Sydeen Din Replied to Ram Ya 3 years, 11 months ago

thanks admin

3 years, 11 months ago Edited
Up
Copyright @Photoblog.com