Gunung Rinjani 2016

by Sydeen Din July. 04, 2017 1652 views

Hajat saya untuk 'sanggup' mendaki gunung bermula sejak 2009 lagi terutamanya gunung Rinjani. Ketika itu ada seorang rakan berceritakan tentang keindahan panorama dan landskap gunung ini dan menunjukkan beberapa gambar dari carian google. Ya, memang cantik dan saya bercadang untuk sertai kumpulan berkenaan tapi dinasihatkan supaya jangan dulu sebab tiada latihan. Saya akur kerana tanpa latihan yang mencukupi serta tiada pakaian khas untuk mendaki, saya akan terdedah dengan pelbagai risiko kesukaran. Jadi saya pendam dulu hasrat berkenaan.

Hinggalah 7 tahun iaitu pada september 2016 ia menjadi kenyataan apabila menyertai Geng Mara Hikers. Sejak 2014 saya mulakan dengan aktiviti mendaki bukit hanya untuk kesihatan tapi bila dah disahkan untuk ke gunung Rinjani bersama GMH, saya pertingkatkan latihan iaitu sejak awal tahun 2016. Setiap minggu saya berlatih samada mendaki bukit atau gunung. Bila tiba hari kejadian, alhamdulillah saya bersedia sepenuhnya dengan stamina terbaik juga kelengkapan sewajarnya.

Orang mendaki gunung dengan tujuan berbeza-beza, samada untuk kesihatan, hanya minat atau suka dengan aktiviti lasak. Saya pula mendaki hanya untuk fotografi walaupun ia amat memenatkan dengan umur yang beberapa tahun lagi akan mencecah 5 series. Setakat ini saya masih mampu melalukannya walaupun tidak segagah anak muda.

InsyaAllah akhir tahun ni saya akan mendaki gunung Semeru pula, puncak tertinggi di pulau Jawa. Saya mula rasakan feel bahawa saya buat semua ni bukan hanya sekadar fotografi tapi lebih dari itu. Kesihatan mula bertambah baik, stamina meningkat, kawan sehobi semakin ramai dan paling mahal ialah pengalaman ini tidak boleh dijual beli. Luarbiasa bukan?

Langkah kami bermula seawal 8.30 pagi dengan permandangan yang mengujakan sentiasa di depan mata. Dalam kumpulan kami, paling awal sampai ke basecamp pukul 4.30 ptg manakala, paling lewat pukul 9.00 malam. "...dekat di mata, jauh di kaki..."

Kegagahan luarbiasa porter yang membawa barang keperluan kami sepenjang kami di gunung 4D3N

Kegagahan luarbiasa porter yang membawa barang keperluan kami sepenjang kami di gunung 4D3N

Basecamp. Permandangan yang sangat indah dari tapak perkhemahan kami iaitu di Plawangan Sembalun. Untuk ke puncak akan mengambil masa 4-6 jam mendaki.

Basecamp. Permandangan yang sangat indah dari tapak perkhemahan kami iaitu di Plawangan Sembalun. Untuk ke puncak akan mengambil masa 4-6 jam mendaki.

Summit attack. Walaupun puncak telah kelihatan namun pendakian ini seolah-olah tidak bergerak. 3 langkah ke hadapan, 2 langkah ke belakang kerana keadaan trek yang berpasir dan berbatu

Summit attack. Walaupun puncak telah kelihatan namun pendakian ini seolah-olah tidak bergerak. 3 langkah ke hadapan, 2 langkah ke belakang kerana keadaan trek yang berpasir dan berbatu

Seawal 2 pagi, suasa di trek sentiasa ada orang samada sedang naik atau turun. Sebelum pukul 10 pagi kami dinasihatkan turun kerana cuaca semakin panas dan kering.

Seawal 2 pagi, suasa di trek sentiasa ada orang samada sedang naik atau turun. Sebelum pukul 10 pagi kami dinasihatkan turun kerana cuaca semakin panas dan kering.

2nd Basecamp. Suasana malam di tapak perkhemahan kami di tepi tasik Segara Anak

2nd Basecamp. Suasana malam di tapak perkhemahan kami di tepi tasik Segara Anak

2nd Basecamp. Menjelang sunrise

2nd Basecamp. Menjelang sunrise

Gunung Baru Jari juga digelar anak kepada gunung Rinjani. Gunung ini meletus bila kumpulan kami tiba diKLIA2 untuk pulang

Gunung Baru Jari juga digelar anak kepada gunung Rinjani. Gunung ini meletus bila kumpulan kami tiba diKLIA2 untuk pulang

3rd Basecamp. Permandangan indah mengadap tasik Segara Anak dari Plawangan Senaru

3rd Basecamp. Permandangan indah mengadap tasik Segara Anak dari Plawangan Senaru

Kelihatan puncak Rinjani dari pulau Gili Trawangan ketika awal pagi

Kelihatan puncak Rinjani dari pulau Gili Trawangan ketika awal pagi

Join the conversation
5
There are 5 comments , add yours!
Marij Bär 1 year, 10 months ago

Seeing your pictures makes me want to be there again after so many years, when I also visited Gili island, where I got up early in the morning and sat on the beach to watch the beautiful sunrise

1 year, 10 months ago Edited
Sydeen Din Replied to Marij Bär 1 year, 10 months ago

hopefully your intentions will be achieved and be able to get the best shot

1 year, 10 months ago Edited
Ram Ya 2 years, 2 months ago

#3 Wow what a beautiful place to be camping!
#10 Stunning views! I hope he didn't fall off the bike with such a pleasant distraction!
#7 Amazing 
#3 What a place to be camping

Thanks for sharing these smiley

2 years, 2 months ago Edited
Sydeen Din Replied to Ram Ya 2 years, 2 months ago

#3. Plawangan Sembalun campsite before rinjani mount summit. This location height more than 3000 meters above sea level with amazing view.

#7. 2nd basecamp is on the shores of Segara Anak lake and close to Baru Jari mount. The small mountain is the center of the crater Rinjani mout

#10. This beautiful view can be seen from Gili Trawangan island, 20 minutes from Lombok island, Indonesia. The island is free from vehicle smoke as all vehicles are powered by electricity

Thanks for visiting my blog

2 years, 2 months ago Edited
Ram Ya Replied to Sydeen Din 2 years, 2 months ago

Thanks for the reply and info, Sydeen. Much appreciated 100

2 years, 2 months ago Edited
Up
Copyright @Photoblog.com