Nature Macro

by Sydeen Din July. 12, 2017 1030 views

Sejak dibangku sekolah lagi saya meminati seni. Tapi masa tu istilah seni ialah subjek lukisan. Melukis dari menggunakan lakaran pensel hinggalah kepada penggunaan cat air. Manakala hasil lukisan pula semestinya permandangan, potret dan haiwan.

Bila memiliki sebuah kamera filem lebih 20 tahun lalu, minat saya dalam seni semain berkembang kerana dengan kamera penghasilan imej tidak sesukar melukis secara manual. Saya sanggup 'bazirkan' beratus-ratus duit simpanan semata-mata inginkan gambar yang cantik, dicetak dan disimpan samada dalam atau digantung pada dinding rumah.

Pada akhir tahun 90 an, kamera digital mula memasuki pasaran tapi harganya masih mahal sehinggalah pada tahun 2000 saya berjaya memiliki kamera digital compact pertama iaitu Canon A70 3.2mp. Seronok sangat kerana saya tidak perlu gunakan filem lagi. Manakala kamera DSLR pertama pada tahun 2005 iaitu Canon 350D 8.0mp.

Trend mereka yang memiliki kamera ketika itu ialah partime mengambil gambar perkahwinan sehinggalah job terakhir pada akhir tahun 2009. Sejak itu saya kembali kepada hobi asal dan belajar menjual gambar secara online hingga sekarang. Saya enjoy dengan hobi ini...

Wild Chameleon atau dikenali sebagai mengkarung liar yang banyak mendiami kawasan belukar dan kawasan kampung

Wild Chameleon atau dikenali sebagai mengkarung liar yang banyak mendiami kawasan belukar dan kawasan kampung

Blood sucker (leech) yang merupakan sejenis parasit penghisap darah manusia atau haiwan. banyak mendiami kawasan rumput yang lembab

Blood sucker (leech) yang merupakan sejenis parasit penghisap darah manusia atau haiwan. banyak mendiami kawasan rumput yang lembab

Kelulut(black Stingless bee) yang asalnya hidup secara liar di pokok-pokok kayu, kini telah dibiak secara kormesil kerana madunya dikatakan lebih berkhasiat berbanding madu lebah

Kelulut(black Stingless bee) yang asalnya hidup secara liar di pokok-pokok kayu, kini telah dibiak secara kormesil kerana madunya dikatakan lebih berkhasiat berbanding madu lebah

Costa rican wolf spider

Costa rican wolf spider

Cendawan liar (Wild mushrooms) yang banyak tumbuh di kawasan teduh yang lembab

Cendawan liar (Wild mushrooms) yang banyak tumbuh di kawasan teduh yang lembab

Cendawan lingzi (lingzhi mushroom) yang terkenal dikalangan ahli perubatan Cina kerana mempunyai banyak khasiat kesihatan

Cendawan lingzi (lingzhi mushroom) yang terkenal dikalangan ahli perubatan Cina kerana mempunyai banyak khasiat kesihatan

Wild leech

Wild leech

Pallidelix simonhudsoni atau hanya dikenali sebagai siput liar banyak mendiami kawasan hutan yang lembab

Pallidelix simonhudsoni atau hanya dikenali sebagai siput liar banyak mendiami kawasan hutan yang lembab

Tiger spider

Tiger spider

Pallidelix simonhudsoni snail

Pallidelix simonhudsoni snail

Join the conversation
1
There is 1 comment, add yours!
Heike 2 years, 6 months ago

#1 and #9 are my favs !

2 years, 6 months ago Edited
Up
Copyright @Photoblog.com